✧☂︎|3

218 24 0
                                    

Daun pintu dibuka perlahan sebelum dia menginjak dunia diksinya. Semesta yang dia ciptakan sendiri dengan minatnya terhadap sastera. Lubang arnab yang juga tercipta dari satu-satunya kehidupan yang masih mampu memberi nafas baru untuknya setiap hari. Hana melepaskan beg tangannya ke atas katil.

Dia menjatuhkan dudukkan pada hujung katil. Dia melirik ke arah hujung kakinya. Sedikit kemerahan dek terpaksa jalan kaki tanpa kasut Andika. Dia mengheret senyum ringkas sebelum mengeluarkan sesuatu dari beg.

" Bacalah buku ni. Mungkin ada jalan untuk cik selesaikan masalah walaupun saya tak pasti berkait atau tidak dengan masalah cik." Andika menghulurkan sebuah buku bacaan. Hana diam membisu sesaat menatap buku yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia menatap Andika seketika.

" Hana. Nama saya Hanastasia."

Andika tersentak. Namun bibirnya teguh mengukir senyuman.

" Saya Andika dan tunggu sekejap." Balas Andika sambil mengeluarkan sebuah memo dan menulis sesuatu diatasnya. Hana sekadar menatap. Dia tahu akan niat baik lelaki itu.

Tetapi, apakah benar buku ini bisa membantu ? Bukankah bantuan itu dimaksudkan dari seseorang yang menghulurkan tangan dan memberi ?

" Jika kau sudah selesai membaca bukunya, kau boleh berikan padaku di alamat ini. Jumpa lagi Hana. Ingat, kematian bukan pengakhiran dan kematian bukan jalan untuk selesaikan masalah." Jelas Andika lalu segera naik semula ke dalam bas.

Tahun 1985-an. Tika itu semesta tidaklah membangun dengan majunya. Dunia masih sedang-sedang. Badai yang menghabisi kota yang disebut mirip dengan bandar Hong Kong itu mula menaikkan aroma-aroma tanah dan sebagainya.

Namun ada aroma yang tersisa pada lohong hidung Hana. Aroma wangian jaket Andika. Meskipun jaket itu sudah dia berikan kepada empunya - tetap sahaja aromanya melekat pada kardigan Hana.

Dan ketika itu, dia hanya mampu melihat sosok malaikat itu sedang tersenyum padanya lewat kaca jendela bas sambil tangannya melambai ringkas diudara. Buat pertama kali dalam hidupnya yang sudah hampir menginjak angka 21 tahun - bagaimana bisa Tuhan menghadirkan sosok yang menghangatkannya.

Yang juga memberinya nafas baru dalam sekelumit bicara sopannya. Iaitu -

" Jangan bunuh diri lagi - kerna Tuhan masih menyayangimu. Masalah hidup hanyalah sebuah gurauan sayang dari Dia. Terus kuat hadapi candaan Allah."

✧☁☂︎

" Assalammualaikum."

" Waalaikumussalam"

Balasan dari orang rumah membuatnya tersenyum segar. Dia melangkah masuk ke dalam ruangan tetamu. Tidak kaget melihat suasana yang cukup meriah dengan kehadiran keluarga sebelah ayahnya dari Semenanjung - Andika meminta diri untuk bersiap.

" Baiklah, segera bersiap. Sebentar lagi ada berita baik mahu disampaikan." Jelas seorang lelaki tua. Wajahnya sedikit bergaris namun langsung tidak mampu menutup ketuaannya. Seri wajahnya menutup usianya yang semakin dimamah waktu.

Andika menatap sang Ibu dan Ayah. Keduanya hanya mengangguk kecil. Mula rasa sangsi akan hal itu - Andika pantas masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Hari ini, seharusnya dia melawat kubur sang nenek tercinta. Namun hujan membatasi niatnya. Bahkan, di hari yang sama dan di bawah titisan hujan yang deras dia dipertemukan dengan seorang gadis yang hampir menghabisi nyawanya dengan cara salah.

Adakah sebuah kebetulan atau memang ditakdirkan ?

✧☁☂︎

" Atok akan menetap di sini ?"

Satu lagi kejutan buatnya. Dia mengheret senyum senang. Kerna sebelumnya, Nenek dan Atoknya menetap di Semenanjung. Namun disebabkan wasiat terakhir Nenek adalah untuk dikuburkan di tanah Borneo - mungkin Atok juga harus menetap sama.

