✧☂︎|27

67 7 11
                                    


4 TAHUN KEMUDIAN

Sandakan, 1988 - Kota ini masih belum membangun sepenuhnya. Tetapi menatapnya sahaja bagaikan segalanya berubah sepintas kilat. Semesta tika ini sepertinya sedang tidak membantu sama sekali. Mungkin ini sahajalah musimnya setelah beberapa tahun. Tirai berwarna biru kegelapan itu langsung tidak menganggu buat Andika - kerna baginya hujan adalah sebahagian ceritanya. Dan rahmat dari Pencipta.

Dia mengusungkan bagasi sambil lensanya mencari-cari bayangan hitam milik keluarganya. Kawasan lapangan terbang tidaklah semewah yang disangkakan tetapi tidak juga seburuk yang terlintas di fikiran. Tetapi, entah mengapa sulit untuk mencari keluarganya.

" Andika !"

Dia berpaling ke sisi kanannya. Sang Ayah sedang berdiri di sebuah kereta tempatan sambil melambaikan tangannya. Andika tersenyum lalu bergerak mendekati sang Ayah. Tangan Syeikh Arslan dijabat sebelum dikucup kemas.

" Ibu, dimana ?" tanyanya.

" Ibu kau ada dirumah sedang menyiapkan sesuatu untuk kepulangan puteranya ini." Jawab Syeikh Arslan sambil menepuk bahu anaknya.

" Sesuatu ? Bukankah Andika sudah pesan tidak usahlah buat majlis." Ujarnya.

" Tidak mengapa, mari kita pulang sahaja dulu." Ajak Syeikh Arslan lalu menuntun Andika ke belakang kenderaan untuk menyimpan bagasi miliknya.

Usai berbuat demikian, kedua beranak itu kembali masuk ke dalam perut kereta. Kini, Andika pula yang membantunya untuk memandu. Katanya rindu dengan kota itu - jadi dia ingin memandu sendiri. Syeikh Arslan membiarkan sahaja.

" Bagaimana keadaan keluarga Khadijah di Kuala Lumpur ?" tanya Syeikh Arslan kepada Andika.

" Alhamdulillah Ayah. Mereka sihat-sihat sahaja." Jawab Andika jujur.

Dia mengambil kesempatan untuk mendarat ke rumah keluarga Khadijah sehari sebelum penerbangannya ke Sandakan. Ingin bertemu dan saling bertanya khabar atas permintaan Rosalin. Mujurlah keluarga itu baik-baik sahaja.

" Sudah bertemu Khadijah ?" tanya Syeikh Arslan lagi. Andika menguntum senyum sambil mengangguk menatap Syeikh Arslan. Dia kemudiannya memfokuskan diri untuk tetap memandu semula.

Andika termangu di dalam kereta. Dia menatap Syeikh Arslan disisi. Lelaki yang semakin dimamah usia itu hanya mengangkat bahu. Andika menggelengkan kepala sambil membuka daun pintu. Di luar rumah, sudah jelas kelihatan Rosalin sedang sibuk menyediakan hidangan dihadapan para tetamunya yang sudah duduk untuk bersantap.

" MasyaAllah Tabarakallah, apa khabar ente ?"

Seloroh Hasan sambil mendekati Andika yang sedang menutup daun pintu kereta. Ali juga sedang menghampiri sambil menjinjing seorang anak gadis yang rambutnya diikat tocang. Andika mengenalinya.

" Besar sudah anak gadis kau, Ali." Ucapnya sambil mencuit lembut pipi Juwita. Anak gadis sulung Ali setelah berkahwin dua tahun yang lepas. Hasan mencebik bibir. Dia sempat melirik Ali sebelum pandangannya berubah ke arah Andika.

" Sombong betul kau sekarang Andika sampai tidak menjawabpun pertanyaanku." Sindir Hasan sengaja.
Ali dan Andika ketawa serantak. Perlahan, Andika menepuk bahu lelaki itu. Hasan benar-benar jauh berbeza tetapi perwatakannya sahaja yang tidak berubah.

" Alhamdullilah aku baik-baik sahaja. Jadi kau bila lagi mahu memiliki anak seperti Ali ?" tanya Andika sengaja memanaskan situasi.

Ali menongkat kening sambil tersenyum sinis. Hasan pula hanya mengeluh panjang. Keluhan yang berlepas itu ternyata membuatkan kedua sahabatnya ketawa senang. Mungkin sudah tahu keadaan Hasan.

