Syeikh Mustafa, Syeikh Arslan dan Rosalin serentak menatap jam antik ala barat yang tergantung tepat di dinding ruangan tetamu. Angka jarum jam yang tertuju pada 12:30 pagi - waktu tepat dimana Andika membuka daun pintu usai pulang dari rumah Hasan. Kebiasaannya, dia tidak pernah pulang selewat ini.
Cukup sahaja di bawah angka 10 - Andika akan pulang setelah mengabarinya kepada sang Ibu. Tetapi, berbeza hari ini. Langsung tiada khabar dan Andika tepatnya masuk ke rumah sesudah 12:30 pagi.
" Dari mana saja kau sehingga pulang selewat ini ?" tanya Syeikh Mustafa sambil mendekati cucu lelakinya dengan dibantu tongkat. Andika kaku di hadapan pintu. Tengkorak kepalanya jatuh ke bawah. Kekecewaan yang terlahir pada benak irisnya segera disembunyikan.
Rosalin yang menatap risau segera memeluk lengan Syeikh Arslan. Meminta suaminya untuk membawa Andika masuk segera ke biliknya sebelum Syeikh Mustafa sekali lagi naik angin. Sudah cukup dia melihat anak lelakinya itu dimarah puas akibat menolak perjodohan.
" Andika, dari mana kau sehingga jam begini baru pulang ? Bahkan, kau langsung tidak khabarkan kepada kami jika kau ingin pulang lewat. Ibumu begitu risau pada kau." Jelas Syeikh Arslan yang cuba memotong bicara Ayahnya.
Syeikh Mustafa berpaling ke belakang. Menatap sinis sang anak dan menantunya. Lalu, dia melirik pula ke arah Andika yang masih sahaja membatu. Briefcase yang digenggam pada hadapan semakin kuat menegang.
" Maafkan Andika kerna sudah membuat Ibu risau. Andika baru pulang dari rumah Hasan." Jawabnya jujur. Tetapi kepalanya tidak lagi naik mendongak wajah ketiga mereka.
" Kau itu sudah 22 tahun, masih sahaja bermain dengan budak nakal seperti mereka. Kau bakal berkahwin Andika. Bersikaplah layaknya seorang lelaki gagah bukan budak-budak." Jelas Syeikh Mustafa lalu meninggalkan Andika bersama orang tuanya.
Syeikh Arslan mendekatinya sebelum menepuk bahu Andika dengan lembut.
" Jangan ambil hati dengan bicara atok. Pergilah mandi dan makan. Setelah itu, berehatlah. Pasti kau penat. Ayah masuk tidur dulu." Andika hanya mengangguk tetapi tetap sahaja kepala anak lelaki itu masih tertunduk.
Usai keadaan kembali tenang, kini tinggallah Rosalin yang terkaku di hadapan Andika yang masih belum berani mendongak. Wanita yang berusia lebih kurang 35 tahun itu perlahan-lahan mencetak langkah mendekati puteranya. Tidak dinafikan jika sekarang, tubir matanya sudahpun menakung air mata.
" Mari ibu peluk."
Rosalin mendepakan kedua tangannya lalu mendatangi tubuh Andika dan memeluknya erat.
Sungguh dia memahami apa yang dirasakan Andika tika ini. Kepala puteranya diusap lembut sambil dia menangisi apa yang terjadi kepada Andika.Tidak lama kemudian, Andika merangkul pinggang ibunya. Lalu menangislah dia meratapi Hanastasia yang menolak untuk memulai sebuah rasa. Bahu Andika terhinjut-hinjut.
" Ampunkan Andika kerna sudah membuat Ibu risau." Ucapnya dengan getaran tangis yang sungguh dia ingin melepaskan luahan itu. Tetapi, jika dia memberitahu sang Ibu, apa lagi yang akan terjadi ?
" Tidak mengapa, Andika. Kau pulang sudah cukup membuatkan Ibu senang." Balas Rosalin lalu meleraikan dakapan seorang Ibu buat anaknya. Dia menatap wajah Andika yang basah dek tangisnya.
Tangan Rosalin naik ke udara sebelum dia mengesat air mata itu." Tataplah wajah Ibu, Andika. Beritahu apa masalahmu." Katanya kepada Andika.
" Tiada apa-apa Ibu. Jika begitu, Andika masuk dahulu untuk bersihkan diri." Balas Andika.
" Baiklah. Setelah itu keluar untuk makan. Ibu akan panaskan lauk untuk kau." Balas Rosalin sambil menatap Andika yang mengangguk dan meninggalkannya pergi.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomansaAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...