✧☂︎|10

102 17 1
                                    

Cawan ala gaya Barat itu mendarat sempurna pada pinggan kecilnya. Hari ini seharusnya menjadi hari yang bermakna buat keluarga Syeikh Mustafa.

Kehadiran orang dari tanah semenanjung disambut penuh mesra. Tawa dan candaan mereka seperti menyatu sehingga setiap ruang penjuru rumah itu bergema akan diksi yang berlanggar keluar dari bibir mereka.

Namun begitu kehadiran seseorang yang sebenarnya dinantikan - tidak dapat kunjung tiba kerana hal mendadak yang terjadi di Jordan.

Siti Khadijah - merupakan cucu kepada kawan dari Syeikh Mustafa yang kini menggelar jawatan sebagai seorang guru di sebuah madrasah. Jika dilihat dari segi latar keluarga dan agama, sudah pasti dia bakal menjadi calon cucu menantu terbaik di dalam keluarga tersebut.

" Andika, mari duduk di sini." Syeikh Mustafa memanggilnya yang baru sahaja masuk ke dalam perut rumah.

Dia melirik ke arah tiga tetamu yang hadir di ruangan tersebut. Dari gaya penampilan mereka sudah cukup membuktikan jika mereka berasal dari golongan berada. Andika mengatur langkah kecil sambil bibirnya tersenyum kepada tetamu.

" Jadi ini Andika ? Besar sudah dia, jika dulu dia masih lagi kecil di dalam pelukanmu." Seloroh seorang lelaki tua.

Mendengar bicara itu - Syeikh Mustafa hanya tertawa kecil. Andika yang baru sahaja melabuhkan dudukkan segera menerima tepukan pada bahunya.

" Kenalkan inilah sahabat atok semasa di Cairo dulu. Sudah lama kami berkawan, mungkin sudah masanya kita menyambung talian persaudaraan antara cucu-cucu kita." Balas Syeikh Mustafa.

Abdul Ukhman seraya menganggukkan kepalanya lalu menarik cawan teh di hadapan. Diteguk seketika sehingga tekaknya terasa basah. Kemudian, dia menatap kedua anaknya disamping.

" Bagaimana, sesuai tidak menjadi suami kepada Khadijah ?" tanyanya degan nada kebanggaan.

Andika kaget. Dia menatap Syeikh Mustafa yang hanya tersenyum malu di hadapannya.

Pandangannya beralih pula ke arah sang ayah dan ibu. Kedua mereka hanya tersenyum paksa.

" Maafkan saya atok. Tetapi apa maksud disemua ini ?" tanya Andika yang sudah tidak tahan dengan perjodohan tersebut. Syeikh Mustafa melipat bibir.

" Kedatangan mereka ini adalah untuk menjodohkan Andika dengan anak perempuan mereka, Siti Khadijah." Jelas Syeikh Mustafa.

Andika tersentak. Tidak semena, bayangan wajah Hanastasia bermain pada layar fatamorgananya. Merasa dirinya sedang menghancurkan harapan yang dia ukir sendiri buat Hana - Andika meminta diri. Tidak mahu terlibat dalam hal itu namun jika bukan dirinya - sosok mana lagi yang akan menjadi pilihan keluarga itu ?

" Andika." Panggil Syeikh Mustafa.

Laju sahaja cucu tunggal dari keluarga Syeikh Mustafa memalingkan tubuhnya. Wajah Andika tampak merah dek amarahnya. Lelaki itu melirik sang Atok sebelum berpindah arah ke wajah orang tuanya.

" Sebegitu tidak pentingkah keputusan Andika sehingga harus mengikuti perjodohan ini ? Apa alasan Andika untuk hidup sebenarnya ?" Tanyanya dengan terpaksa.

Mendengar bicara yang sedikit berbaur kasar itu membuatkan suasana menjadi tegang. Tetapi, tidak setegang kemarahan Syeikh Mustafa yang memuncak.

" Mana hak Andika untuk tentukan calon isteri sendiri jika - "

" Andika!" Jerit Syeikh Mustafa.

Jeritan yang berjaya menepis bait aksara seorang Andika Noh sepertinya mengegarkan rumahnya. Sehinggakan para tetamu sendiri merasakan aura hebat yang terhasil dari Andika dan Syeikh Mustafa.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now