Punggung tua Syeikh Mustafa dipandang dari jauh. Ada sesuatu yang bermain di dalam benak mindanya. Hanastasia menatap ke arah Janice, seketika fikirannya yang kacau tertanya akan adegan sebentar tadi.
" Mak kenal dengan Syeikh Mustafa ?" Tanyanya.
Janice meliriknya tajam. Jika bukan kerana dia ingin melawat rumah hari ini - pasti dia tidak akan bertemu dengan sosok lelaki tua tersebut.
" Ada masalah apa kau dengan lelaki tua itu, Hana ?" Tanyanya pula sambil meragut kasar tangan anak gadisnya. Hana sempat mengadu kesakitan namun ditahan. Tidak mungkin aku akan mengatakan hal sebenar pada Mak. Dia bermonolog sendiri dengan semestanya.
" Hana cuma bekerja atas arahannya di rumah anak yatim." Jawab Hana.
Janice melepaskan genggamannya usai mendapat jawapan.
" Jangan sekalipun kau berbuat masalah dengan orang seperti mereka. Mereka hanya tahu menguntungkan sesuatu dengan wang." Jelas Janice.
" Jika bukan kerana abang kau telah mati, aku yakin hidupku pasti seperti dulu lagi." Tambahnya dengan nada kecil sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
Hana yang sempat mendengar barisan akhir bicara Ibunya - diam tidak berkutik. Dia menatap semula kearah Syeikh Mustafa yang sudah hilang entah kemana lalu berpaling ke arah Ibunya.
Lantas, dia membuka langkah mendapatkan sang Ibu. Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi diantara keduanya.
" Apa maksud Mak hidup seperti dulu lagi ? Apakah Syeikh Mustafa ada kaitan dengan kematian Abang Jonathan ?" Tanyanya semula.
Janice tidak mempedulikannya. Hanya terus menjatuhkan punggung dan melayan majalah-majalah harian. Hana datang mendekat dengan keberanian yang terkumpul dalam penumbuknya.
" Siapa Syeikh Mustafa sebenar, Mak ?" Tanyanya lagi.
" Dia bukan siapa-siapa. Hanya sahaja orang kaya yang suka menabur wang bila tahu bala mendekat. Jadi jangan lakukan apa-apa masalah dengan keluarga itu. Jika kau inginkan wang - mungkin kau bisa sahaja mencuba." Sinis Janice menyindirnya.
Hana yang masih tidak puas hati, bertanya lagi.
" Apa maksud Mak ?"
Janice mengeluh panjang. Dia bingkas dari dudukkan. Majalah ditangan dihempas pada bangku. Tangannya kemudian bersilang di dada. Menatap Hana yang berwajah penuh tanda tanya.
" Mereka itu telah membunuh abang kau. Tapi kerana rasa bersalah, dia hanya menghulurkan wang sebagai balasan -"
" Dan Mak menerimanya ?" Tanya Hana memintas bicara Janice
Janice mengeluh panjang dan beralih pula ke ruangan dapur yang tidak jauh dari ruangan tetamu itu. Dia menuangkan air pada gelasnya lalu diteguk. Usai sahaja dia mendaratkan gelas tersebut pada sinki. Dan menatap kosong
" Jika aku tidak terima, wang dari mana lagi mahu dipakai untuk kematian Nathan dan biaya hospital ? bahkan kau sahaja tidak akan lahir Hana. Tidak akan pernah merasa duduk di dalam rumah sebegini." Jelasnya.
Hana mula tidak puas hati.
" Apakah kematian Abang Nathan sewenang-wenangnya Mak tukarkan dengan wang Syeikh Mustafa ? Mak bagaikan menjual abu anak sendiri demi wang ! " Sentak Hana tanpa sedar.
Namun, Janice hanya tertawa sambil bahunya terhinjut seketika. Dia menatap Hana dari kejauhan.
" Kau siapa ingin menegurku Hana. Kau bahkan tidak hidup di zaman perang. Lalu kau berbicara soal wang dan anak aku seenaknya ? Kau tahu di zaman itu sahaja hendak mendapatkan 50 sen harus berpulas keringat, inikan pula hendak hidup didalam rumah seperti ini ?"
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...