✧☂︎|23

68 5 5
                                    

Daun pintu dikuak kasar lalu dihempasnya kuat. Sontak dua beranak itu kaget dan saling berpandangan apabila Syeikh Mustafa bertindak sedemikian. Syeikh Arslan hanya mengheret senyum memandang wajah anaknya yang tampak akan kegelisahan itu.

Sejujurnya, Andika merasa bersalah kerana sekali lagi berbuat tidak sopan di hadapan tetamu. Tetapi, kesabarannya sudah meletus dari had biasa. Dia tidak mahu menahannya lagi dengan tangan kosong yang lemah.

Syeikh Arslan memintanya untuk duduk.

" Bagaimana kau mengenali gadis itu ?" tanya Syeikh Arslan.

Andika tidak mendongak. Retinanya masih tergantung menatap karpet ruangan tetamu. Masih sibuk memikirkan bagaimana dengan keadaan Hanastasia selepas kejadian petang tadi.

Dataran ingatannya kini menggambarkan adegan ringkas dimana Shah berlari mendapatkan Hanastasia sebelum Rosalin meminta tolong kepada lelaki itu agar menghantar Hana pulang dengan selamat.

Keningnya bertaut rapat. Wajahnya suram meskipun dia meraupnya. Syeikh Arslan menyedari Andika sebenarnya masih bingung dengan kejadian yang dia telah lakukan. Lalu, dia menepuk lembut batang leher Andika. Membuatkan anaknya itu tersentak lalu menatapnya.

" Hahaha, apa sebegitunya kau mencintai Hana sehingga dirimu tidak keruan begini." Seloroh Syeikh Arslan.

" Nak, Ayah tahu betapa kau mencintai dia. Tetapi jangan sampai Andika menggadaikan iman hanya kerana cinta yang tidak akan pernah diredhai oleh Allah. Faham, Andika ?"

Andika tidak menjawab. Riak wajahnya datar.

Seketika kebisuan terbentuk diantara dua beranak itu, keluhan panjang berlepas dari sangkar peparu Syeikh Arslan. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang. Memikirkan memori kelam dimana dahulu perkahwinannya bersama Rosalin dibantah keras oleh ayahnya - Syeikh Mustafa.

" Dulu, ayah juga mencintai Ibumu tetapi Atok kau tidak merestuinya kerna Ibumu tiada pendidikan tinggi dari luar negara. Bahkan, Atokmu tidak mahu Ayah mengahwini seorang anak nelayan yang banyak adik beradik. Sebab takut jika Ayah yang akan menafkahi mereka hingga lupa dengan Allah hanya untuk fokus menafkahi keluarga Ibumu." Syeikh Arslan cuba bercerita.

Andika menatap dengan sayu tetapi sabitnya siap dipasang mendengar disebalik kisah mengapa Syeikh Mustafa berbicara kasar pada Ibunya tadi. Syeikh Arslan menatap anaknya lalu tersenyum.

" Ayah berusaha yakinkan Atok kau hingga Ayah hampir putus asa dan cuba melepaskan Ibumu. Tetapi, kuasa doa itu akhirnya membawa Ayah dan Ibumu ke sini hingga dia melahirkan kau."

" Ayah fikir doa ayah dimakbulkan Allah ternyata Ayah silap disitu. Rupanya nenek kau pernah kata jika dia tertarik dengan Ibumu lalu sering berdoa untuk kami berdua walaupun Atok kau sering membantah." Ceritanya lagi.

" Nenek tidak membantah ?" tanyanya. Syeikh Arslan melirik ke arah Andika lalu mengangguk kecil. Kemudian, dia menatap ke hadapan semula. Untuk melanjutkan kisah yang hampir membuatnya hilang rasa untuk mencintai wanita lain selain Rosalin.

" Nenek kau tidak pernah membantah bahkan dia sering menghantar surat kepada Ibumu semasa disini. Jika kau tahu, Ayah bertemu Ibumu disaat Ayah bercuti di sini bersama kawan-kawan."

" Waktu itu hujan sangat lebat dan jalan juga kabur sampai tidak jelas apa-apa. Hinggalah waktu Ayah kemalangan dan orang pertama yang Ayah nampak sebelum pengsan adalah Ibumu." Lanjutnya.

Andika semakin tertarik mendengar. Dia membaiki postur tubuh lalu menatap Syeikh Arslan penuh minat. Sesaat, Ayahnya tertawa kecil. Mungkin kerana kembali mengayuh kisah lama mereka yang sempat tidak mendapat restu oleh Syeikh Mustafa.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now