✧☂︎|19

67 5 2
                                    

Majlis yang diatur oleh keluarga Syeikh Mustafa untuk Andika yang bakal terbang ke Cairo, Mesir itu bakal disambut meriah dengan kehadiran anak-anak yatim dari pelbagai persatuan terdekat. Meskipun Andika hanya meminta untuk bersederhana tetapi atoknya malah membantah.

Katanya, doa dari anak yatim dan orang-orang yang bakal turut menghadiri jamuan itu akan menuntun Andika dengan redha Allah melalui doa mereka. Dan, Andika terpaksalah menurutinya. Majlis tersebut dijalankan tepat di samping dataran rumah Andika.

Sebuah rumah yang memiliki dua tingkat itu tidaklah sebesar banglo. Cukup memuatkan satu keluarga di dalamnya tetapi kerana halaman disamping luas - majlis dianjurkan sahaja di sana.

Sejak dari kelmarin lagi, majlis ini disiapkan oleh anggota sukarelawan Tina. Dan majlis akan berlangsung hari ini selepas solat zohor. Tetapi masih ada beberapa sukarelawan yang bekerja mengangkat meja dan kerusi untuk tetamu. Andika cuba membantu tetapi Tina berpesan agar tidak masuk campur dalam pekerjaan mereka.

Seharian itu, Andika hanya menghabisi waktunya di dalam bilik dengan membaca. Kulit buku ditutup semula ketika dia merasakan kerongkongannya kering. Sejak akhir-akhir ini, hujan tidak lagi menyirami kota seperti sebelumnya. Mungkin sudah berganti musim panas.

Andika mengambil gelas dari rak sambil memerhatikan garaj rumahnya yang terbuka luas untuk memudahkan laluan anggota sukarelawan. Baru sahaja dia hendak mendaratkan gelas pada permukaan meja - entah bagaimana tangannya yang tidak licin itu tidak sengaja melepaskan gelas lalu terjatuh ke atas lantai.

Serentak dia kaget dengan kekecauan yang dia perbuat sendiri lalu menatap semula keluar jendela. Baru sahaja tadi, dia melihat Hanastasia sedang mengangkat meja yang dibantu oleh rakannya yang lain. Laju sahaja Andika keluar dan mendapatkan gerangan itu.

Namun begitu, langkahnya lantas mati apabila mendapati Syeikh Mustafa sedang memerhati sukarelawan di hadapan halaman. Lelaki tua itu berpaling ke belakang. Menatap Andika dengan wajah hairannya.

" Ada apa Andika ?" tanyanya.

Andika laju sahaja menggelengkan kepala. Jika dia tetap pergi dan menegur Hana, pasti keadaan bertambah kacau kerana adanya Syeikh Mustafa. Dia kembali masuk ke dalam sambil mengigit bibir. Dia tidak salah lihat lagi jika apa yang dia lihat adalah Hana. Bukan orang lain.

Tidak semena, dia tersenyum lalu melompat kesenangan usai daun pintu ditutupnya rapat. Tetapi, kesenangan itu tidak berlanjutan apabila Syeikh Mustafa tiba-tiba sahaja membuka pintu dan menatapnya. Andika kembali kaku dan hanya mengukir senyum.

" Buatkan Atok secawan kopi lalu hantar keluar." Arahnya. Andika hanya mengangguk.

" Atok masuklah. Andika buatkan air." Balas Andika sengaja ingin mengusir Atoknya dari terus memerhati pekerja di luar.

Syeikh Mustafa menggelengkan kepala.

" Tidak. Kau buatkan sahaja lalu hantar di depan. Jika Atok minum di dalam, pasti sukarelawan itu bermalas-malasan." Ujarnya lalu segera beranjak dari tapak hadapan pintu.

Sekitar jam 12 lebih tepat matahari semakin terik di atas lelangit, semua persiapan selesai dengan 100%. Tinggal menunggu para tetamu sahaja untuk hadir bersama. Anak-anak yatim yang tiba awal sudahpun bersiap sedia mendirikan solat yang diimamkan oleh Andika dalam ruangan musholah keluarga tersebut.

Tidak besar namun cukup memuatkan mereka.
Tugas yang sudah selesai Hana laksanakan membuatkannya berehat seketika di taman bunga milik Rosalin. Hanya bertempat di sebelah dataran dimana majlis akan bermula. Dia melirik ke atas, tepi dan bawah.

