Kereta milik Andika telahpun selamat tiba tepat dihadapan rumah Hana. Dia segera keluar serentak bersama Hana. Lalu, membuka pintu penumpang. Hana menapak disampingnya. Menunggu Andhi mendarat dalam dakapannya. Tapi sayang, Andika lantas menggendong Andhi tanpa memberikannya kepada Hana.
" Biar aku yang bawa." Katanya.
Hana hanya mengangguk lalu membiarkan Andika membuat kerjanya. Baru sahaja mereka hendak melangkah masuk - satu sosok hadir mengacau rencana Andika yang ingin melatih dirinya menjadi seorang Abi terbaik buat Andhi.
" Kau buat apa lagi disini ? Bukankah kau sudah ada Khadijah ? Jauhkan diri kau dari Andhi dan Hana. Mereka berdua milik aku sekarang bukan kau." Kata Shah lalu mematungkan langkah dihadapan kedua sosok itu.
Andika menahan geram. Sejak dari awal lagi, Shah adalah pengganggu hubungannya antara Hanastasia.
" Hana, bawa dia masuk ke dalam. Biar aku yang bercakap dengan Shah. Andhi, Abi pulang dulu ya. Nanti Abi bawa jalan-jalan lagi esok." Ucap Andika dengan nada besarnya. Sengaja menyakitkan hati Shah. Dia mengucupkan ubun-ubun Andhika lalu tubuh kecil itu diberikan pada Hana semula.
Hana hanya mengukir senyum dalam hati. Dia membawa Andhi masuk ke dalam. Tetapi, langkahnya mati sejenak. Lalu, dia menatap Andika semula.
" Kirimsalam dekat Ibu. Bawa kereta hati-hati. Assalammualaikum." Ucap Hanastasia lalu melangkah pergi.
Sejenak, bentala Andika telah runtuh ke atasnya. Bukan sebuah bencana - hanya sahaja terlalu lemah untuk menanggung manis bicara Hana sebentar tadi. Andika mengangguk laju sambil tersenyum.
" Waalikumussalam."
Shah menahan cemburu. Di hadapannya ada Andika. Lawannya untuk bersaing mendapatkan cinta Hana. Usai melihat Hana masuk ke dalam rumah. Andika mendekati pintu kereta seakan Shah tiada wujudnya lagi.
" Lepaskan Hana. Kau boleh cari perempuan lain tapi jangan Hana." Ujarnya. Andika mematikan tingkah. Dia menatap Shah seolah memahami sesuatu.
" Kau tahu aku tidak jadi berkahwin dengan Khadijah ?" tanyanya pula. Shah diam membisu. Bagaimana bisa dia tidak tahu, jika Ali dan Hasan sahaja mengetahui hal yang sama. Pasti sahaja dia bisa mendengar khabar itu.
Shah berpaling menatapnya tajam.
" Andhi dan Hana tidak perlukan kau. Mereka perlukan aku. Jadi kau cari sahaja pengganti Khadijah." Katanya.
" Berhenti bernafas dalam angan-angan Shah. Cinta yang tidak berbalas hanya akan menyakiti kau bukan menyebelahi kau. Sedar diri sebelum semuanya hancur hingga kau tidak lagi punya kekuatan untuk bangkit. Cinta memang indah Shah tapi ingat cinta juga bisa kejam pada saatnya." Jelas Andika.
Shah hanya tersengih.
" Aku tidak peduli. Aku cuma mahu Hana. Jika kau mahu Andhi, bawalah anak itu bersama kau." Balas Shah.
Andika menggenggam penumbuk. Selama bertahun, dia cukup bersabar dengan Shah yang menjadi lalat dalam usahanya mendapatkan Hana sebelum ini.
" Aku akan pastikan Hana kembali dalam hidup aku. Begitu juga Andhika. Anak kecil itu sendiri mengakui kalau aku adalah Abi dia. Dan dia sendiri kata Pakcik Shah bukan Abi dia." Jelas Andika sambil tersenyum. Dia kemudiannya mendekati semula ke pintu kereta. Seketika, dia menatap Shah.
" Jangan berdiri lama-lama depan rumah calon isteri aku. Nanti orang salah faham pula pasal kau." Katanya sambil menepuk bahu Shah. Sempat ditepis kasar oleh lelaki itu, Andika hanya tertawa kecil. Dia kemudiannya masuk semula ke dalam kereta. Sebelum kenderaan berjenama tempatan itu menderu laju membelah angin malam.
