✧☂︎|40

56 3 0
                                    

Beberapa bulan berlalu setelah insiden kelam itu, Janice dan Hanastasia terpaksa pergi dari kediaman mereka buat sementara waktu. Kini terpaksa berjauhan dari kenalan terdekat dan keluarga mereka. Hana dan Janice kini menetap di sebuah rumah dari seorang rakan Janice yang beragama Islam. - Nora.

Hanya wanita itu sahaja sanggup membantu mereka. Meskipun keadaan Janice sekarang berubah total. Wanita itu sedang diuji dengan kesakitan. Hanastasia menatap ke arah sang Ibu yang sedang berbaring di hadapannya.

Janice kelihatan berbeza dari sebelumnya. Wajahnya yang dahulu cantik menawan - kini berubah menjadi kurus dan cengkung. Bibirnya pucat dan merekah. Dia sedang pulas tertidur setelah usai diberikan ubat.

Seketika itu, azan Zuhr berkumandang disekitar rumah setinggan yang mereka tempati bersama Nora. Hana melirik ke setiap penjuru kamar. Di luar jendela, suasana kembali senyap setelah anak-anak kecil berlarian menuju ke surau - memandangkan sudah masuk waktu solat.

Hana bingkas perlahan dari dudukkannya lalu menapak di hadapan jendela yang berjeriji tersebut. Dia memerhati lorong kediaman itu. Benar-benar sepi. Dan terkadang, ada sekolompok lelaki akan melalui lorong tersebut untuk ke surau.

Sunyi, sepi dan tenang. Hana mengatubkan kelopak matanya. Sengaja untuk menarik aura ketenangan yang hadir disekitar tersebut.

Sejenak itu, sabitnya menangkap sebuah alunan merdu yang kerap sekali didengar oleh mereka di rumah itu. Perlahan, Hana mecetak langkah kecil mendekati suara indah itu. Dia menyelak sedikit kain langsir yang menjadi pintu untuk kamar mereka. Dilihatnya, Nora sedang mendirikan ibadahnya dengan membaca ayat indah tersebut.

Lama Hanastasia menghayatinya hingga tanpa sedar Janice turut terbangun mendengar alunan itu.

" Indah sekali bukan suara dia ?" Janice menegurnya.

Hana serentak menoleh ke belakang. Janice - wanita itu sedang melekukkan bibir nipisnya yang merekah. Dia tersenyum kecil sambil meminta Hana datang mendekatinya. Hana menurut. Dia kembali duduk di hadapan Janice. Mengelus lembut jari jemari ibunya.

" Mak suka dengar Nora menyanyi apalagi bila membaca ayat-ayat Al-Quran. Sedap dan tenang hati mendengar." Jelas Janice dengan nada kecilnya yang bergetar.

Hana hanya diam menatap. Tidak lama kemudian, Janice mengudarakan tangannya sebelum tiba di pipi Hana. Dielusnya lembut dengan rasa bersalah. Selama ini, wajah dan pipi itu dilibasnya penuh kasar dan dendam. Dia sendiri tidak berdaya hendak melakukannya - tetapi dendam membuatkan Janice serakah hendak menghentam anak gadisnya.

" Maafkan Mak kerna sering memukul dan menampar Hana. Maafkan Mak, Hana." Ucapnya sambil ekor matanya sudah dilinangi dengan kristal kekecewaan.

" Tidak mengapa, Mak. Hana sudah lama maafkan Mak. Hana faham mengapa Mak lakukannya." Balas Hana sambil menyentuh lembut tangan Janice.

" Maafkan Mak kerna menuduh Hana yang bukan-bukan. Menuduh Hana punca kematian Papa." Tambah Janice.

Hana sontak terdiam. Kejadian itu tidak pernah luput dari dataran ingatannya. Meskipun Janice sering melibas tengkoraknya - tetap sahaja memoria itu kukuh bertahan dalam mindanya.

Tahun 1973 - waktu dimana semesta kelabu seorang Hanastasia bermula. Di saat usianya baru menginjak 12 tahun, retinanya harus merakamkan aksi dimana sang Ayah seakan terbang diudara. Dia langsung tidak bertingkah.

Kaku terdiam bersama seragam pinaformnya. Wajahnya tidak beriak sama sekali. Mematung bagaikan arca dengan wajah yang jelas tidak tahu apa yang sedang terjadi dengan semestanya.

Hingga perlahan, Hana mencetak kaki mendekati Sang Ayah. Hana mematikan langkahnya di hadapan tubuh yang sedang tidak bernyawa. Kepalanya jatuh menatap tanah bentala. Kelopaknya terkatub menutup segala sengsara. Yang meninggalkan kesan buat si gadis di hadapannya.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now