Khabar gembira tentang lamaran Andika diterima baik oleh Hana - kini sudah sampai ke telinga Ali dan Hasan. Mereka menitipkan rasa syukur usai segala usaha sahabat mereka - hujungnya membuahkan hasil jua.
Hanastasia menatap rumah dua tingkat milik keluarga Andika. Entah mengapa, dia merasa takut hendak masuk. Dia menoleh ke arah Andika di sebelah. Lelaki itu hanya mengukir senyum ringkas. Seketika, Hana menikmati wajah tersebut.
" Bagaimana jika Syeikh Mustafa tidak merestui kita ?" Tanyanya dengan keraguannya yang sedalam rasa takutnya terhadap lelaki tua tersebut.
" Bertenang, Hana. Atok akan merestui kita. Jangan risau." Jawab Andika walaupun dirinya juga merasa takut untuk mendengar bicara Atoknya nanti.
Mengapa tidak, jika selama ini Khadijah sentiasa hidup dalam bayangannya. Sedangkan, wanita itu telahpun pergi tanpa melangsungkan ikatan sah bersama Andika. Hanastasia mengeluh resah. Retinanya jatuh kebawah.
" Tetapi, Syeikh Mustafa hanya tahu jika Khadijah adalah isterimu sehingga sekarang. Bagaimana dia hendak merestui kita jika Khadijah..." Hana tidak mampu melepaskan bait bicaranya.
" Sudahlah. Mari kita masuk dan beritahu Atok sendiri. Kita juga tidak boleh biarkan Atok berfikir sedemikian dengan kadar waktu yang panjang." Jelas Andika.
Akur dengan bicara lelaki itu, Hanastasia hanya mampu mengangguk. Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihembus keluar bersama ketakutan yang menghantui perasaannya. Dia menapak keluar dari perut kereta. Wajah Andika dipandang laju sambil dia menutup pintu.
Tidak lama kemudian, Rosalin dan Syeikh Arslan menyapa mereka dari muka pintu. Tersangat mengalukan kedatangan Hanastasia ke dalam rumah tersebut.
" Hana, mari masuk rumah Ibu." Pelawa Rosalin dengan panggilan Ibu.
Hana hanya tersenyum. Kepalanya diangguk ringkas. Dalam diam, Hana menitipkan doa. Berharap agar dipermudahkan segalanya.
✧☁☂︎
" Ayah, lihatlah siapa yang datang." Rosalin sengaja menyedarkan Syeikh Mustafa dari lamunan. Hana mula tidak senang dengan suasana yang begitu berbeza dari sebelumnya.
Syeikh Arslan, Andika dan Rosalin laju mempelawa Hana untuk duduk si samping Syeikh Mustafa. Lelaki tua itu hanya diam menatap wajah Hana.
" Ayah ingat lagi tidak dengan budak lelaki nama Jonathan dahulu ?" Tanya Rosalin sengaja membuka cerita. Semua mata menatap ke arahnya. Bahkan, Andika yang masih tidak mengerti turut menatap Ibunya.
" Ethan ? Budak yang itu ?" Syeikh Arslan tidak berani untuk mengatakannya di hadapan Hanastasia. Dia tahu benar akan anak lelaki tersebut. Tetapi, mengapa Rosalin menyebutnya sekarang ?
Rosalin mengangguk. Sempat dia menatap Andika sebelum pandangan itu beralih ke arah Hanastasia yang sudah tertunduk menguis-nguis jarinya. Rosalin kembali melirik ke arah Syeikh Mustafa.
" Hana adalah adiknya. Lihat, kecil sungguh semesta ini kan. Dan tidak lama lagi, Hana akan tinggal bersama kita." Ujarnya penuh getaran yang gembira.
Lantas, Syeikh Arslan dan Andika menatap Hanastasia serentak. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka dengarkan.
" Hana adik kepada Jonathan ? Anak Encik Joseph yang driver Ayah tidak sengaja langgar tu ?" Tanya Syeikh Arslan.
Rosalin segera datang kepada Hana disamping. Bahu wanita itu dipeluknya lembut. Hana hanya tersenyum kecil.
" Ya, Hana adalah adiknya. Selama ini, kita dekat sahaja dengan keluarga Janice dan Joseph. Setelah sekian lama, Abang mencari mereka rupanya Hana dekat sahaja dengan kita." Jelas Rosalin.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...