✧☂︎|7

109 16 0
                                    

Pagi sudahpun menyinsing, semesta yang seharusnya cerah dan ceria itu kini disaksikan oleh kebisuan Andika yang merasa kecewa terhadap Atoknya sendiri. Baru sahaja hari itu dia merasa senang akan kehadiran Syeikh Mustafa di rumah itu.

Namun nyatanya, lelaki tua itu hanyalah ingin menjodohkannya dengan cucu sahabatnya sendiri.

Selesai memarkir motornya di lot parkir, dia melanjutkan langkahnya untuk masuk ke dalam bangunan kolej. Sejujurnya, memang niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke Cairo - tetapi mendengar perbicaraan Syeikh Arslan dan Syeikh Mustafa yang sejak akhir ini hanya membicarakan hal perkahwinan membuatkannya merasa hampa.

" Woi, Andika! Syeikh Andika Noh!" suara Hasan yang bergema di setiap ruangan besar bangunan menyedarkan Andika dari lamunan panjangnya sejak dari perjalanan lagi.

Mujur sahaja lelaki itu tidak terlibat dengan kemalangan. Fikirannya terlalu kusut hendak memfokuskan apa yang ada di hadapan. Jelas, hal perkahwinan yang diatur tanpa mahunya - merosakkan mood Andika.

Andika mencari-cari bayangan hitam si empunya suara. Setelah dapat, dia mengeluh ringkas. Dari kejauhan, Hasan berlari anak mendekatinya - sementara Ali masih dibelakang mengatur langkah kecil dengan tenang.

" Ada apa ?" tanya Andika dengan datar.

Hasan yang baru tiba dengan tercungap-cungap - segera memeluk bahu lelaki itu. Dengan penuh tanda tanya, Andika melirik kehairanan. Bukannya dia tidak kenal dengan Hasan - perangai lelaki itu terlalu energik tetapi hanya jika ada sesuatu.

" Kau sedang bercinta? Jika Ayah kau tahu, pasti kau dihalau dari rumah. Siapa perempuan itu?" Ujarnya. Andika mengerutkan dahi. Dia menolak Hasan ke tepi kerna bicaranya yang langsung tidak masuk akal baginya.

Ya, Syeikh Arslan memang tidak membenarkannya untuk bercinta - kerna dalam agama Islam percintaan tanpa ikatan yang sah adalah haram. Dan keluarga mereka sangat menitikberatkan isu tersebut kepada Andika.

" Ada perempuan cari kau di dalam. Nama dia Hana." Jelas Ali ringkas seusai menapak di hadapan Andika. Untuk beberapa saat, Andika mematung.

Dataran mindanya yang sejak tadi membicarakan ayat-ayat perjodohan kini berubah menjadi layar indah yang memaparkan indahnya wajah Hanastasia.

Tanpa menunggu lama, Andika segera berlari menuju ke arah yang dimaksudkan oleh Ali sebentar tadi. Menyedari dirinya yang tampak semangat kerana kehadiran gadis tempoh lepas - sontak lelaki itu menghentikan jejaknya.

Dia berhenti sejenak. Andika diam membatu - cuba berfikir permasalahan dirinya yang baru sahaja terjadi. Oh, mungkin kerena mimpi yang sempat menganggunya kelmarin. Hatinya menepis rasa sangsi dengan pernyataan tentang mimpi ngeri yang melibatkan Hanastasia.

" Mungkin benar jika gadis tadi adalah kekasihnya." Seloroh Hasan.

" Tidak pasti juga. Mungkin sekadar kenalan. Jika betul yang kau bicarakan, mungkin nahaslah Andika jika Syeikh Arslan tahu. Apa lagi sekarang Syeikh Mustafa sudah tinggal bersama mereka." Balas Ali.

Hasan yang berada di samping hanya mengangguk setuju dengan pernyataan lelaki itu. Tanpa membuang waktu, mereka juga segera mengekori Andika.

✧☁☂︎


Dia melirik ke arah buku yang berada kemas dalam genggamannya. Entah mengapa, disaat pintu ingatannya memaparkan wajah bahagia dan senang dari seorang Andika Noh - membuatkan hatinya terasa hangat.

Sedangkan, baru kelmarin dia menangisi dosanya kerana jatuh cinta dengan lelaki yang berbeza kepercayaan dengannya. Hana melirik tubuhnya dari hujung kaki hingga rambutnya.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now