Majlis jamuan dimulakan dengan rangkaian doa yang dibacakan oleh Imam dari masjid berdekatan mereka. Semua tetamu yang menghadiri majlis tersebut hanyalah dari jiran tetangga, masyarakat yang fakir miskin dan anak-anak yatim. Di barisan hadapan, keluarga Syeikh Mustafa sedang duduk berhadapan dengan para tetamu mereka.
Andika yang berada diantara Syeikh Mustafa dan Syeikh Arslan masih dalam dunia khayalannya. Sejak dari tadi dia menatap sang Ibu - tetapi Rosalin tidak hiraukannya. Dia tahu Andika pasti tertanya apa yang mereka bincangkan di bilik tadi bersama Hanastasia. Tidak mendapat perhatian dari Rosalin, Andika hanya membuang lirikkannya ke arah Hana.
Gadis itu sedang duduk mendiamkan diri di belakang meja tetamu. Sedang mengelamun sambil retinanya tidak betah melihat arah yang tetap akan kedudukkannya. Mungkin sedang memikirkan sesuatu tentang bicara Rosalin. Tidak semena, Andika mula tidak senang duduk.
Dari jauh, Rosalin hanya memandang Hanastasia sebelum beralih pula ke arah Andika. Dia hanya diam sesaat melihat puteranya itu sedang memerhatikan sesuatu di hadapan sana. Dan sudah pasti, gerangan itu adalah Hanastasia. Rosalin kemudian menjatuhkan pandangan. Mula teringat akan perbualannya bersama Hana.
" Jika kau masih dimiliki oleh Tuhanmu, makcik tidak bisa berbuat apa melainkan berharap agar Hana bisa menjauhi Andika. Kamu berdua sungguh berbeza." Jelas Rosalin usai dia mendengar penjelasan dari Hana sendiri.
" Saya tahu tentang itu, Puan. Dan saya juga sudah menjauhi Andika. Tapi -" bicara Hana tersangkut bagaikan ada sesuatu yang tersekat pada aliran bicaranya. Rosalin menatap gadis itu sebelum duduk disebelahnya.
Bahu kecil Hana dipeluk erat.
" Adakah kau sudah di tahap mencintai Andika ?" tanyanya membuatkan Hana mendongak laju. Saliva ditelan kesat.
Pandangan mata yang disampaikan oleh Hana seakan bisa difahami oleh Rosalin. Wanita itu hanya mengangguk dan kemudian memeluk Hana segera. Kepala gadis itu diusap penuh kelembutan. Hingga Hanastasia bisa merasakan aliran kehangatan yang penuh dengan rasa keibuan.
" Begini sajalah. Makcik doakan yang terbaik untuk kebahagiaan Hana. Makcik tidak akan menghalang kamu berdua jika kau dan Andika memang ditakdirkan bersama."
" Tetapi, sekarang keadaan sangat berbeza. Kau masih dimiliki oleh Tuhanmu dan Andika pula bakal pergi jauh dari sini untuk melanjutkan pelajarannya." Jelas Rosalin di dalam dakapan itu.
Tanpa menyedari, gadis itu sudahpun menahan takungan air matanya dek kelembutan Rosalin. Langsung tidak menyangka jika wanita itu benar-benar memiliki hati mulia layaknya puteranya sendiri.
Sungguh tidak percaya dia apabila dipertemukan oleh orang hebat sedemikian. Rosalin meleraikan dakapan lalu menatap Hana yang segera menunduk. Mungkin segan dilihat Rosalin. Tetapi, wanita itu hanya tertawa kecil lalu mengangkat lembut dagu Hana.
" Menangis sahaja didepan makcik Hana tetapi berjanjilah setelah ini berbahagia meskipun bukan bersama Andika."ujarnya sambil mengusap rambut hitam Hana.
Tanpa aba-aba, Hana terus mendakap Rosalin dan menangis dengan semahunya. Tidak mahu tertinggal lagi secebis rasa yang tersisa dalam dakapan seorang yang penuh dengan aura keibuan.
" Izinkan saya memeluk Puan sekali lagi. Maafkan saya kerna sudah terlanjur sayang pada anak Puan. Dia lelaki hebat sehingga saya sukar untuk melupakan dia, Puan."
" Andika...dia adalah lelaki yang membawa saya keluar dari peritnya cerita hidup saya." Rintih Hanastasia dalam dakapan itu.
Rosalin hanya mampu membalas pelukan itu. Dia ingin menyatakan tentang pernikahan Andika dan Siti Khadijah yang sudah pasti akan ditentukan selepas Andika belajar di sana. Namun entah mengapa sungguh berat sekali dia ingin memberitahunya kepada Hana.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...