Shah menatap ke dalam rumah Hana. Wajahnya kelihatan bengang. Mungkin dek bicara Andika sebentar tadi. Penumbuk yang dia genggam kuat kini berlepas begitu sahaja. Dia ingin melepaskan satu tumbukan pada wajah Andika tetapi mana mungkin dia bisa menahan cemburu- jika Hana akan berlari keluar dari rumah hanya kerana Andika terjatuh dek tumbukannya.
" Maafkan aku, Shah." Ujar Hana lalu menutup semula sedikit langsirnya.
Rosalin yang sudah mendengar suara Andika menjerit memanggilnya membuatkannya terburu-buru menyimpan sesuatu. Syeikh Arslan hanya memandang. Sempat dia menggelengkan kepala melihat isterinya yang masih menyimpan hal itu dari Andika.
" Berikan sahaja kepada Andika. Dia juga berhak tahu." Kata Syeikh Arslan.
Rosalin melirik ke arahnya.
" Jika dia tahu pasti Andika rasa bersalah lagi. Sudah cukuplah apa yang anak aku lalui Bang. Andika sudah lama tersiksa hanya kerana cinta. Bahkan, mereka seakan memperlakukan anak aku seperti barang dagangan." Balasnya.
Syeikh Arslan menutup buku. Dia meletakkan buku tersebut pada meja lampu yang berada disebelah katil. Kaca matanya dibuka lalu didaratkan pula ke atas buku tadi. Dia menatap Rosalin lalu mengusap lembut tangan wanita itu.
" Keputusan ada pada Andika. Sekarang tinggal dia pilih sahaja. Insya Allah apapun keputusan dia, Abang akan sokong. Siapa suruh sayang lahirkan anak seperti Andika, kan ramai yang mahu." Ujarnya penuh keyakinan.
Rosalin sempat memutarkan bebola matanya sebelum keluar dari kamar. Dia mendapati sang anak sedang duduk menikmati minumannya. Dia menuruni anak tangga sambil mengamati wajah Andika yang sungguh berseri dengan tawa.
" Mengapa Andika menjerit memanggil Ibu ? Ada apa ?" tanyanya setelah mengakhiri anak tangga terakhir.
Andika yang selesai meneguk air kosong sejuk - segera meletakkan gelasnya ke dalam sinki. Usai mencucinya, dia lekas mendapatkan sang Ibu. Rosalin tidak singgah ke ruangan dapur. Dia berjalan menuju ke ruangan tetamu.
Tanpa meminta, Andika datang menyapa sambil tangannya membawa segelas air buat Rosalin. Dia mendaratkan gelas ke atas meja kopi. Malam itu, dia benar-benar dipenuhi semangat yang entah mananya datang.
" Andika sudah menceritakan hal sebenar kepada Hana tentang Khadijah. Ibu, apakah Andika bisa menjadikan Hana sebagai isteri Andika ?" tanyanya kepada Rosalin.
Seakan menduga pertanyaan itu akan hadir pada bibir Andika, Rosalin membatu. Dia menjatuhkan retinanya sesaat lalu mengusap tangan anaknya. Andika tidak menganggapi apa-apa.
" Hana ada bicara apa-apa ? Atau Andika sahaja yang mahukan dia ? Sudah bertanya apa pendapat dia ?" tanya Rosalin bertubi. Andika mengerut kehairanan.
" Mengapa, Ibu ?"tanyanya pula. Rosalin diam tidak berkutik.
Andika menutup daun pintu rapat. Ditangannya ada dua helai kertas. Satu kelihatan rapi dan baharu dan satu lagi kelihatan sudah sedikit rosak bucu-bucunya. Mungkin sudah ditulis lama sebelum kejadian. Andika melepaskan punggung ke atas katil. Wajah senangnya tadi kini pudar sekelip mata.
" Ibu dan Ayah tidak memaksa Andika. Untuk kali ini sahaja, Ibu mahu Andika fikirkan diri sendiri bukan kami atau Atok. Jika Andika mahu berkahwin dengan Hana, Ibu dan Ayah tidak masalah. Cuma Ibu pesan. Cinta bukan hanya tentang satu perasaan - tetapi dua. Bila satu hilang atau tiada rasa, hubungan apapun itu sukar dibentuk melainkan Andika sendiri membuka hati."
Suara Rosalin yang menasihatinya kembali bergema pada lohong telinga Andika. Dia menatap semula isi kertas yang ditulis Khadijah dan juga surat baru yang dikirimkan oleh keluarga Khadijah.
Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡
![](https://img.wattpad.com/cover/321267265-288-k578354.jpg)
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...