Andika mendaratkan tubuhnya ke atas tilam. Beberapa detik yang lalu, Hana dan si kecil Andhika - sudah berlalu. Dan sedihnya, Shah yang menghantar mereka pulang. Lelaki itu meraup wajahnya kasar. Sejujurnya, dia yang ingin menghulur tangan untuk menghantar keduanya pulang. Tetapi Hanastasia membantah kerana sudah meminta Shah untuk datang mengambilnya.
Keluhan panjang dilepaskan. Tangannya kemudian mendarat diatas bantal sebelum tengkorak kepalanya dijatuhkan ke atas tangannya. Kini lensa berwarna coklat keemasan itu menatap siling. Entah bagaimana suara Hana yang menceritakan kisahnya kembali berbisik di dalam lohong telinganya.
" Mak mahu bunuh diri bersama aku. Kami sempat bergaduh kerna hal itu. Dia mengambil sebilah pisau dan kerat pergelangan tangan ku sebelum tangannya. Dia menarik tangan aku lalu berkata, Hana mari kita pergi bersama. Dunia sungguh kejam dengan kita. Dunia tidak pernah berpihak pada kita. Mari kita akhiri bersama dan hidup bahagia di syurga. "
" Aku hampir terhasut dengan bicara Mak. Aku menghulurkan tangan sambil menangis ketakutan. Sesaat pisau mendarat pada tangan mak, Puan terus bertindak. Mereka sempat bergaduh soal itu. Kata Mak jika aku tidak mati bersama dia, Ayah tiri aku akan menjual aku di sebuah pusat hiburan."
" Mendengar ucapan Mak, aku ketakutan dan saat itu konco-konco Ayah tiri aku datang dan cuba membawa aku pergi. Masa tu rupanya, Tuan Arslan dan anggota polis sudah dalam perjalanan."
" Aku hampir dijual oleh lelaki yang Mak aku percayakan. Aku hampir kehilangan semesta aku. Tetapi kerna Tuhan masih mencintai kami, Dia turunkan bidadari untuk bantu aku dan Mak. Polis tepat datang pada waktunya sebelum aku di bawa lari."
" dan Alhamdulilah, aku dan Mak selamat berkat Puan dan Tuan masa tu."
" Mengapa Ibu tidak pernah cerita dengan aku tentang ini ?" tanyanya.
Andika segera bingkas dari pembaringannya. Persoalan mengenai Hana yang kini memeluk agama Islam menjadi persoalannya. Dan Andhika. Budak kecil yang memanggil Hana sebagai Mummy dan dirinya Abi ?
Andika dihimpit dengan persoalan itu. Tetapi, perlahan senyum di bibirnya mekar. Hingga dia tersedar sendiri lalu menampar-nampar pipinya dengan lembut.
" Ibu pasti tahu hal ni."
Katanya lalu beralih keluar dari kamarnya untuk menemui Rosalin.
Andika mendapatkan Rosalin yang masih duduk menikmati rancangan televisyennya. Dia melabuhkan dudukkan disamping wanita itu. Seketika puas melirik keliling - mecari bayangan Syeikh Mustafa dan Syeikh Arslan, dia kembali menatap Rosalin.
" Tanya pasal Hana ?" tanya Rosalin seakan bisa membaca fikirannya.
Andika ternganga sejenak. Dia membaiki postur dudukkan lalu menatap Rosalin lama.
" Hana pasti sudah cerita tentang Maknya dengan dia kan. Andika mahu tanya apa lagi ? Bukankah Hana sudah menceritakan semuanya ?" tanya Rosalin.
Andika mengeluh panjang. Dia memalingkan tubuhnya ke hadapan menghadap kaca televisyen. Kemudian, bersandar pada sofa. Tanpa sedar, gelagatnya itu menarik perhatian Rosalin.
" Mengapa Hana memeluk Islam ?" tanyanya.
Andika meliriknya lalu mengangguk kecil." Ibu juga tidak tahu hal itu. Melihatnya dengan hijab sungguh sedap mata memandang. Siapa sangka, akhirnya Hana memilih jalan yang sama dengan kita. Semoga hidup Hana bahagia atas rahmatNya. Kesian dia, terlalu banyak ujian menimpa." Tambah Rosalin.
" Andhika, budak kecil tu betulkah bukan anak dia ? Siapa tahu dia sudah berkahwin dengan Shah dan itu anak mereka." Seloroh Andika.
Rosalin sempat tertawa kecil. Dia menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...