✧☂︎|28

61 5 5
                                    

Senja sudahpun menyinsingkan tirai jingganya. Seperti biasa, rakyat jelata di bawah langit Borneo itu tidak akan pernah lelah mencari rezeki. Sudah hampir jam 5 petang - tetapi suasana pekan dan pasarnya masih dipenuhi dengan lautan manusia yang berdagang dan membeli.

Andika hanya mengekori sang Ibu dari belakang mencari barang keperluan rumah. Terkadang dia ikut memerhatikan apa yang Rosalin ingin beli. Dan selanjutnya begitu sehingga Rosalin selesai membeli. Kedua beranak itu perlahan mencetak langkah menuju ke bahagian sayuran.

Sedikit terganggu dengan pancaran mentari, Andika mengatub kelopaknya sesaat demi sesaat. Pancaran itu benar-benar singgah menyolok lensa keemasan miliknya. Mungkin tidak cukup bersinar baginya.

Tidak tahan berdiri di bahagian kawasan itu, Andika meminta izin untuk berlindung sejenak.

Baru sahaja dia cuba memalingkan tubuhnya - tidak semena dia terlanggar bahu seseorang. Lelaki itu kaget melihat wanita tadi hampir tersungkur walaupun segala barang pembeliannya habis terjatuh atas lantai. Rosalin yang menyedari itu segera menarik anaknya ke belakang.

" Maafkan anak saya, cik. Dia tak sengaja."jelas Rosalin sambil cuba membantu memungut bahan-bahan makanan wanita tadi.

" Tidak mengapa." Balasnya sambil mendapatkan plastik pembeliannya dari tangan Rosalin.

Kedua mereka serentak bingkas. Rosalin hanya menatapnya dengan senyum lalu meminta izin untuk pergi. Tetapi, Andika menahannya. Rosalin menepuk tangan puteranya agar cepat berlalu pergi.

Namun, Andika masih tidak berkutik sama sekali. Melihat anak lelakinya terpaku membuatkannya sempat tertanya. Wajah lelaki itu hanya membeku sambil matanya menatap sesuatu.

" Andika." Serentak mereka memanggil nama Andika.

Rosalin pantas berpaling. Alangkah terkejutnya dia melihat sosok wanita yang cukup indah dengan sepasang hijab yang menutup kepalanya. Wanita itu kemudian melirik ke arah Rosalin dan tersenyum ringkas. Hingga akhirnya dia laju memeluk tubuh Rosalin. Andika pula hanya melirik ke arah adegan itu. Kaku tidak bertingkah sama sekali.

" Masyaallah, Hana." Hanya itu yang mampu terlepas dari bibir Rosalin. Wanita itu melirik ke arah Andika yang masih terkejut. Tidak membalas apa-apa, Rosalin kemudian meleraikan dakapan.
Wajah Hanastasia yang sudah basah dengan tangisnya ditatap lama. Rosalin menyeka sisa air mata itu.

" Bagaimana dengan keadaan kau ? Makcik sudah mencari kau lama. Apa khabar dengan Janice, Ibu kau ?" tanya Rosalin bertubi. Hana membisu beberapa saat.

" Mak sudah meninggal dunia, Makcik. Terima kasih kerna tolong Mak Hana dulu. Kalau tidak, pasti Hana dan Mak..." Ujarnya.

Andika hanya membatu. Sejak dari tadi, dia perasan jika Hana tidak membahas mengenainya. Dia menggenggam penumbuk. Baru sahaja dia cuba mencelah, seorang anak lelaki kecil mungil berlari dan memeluk kakinya. Andika kaget.

" Abi ?" katanya.

Andika lagi terkejut. Perlahan, dia melirik ke arah Hanastasia dan Rosalin. Melihat situasi itu, Hanastasia segera menarik si kecil dari dakapan Andika. Rosalin menatap mereka serentak. Hingga kemudiannya, Hana sendiri menyuarakan persoalan yang bermain di minda mereka.

" Ini anak Hanastasia, nama dia..." Hana sempat mematikan bicaranya lalu memandang Andika yang kini menatapnya dengan penuh kesungguhan. Tidak selesa dengan pandangan itu, dia beralih ke arah Rosalin.

" Nama dia Andhika." Jelas Hanastasia.

Rosalin tersenyum. Dia melirik ke arah puteranya yang sekilas menatap Andhika kecil yang sedang memaut jari runcing Hana. Si kecil itu membalas pandangannya lalu tersenyum manis.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now