✧☂︎|8

116 22 0
                                    

Hari semakin beranjak ke hadapan. Sejak perginya tanpa pamit terhadap Hana tempoh yang lepas - lelaki itu diburu oleh bayangan kelam oleh seorang Hanastasia. Seorang gadis yang belum dia kenali sepenuhnya.

Hanya dari nama dan agama yang memilikinya dan dimilikinya. Dia sendiri merasa bingung dengan kekecewaan yang timbul dalam hatinya setelah mengetahui Hana bukanlah dari agamanya.

Andika menarik keluar alat komunikasinya yang berbunyi menandakan sebuah pesanan masuk ke dalam peti mesejnya. Pesanan dari ibunya dibaca seketika.

Ibu

; Sebentar lagi mungkin hujan, Dika ada bawa payung, tidak ?

Andika

; Tidak mengapa Ibu, Dika kali pulang lambat kalau hujan turun.

Dia memasukkan kembali telefon itu ke dalam kocek seluar. Keluhan halus yang ringkas berlepas sesaat dia sedar jikalau dia terlupa membawa payung seperti biasa. Tanpa menunggu lama, dia segera menaiki motornya dan berlalu pergi dari parkir kolej.

Sudah sebulan berlalu, dia tidak lagi melihat Hana dimana-mana. Hanya sahaja jika malam melabuhkan tirai gelapnya dan ditemani kerdilan bintang kecil yang indah - pintu ingatannya akan terbuka dan langsung memaparkan filem pendek pertemuan awal mereka.

Dan itu sungguh membuatkan hati kecilnya sedikit merasa terguris. Sedang dirinya masih tidak memahami apa yang baru sahaja mereka rasakan disaat pertemuan awal itu terjadi.

Perjalanan yang tidak jauh dari kolejnya tadi ternyata adalah sebuah awal langkah sebelum hujan turun dengan derasnya. Dengan terpaksa, Andika mencari tempat untuk berteduh namun dia tidak mahu melangkah ke taman lagi.

Tidak mahu bertemu dengan Hana adalah harapannya kali ini.

Andika menghentikan motorsikalnya tepat ditepi sebuah stesen bas. Dia memilih untuk berteduh di khalayak ramai yang sedang beratur menanti bas untuk mengakhiri perjalanan harian mereka.

Dari harus ke taman yang tidak jauh dari perjalanannya.

Sudah hampir 10 minit dia duduk di stesen tersebut - tetapi hujan masih belum menjedakan airnya untuk terus meratapi bumi yang semakin membangun dengan anjakan angka waktu yang ke depan.

Dia menatap ke arah motorsikalnya yang sudah bermandi basah. Sesekali, cuping sabitnya mendengar satu suara yang menyahut akan nama yang dikenalinya.

" Hanastasia."

Suara lelaki yang dari jauh lagi memanggil nama itu dia lirik seketika disebalik timbunan manusia yang masih menunggu bas seterusnya untuk tiba. Anak matanya jelas menangkap seorang lelaki yang sudah siap memayungi Hanastasia yang masih menutupi kepalanya dengan beg.

Andika hanya memerhati disebalik lautan manusia. Tidak berani untuk menunjuk diri. Bahkan, jika harus; mungkin sahaja Hana tidak memerlukan kehadirannya.

Hana yang tampak indah dengan gaun putih bercorak bunga-bungaan yang kecil, bahu dan lengannya yang seharusnya terbuka - malah ditutup kemas dengan kardigan merahnya. Rambut Hana sedikit kering menampakkan gelombang halus dari hujung rambutnya.

Lama Andika memerhatikan kecantikan itu tanpa sedar. Seketika perbualan keduanya kelihatan senang sehingga membuatkan Hana tertunduk dan tersenyum malu - entah bagaimana Andika merasa sakit di dadanya.

Menyedari keperitan itu, Andika membuang pandangannya ke hadapan. Apa pernah dia tersenyum indah seperti itu dihadapanku ? Hatinya berbisik. Sesekali dia sedar dengan bicara hatinya - Andika lantas menidakkannya.

" Apakah aku sudah jatuh cinta dengan orang yang bukan seagamaku ? Tetapi aku tidak ingin merebut dia dari Tuhannya." Hatinya berbisik.

Lalu dengan terpaksa, Andika keluar dari teduhannya dan segera menghidupkan enjin motorsikal hingga dia pergi membelah hujan dengan perasaan yang masih belum sepenuhnya dia sedari.

" Baiklah, aku pergi dulu Hana. Jumpa di program nanti."

" Ya, Encik Sufian."

Hana menatapnya sekilas sebelum melemparkan pandangan ke atas jalan. Baru tadi, dia melihat figura Andika yang memecut laju bersama motornya. Hana hanya menatap sayu lalu berlari kecil menuju ke stesen bas. Mungkin hanya iras-iras sahaja. Jelasnya pula.

Kejujuran yang dilafazkan telah menimbulkan tembok yang berjarak antara mereka. Bukankah awalnya Andika kelihatan tertarik bersamanya ? atau mungkin dia hanya membantu tanpa ada harus ada niat yang lain.

Ya, mungkin niatnya sekadar membantu dan aku mula menaruh rasa. Sungguh bodoh sekali kau, Hanastasia.

Dia bergumam sendirian.

✧☁☂︎

Seperti kebiasaannya, Andika akan mendirikan solat tahajjudnya. Tetapi, kali ini dia ingin menyertakan satu solat sunat lagi. Solat Istikharah. Sejujurnya, ini adalah pertama kalinya dia mendirikan solat sunat tersebut dengan niat berbeza. Niat untuk mempersoalkan perasaan yang menganggunya.Dan wajar sahaja jika dia masih ragu untuk melaksanakannya.

Apa yang terbuku dalam dadanya, Andika lafazkan di dalam doa sepertiga malamnya. Dan lucunya, mengapa air matanya jatuh dari tubir mata sesaat paparan wajah Hana bermain di mindanya.

Dia perlukan petunjuk dan bantuan dari Maha Kuasa. Mungkin Hanastasia - adalah seseorang yang ditakdirkan Tuhan untuknya. Tapi mengapa, mengapa harus agama yang membezakan cerita ?

Fikirannya yang tertumpu pada Hana - si gadis yang masih belum dia kenal lama, bicara sang Atok mula bergema pada semestanya. Kini, dia merasa sesak. Sesak dengan semua aturan yang tercipta untuk dia jalani sendiri.

" Mengapa bisa secepat itu rasa sayang hadir terhadap Hana, sedangkan aku belum mengenali dirinya." Bisik hatinya.

Dan kemudian, ingatannya kembali mengayuh memoria di bawah hujan. Dimana, Hanastasia dipayungi oleh seorang jejaka yang entah siapa latar belakangnya. Bahkan, Hana sempat tertawa ketika si lelaki sedang berbicara di hadapannya.

Siap tertawa dan mungkin berbagi momen indah, membuatkan Andika tanpa sedar cemburu dengan adegan mesra itu.

" Apakah ini namanya cemburu, Ya Allah ?" tanyanya dengan nada kecil hingga hujungnya sekuntum senyuman terukir pada bibirnya. Lantas, dia meraup wajahnya.


Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now