Hana melirik ke arah Andika sebelum pandangan itu jatuh ke bawah. Menatap anak kecil yang tingginya hanya separas pinggang Andika. Lelaki itu menelan saliva. Kemudiannya dia berbicara kepada si budak kecil yang dipanggilnya - Dolah. Hana hanya menatap. Tetapi, apa yang dibicarakan Andika membuat Hana menahan sedikit tawanya.
" Duduklah disini. Kau menjadi saksi kami jika kami tidak melakukan apa-apa. Hanya untuk berbicara dan menjauh dari Atok. Faham ? jadi dengar sahaja apa yang abang kata dan kakak cantik ini bicara ya. Jika ada Ibu, Ayah atau Atok kau katakan sahaja sejujurnya." Jelas Andika.
Hana tertunduk lalu mengaburi senyumannya. Sejurus Dolah mengangguk dan menatap mereka berdua, Andika bingkas semula. Menatap Hana dihadapannya. Dia menggempalkan penumbuk. Mencuba mencari kekuatan untuk berbicara. Tetapi, menatap wajah Hanastasia segalanya bagaikan lebur begitu sahaja.
" Apa hubungan kau dengan Shah ?" tanyanya.
" Tiada hubungan apa-apa. Dia hanya kawan sahaja. Jadi apa yang ingin kau bicarakan ?" tanya Hana pula.
Andika menatap Dolah seketika. Sejujurnya, dia malu hendak mengungkapkan soal perasaan di hadapan budak kecil. Namun begitu, demi berjaga-jaga dia harus membiarkan Dolah mendengar dan tahu hal sebenar.
" Aku...aku masih belum bisa melupakan kau Hana. Apakah kau juga sama ? Aku ingin kita bersama. Soal agama, percayalah jika Tuhan menghendaki pasti ada jalan terbaik untuk kita." Jelas Andika.
Sempat dia melirik ke arah Dolah.
Melihat Dolah yang tersenyum malu - membuatkan Andika bertambah segan. Lantas dia menutup mulut Dolah dengan telapak tangannya. Hana hanya memandang aneh. Andika pula tersenyum hangit.
" Andika, sudahlah. Kita memang tidak ditakdirkan bersama." Ucap Hana lalu cuba pergi tetapi bicara yang berlepas dari Andika membuatkan langkahnya kaku.
" Bukankah kau kata kau mencintai aku ? Apa masih sehingga kini kau mencintai aku ? Hana, aku mohon. Izinkan aku untuk mengenalimu." Katanya lalu sekali lagi menatap Dolah.
Kini, anak kecil itu pula menutup matanya serentak dengan tapak tangan. Sebelum Andika mengudarakan tangannya dan mendarat pada wajah Dolah.
Hana berpaling menatapnya lalu memandang perbuatan Andika yang seakan ingin membunuh Dolah. Tapak tangannya yang sebesar tangan raksasa itu bukan sahaja menutup mulut Dolah tetapi hidung si kecil.
" Lepaskanlah Dolah. Dia sukar bernafas jika tanganmu hampir menutup separuh wajah kecilnya itu." Arah Hana. Lalu, laju sahaja Andika menurutinya. Dia melepaskan tangannya dan menatap Hana dengan senyuman yang lebar.
Hana menggelengkan kepala. Mengapa Andika bersikap seakan sudah lama bersamanya. Bahkan, jika diingati semula, Andika adalah sosok yang tidak banyak bicara kepadanya. Hanya sahaja bicara yang sering berlepas dan diselimuti kehangatan yang membuat Hana tersenyum sendiri.
" Apakah kau sudah setuju dengan perjodohan keluargamu ?" tanya Hana.
" Tidak. Aku masih menolaknya. Tetapi jika kau menolak aku sekali lagi, akan aku pastikan kau merana dan cemburu. Lalu kau akan mengungkapkan semula cinta dan sayangmu pada aku." Seloroh Andika seperti kehilangan usianya yang semakin beranjak 22 tahun.
Hana hanya mengerut kehairanan. Dengan nama Tuhan, dia ingin tertawa tetapi dia tahan sahaja di hadapan lelaki itu. Hinggalah Dolah sendiri yang bersuara.
" Abang Dika pandai merajuk juga rupanya. Apalah Abang Dika ini perangai macam budak-budak sahaja. Jika Ibu tahu, habislah kau ditarik telinga." Perli Dolah.
" Betul tu, Dolah." Rosalin mencelah.
Dan panjang umur, serentak itu Rosalin datang menyapa. Mereka terkejut dengan kehadiran Rosalin. Hana menelan saliva. Kepalanya jatuh tertunduk. Andika yang melihat Hana sedemikian mengingatkannya dengan kata-kata Shah sebentar tadi.
Lantas dia mengambil langkah cuba melindungi Hana. Rosalin sedikit kaget dengan tindakan mengejut Andika.
" Hana, mari sini." Panggilnya dengan lembut. Andika mengerut kehairanan lalu membiarkan Hanastasia datang mendekati Ibunya.
" Ibu, Dolah jadi saksi abang Dika dan Kakak tidak berbuat apa-apa. Abang Dika hanya menyatakan cintanya pada kakak itu." Seloroh Dolah lalu berlari meninggalkan mereka. Andika mengigit bibir. Reaksi dari Rosalin membuatkannya tertunduk diam.
" Maafkan saya Puan. Tapi kami tiada apa-apa hubungan. Hanya sahaja kenalan sekolah. Saya tidak berniat menganggu anak puan. Maafkan saya Puan." Pinta Hana kepada Rosalin. Wanita itu melirik ke arah puteranya. Dia menggenggam Hana seketika.
" Apa benar yang dikatakan Dolah tadi ?" tanya Rosalin kepada Andika. Namun tiada jawapan. Hatta, Andika sendiri membuka mulut - tentang apa yang dibicarakan Dolah. Perlahan dia mendongak lalu menatap Hana dan Ibunya. Penumbuk dia genggam kuat.
" Benar Ibu. Andika menyukai Hana dari awal pertemuan. Tetapi, Hana menolak." Jelasnya. Hana hanya diam membisu.
Andika cuba memerhatikan keliling. Risau jika ada Ayah ataupun Syeikh Mustafa masuk ke dalam. Tetapi, kelihatannya masih aman. Lalu, dia mendaratkan sabitnya pada dinding daun pintu. Mencuba untuk mencuri dengar perbualan Hana dan Rosalin.
Sejurus dia berbicara jujur kepada Rosalin, wanita itu hanya menatapnya dan membisu. Kemudian mengajak Hanastasia untuk masuk ke dalam rumah. Andika mula diburu kerisauan. Dia mengigit bibir.
" Ibu, bawalah Andika berbicara sekali. Janganlah marah Hana. Dia tiada silap apapun. Andika yang menyukai dia. Ibu..." pintanya disebalik daun pintu.
" Andika Noh. Pergi sana sekarang atau Ibu lapor ke Atok. Ini hal perempuan, lelaki tidak boleh masuk campur. Sudah jangan mencuri dengar perbualan kami. Ibu tak akan maafkan Andika jika Andika mencuri dengar." Jelas Rosalin disebalik pintu.
Dengan hati terpaksa, Andika pergi bersiap ke dalam bilik. Namun entah mengapa hatinya ingin sahaja mengajaknya untuk mendirikan solat sunat hajat.
Laju sahaja dia bertindak dan naik ke atas semula.
Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...