Sungguh menarik sekali hiasan dalaman tanam bunga terbuka itu. Baru sahaja dia mengeluh panjang, entah bagaimana bisa luluhnya hati seorang Hanastasia apabila melihat sosok Andika dibalik kaca jendela rumah tersebut.

Jendela kaca yang dililiti dengan dedaun liar dengan di dalamnya terbit sebuah pemandangan yang mengagumkannya. Hana membaiki postur dudukkannya. Andika yang berdiri dengan mengenakan songkok hitam di kepalanya kelihatan begitu menarik perhatian.

Sesaat itu, dia melihat Andika mengangkat takbiratul ihram dan diikuti bibirnya yang sibuk membacakan sesuatu. Hana menguntum senyum. Ya, sebelum kedatangan mereka kemari, Shah sudah memberitahunya dahulu tentang program yang dianjurkan ini adalah dari keluarga Andika.

Semakin dia mengenal sosok Andika, semakin kecil semestanya untuk dibandingkan bersama. Pandangannya jatuh ke bawah. Memikirkan betapa kejamnya semesta membubuhkan rasa cinta dan sayangnya kepada seorang lelaki yang begitu taat kepada agama dan keluarganya.

Tidak diragukan lagi mengapa Andika memilih untuk menyelamatkan dia dari menamatkan riwayat hidupnya. Tenyata, memang begitulah didikan sempurna agama dan tradisi keluarga mereka yang diajar turun menurun oleh Syeikh Mustafa sehingga insan sepertinya terjatuh cinta pandang pertama dengan kehangatan tersebut.

Cuaca hangat dan terik yang terhindar dari tempat teduhan Hana membuatkan gadis itu sempat terlena. Mungkin kepenatan seharian menjalankan tanggungjawabnya untuk upacara tersebut. Tanpa menyedari, ada seseorang yang semakin dekat menghampirinya.

Dia mematikan langkah lalu menatap wajah Hanastasia yang sungguh rupawan bahkan ketika terlena. Lelaki itu mengheret senyum. Tetapi tidak lama, apabila satu suara menyapanya dari belakang. Shah pantas berpaling. Kedua mereka saling berpandangan.

" Jadi dialah lelaki yang ada disamping Hana tempoh lepas." Bisik Andika di dalam hatinya.

Lelaki itu mula mengatur langkah mendekati Shah yang tadi dengan tersenyum menatap wajah kepunyaan Andika. Hingga suasana itu membuatkan Hana terjaga dari lena. Dia menatap ke arah Shah sebelum pandangan itu beralih ke arah Andika yang menghampirinya.

" Hana, kita perlu berbicara." Jelas Andika usai mematikan langkah disamping Shah yang masih menatap lelaki itu. Hana hanya diam membatu.

" Berhenti Andika. Jika Syeikh Mustafa lihat kau bersama dia, pasti Hana dimarahi lagi." Arah Shah.

Andika melirik ke arah lelaki itu spontan apabila cuping sabitnya menangkap perkataan lagi yang terlepas dari bibir Shah. Hana tertunduk lalu segera mengajak Shah pergi. Namun Andika laju menahan.

" Apa yang kau maksudkan dengan lagi ?" tanya Andika. Hana cuba mencelah tetapi Andika menatapnya tajam. Shah melepaskan keluhan berat. Kemudian, dia menepis kasar genggaman Andika pada lengannya. Lelaki itu menatapnya dengan tatapan penuh berapi.

" Syeikh Mustafa memarahinya atas sebab yang tidak masuk akal. Bahkan, mengherdik Hana hanya kerana dia tidak bisa selawat kerna agamanya yang bukan Islam ? jadi berhentilah menemui Hana dimanapun. Aku tidak mahu Hana hanya tertunduk mendengar tajamnya mulut Atok kau itu." Jelas Shah yang sudah menahan rasa amarah sejak dari hari itu lagi.

" Kau bukan sesiapa untuk menghalang aku bertemu Hana. Dan hati-hati mulut kau ketika berbicara tentang orang tua, Shah. Hana ikut aku. Jika benar kau ingin mengakhiri semua, kita berbincang dengan baik." Jelas Andika lalu menatap kearah Hana semula. Hana hanya mengangguk. Dia kemudian meminta Shah untuk bersabar.

Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now