" Macam mana aku mahu ada anak jika isteri sahaja aku belum ada." Seloroh Hasan.

Andika dan Ali ketawa bersama. Kerna tidak puas hati, Hasan menumbuk lembut perut Andika dan Ali sebelum beredar pula ke maja makan. Mereka membontotinya dari belakang.

" Assalammualaikum, Ibu." Ucap Andika lalu menjabat tangan Rosalin dan dikucupnya lembut. Kemudian, memeluk erat tubuh Andika. Kepala lelaki itu sempat diusap lembut. Meskipun ketinggiannya sukar mencecah ketinggian Andika.

Andika meleraikan dakapan tersebut lalu menatap wajah Rosalin. Sungguh dia merindukan Rosalin selama melanjutkan pelajarannya di Al-Azhar. Setelah itu, dia beralih pula ke arah Syeikh Mustafa. Sudah hampir 4 tahun berlalu, syukur kepada Illahi lelaki itu masih dikurniakan nafas yang panjang.

Hanya sahaja kini dia harus menggunakan kerusi roda. Sebelumnya, Syeikh Mustafa yang semakin dimamah usia mengalami kecederaan lutut sehingga kini menyukarkan beliau untuk bergerak dengan kakinya.

" Atok, sihat ?" Andika menyambut tangan lelaki tua tersebut.

" Alhamdulillah, sihat. Bagaimana keadaan keluarga Khadijah di Kuala Lumpur ?" tanya Syeikh Mustafa dengan tenaganya yang sedikit.

Andika hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia mengusap lembut tangan tua Syeikh Mustafa. Semakin menaik usianya, kulit lelaki itu semakin berkerut. Syeikh Mustafa membalas usapan tangannya.

" Isteri kau bagaimana ?" tanyanya membuatkan suasana menjadi bisu seketika. Andika tertunduk senyap. Setelah beberapa saat, dia mendongak kembali sambil menguntum senyum lebar.

" Dia baik-baik sahaja, Tok." Jawabnya lalu bingkas menatap tetamu kecilnya. Ali dan Hasan hanya mengangguk ringkas.

Rosalin mendakap tubuh puteranya lalu mengusap lembut belakang tubuh Andika. Kepala wanita itu dianggukkan sedikit.

" Jangan difikirkan lagi nak. Mari kita makan."

Syeikh Arslan pula menyampuk. Dia mengajak tetamu mereka untuk bersantap bersama. Sempat dia melirik ke arah Andika - lelaki itu hanya diam membisu. Tidak mahu berfikir lama, mungkin Andika hanya kepenatan, bukannya terfikir tentang bicara Syeikh Mustafa.

✧☁☂︎

Andika melabuhkan dudukkan ke atas sofa. Dia melirik keliling rumah. Mengamati bayangan Syeikh Mustafa yang tidak kelihatan - dia cuba berbicara dengan Rosalin.

Setahun yang lepas, selepas insiden kelam itu - Syeikh Mustafa telah didiagnosis menghidap Alzheimer. Dimana dia mengalami kesukaran dalam mengingat sesuatu. Kesihatan lelaki tua itu semakin memburuk. Terkadang dia akan lupa siapa Syeikh Arslan dan Rosalin sehingga pernah sekali lelaki itu keluar dari rumah kerna takut diculik oleh anak dan menantunya sendiri.

Ingatannya yang tidak bertahan lama akan membuatkan situasi mereka bertambah sukar untuk dikawal. Syeikh Mustafa akan bertindak agresif jika tidak melihat sosok Syeikh Arslan dan Rosalin yang dia mahukan. Padahal, keduanya sudah dihadapan mata.

" Sudahlah Andika. Jangan risau soal Atok." Jelas Rosalin.

" Ya, nak. Dan soal tadi siang, lupakan sahaja apa yang Atok bicarakan." Tambah Syeikh Arslan.

Tidak bertanya lebih, Andika hanya megangguk faham. Dia melepaskan nafas berat. Sungguh dia merasa simpati atas apa yang terjadi dengan kesihatan Syeikh Mustafa.

Entah mengapa, dia dapat melihat perubahan lelaki itu dengan jelas. Syeikh Mustafa yang tegas dan garang - sosok itu telah pun pergi entah kemana. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki tua yang sering tersenyum dan tertawa.

Jangan lupa vote dan komen , btw selamat berpuasa semua ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now