" Tidak mengapakan jika Atok tinggal bersama kita ?" tanya sang Ayah.

Andika menggelengkan kepala laju. Sungguh dia tidak mempermasalahkan perkara itu. Malah baginya, kehadiran Syeikh Mustafa di rumah itu bakal menghidupkan lagi sisi keislaman mereka sepanjang waktu. Syeikh Mustafa - seorang lelaki berbangsa Melayu-Arab yang pernah mendidik anak-anak di Mesir pada usia mudanya.

Sehinggalah anak tunggalnya - Syeikh Arslan mengahwini seorang ustazah muda dari negeri seberang - Sabah. Ajaran dari Syeikh Mustafa akhirnya jatuh kepada pewarisnya sehingga Andika Noh. Waris yang akan melanjutkan ajaran keluarga itu di masa hadapan.

" Jadi bagaimana dengan cadangan Atok haritu ? Mahu sambung belajar di Cairo ?" tanya Syeikh Mustafa sambil membaiki kaca matanya.

" Sudah tentulah Andika mahu Tok." Jawab Andika penuh semangat. Syeikh Mustafa tertawa kecil sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia kemudiannya menatap Andika lama sebelum bicaranya dimulai lagi.

" Teruslah berbakti pada ajaran dan budaya keluarga ini, Andika. Kelak kamu akan menjadi pengganti Atok dan Ayahmu untuk meneruskan warisan keluarga kita."

Jarum jam berdetik tepat pada angka 12 malam. Di luar rumah sepertinya sekali lagi hujan datang menyapa makhluk hamba Allah. Andika yang masih separuh sedar segera meraup wajahnya. Dia membuka sedikit jendela kamar sebelum tempias hujan masuk ke dalam. Lantas dia menutupnya dengan laju.

" Belakangan ini kerap sekali hujan turun."
Selorohnya lalu bingkas dari katil tidurnya.

Dia melangkah keluar dari bilik. Dari jauh dia dapat melihat sosok Ayah dan Atoknya di dalam kegelapan yang hanya bertemankan cahaya lampu yang kecil. Keduanya sedang berborak khusyuk. Andika cuba mendekat rapat. Namun langkahnya laju mati sesaat gegendang telinganya dimasuki oleh aksara-aksara sang Atok.

" Bukankah masih awal untuk Andika berkahwin sekarang Ayah ?" suara Syeikh Arslan kedengaran. Serentak dengan keluhan panjang yang terhasil dari indera hidung atoknya. Andika masih diam membatu.

" Arslan, Ayah sudah tua nak. Tidak lama lagi Allah akan menarik nikmat hidup Ayah. Sebenarnya ayah hendak jodohkan dia dengan cucu kawan ayah. Seorang ustazah yang sedang mengajar di sebuah madrasah di Cairo. Hujung bulan ini akan pulang ke Kuala Lumpur. Jadi ayah nak jodohkan mereka berdua." Jelas Syeikh Mustafa.

Andika tersentak. Dia mengenggam penumbuk erat.

" Tapi Ayah. Ini soal hidup Andika. Kita -"

Bicara Syeikh Arslan dipotong begitu sahaja.

" Kerna kita sebagai ketua keluargalah berhak ke atas anak sendiri. Kita harus tentukan masa depan yang baik buat Andika. Jika tidak, habislah hancur segala warisan dan keturunan Syeikh Al-Uthman di masa hadapan nanti."

" Hendak harapkan anak Zainal tu ? Lihatlah sekarang apa jadi dengan Nizam. Bagaimana seorang pecinta muzik bisa menjadi penerus keluarga Syeikh Al-Uthman ? Terlalu manjakan anak." Tambah Syeikh Mustafa dengan nada risaunya.

Mendengar bicara itu, sontak Andika memilih untuk masuk semula ke bilik.

" Apakah aku tidak berhak ke atas hidup sendiri ?" tanyanya sambil bermonolog dalam hati.

Dia menjatuhkan dudukkan ke atas katil. Tanpa menunggu lama, dia membawa diri ke ruangan tandas. Usai menyelesaikan niatnya, Andika mencapai sejadah lalu dibentangkan ke arah kiblat. Hanya Allah sahajalah tempatnya untuk meminta dan mengadu.

Bukannya dia tidak suka dengan ajaran dan budaya turun-temurun keluarga, hanya sahaja dia ingin menikmati hidup atas kemahuan sendiri. Asalkan masih berpandukan perintah dan larangan dari Allah.

Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now