Hana yang masih merasa kagum dengan hiasan dalaman rumah Allah itu melepaskan telekungnya setelah dilipat kemas. Lalu, dia meminta izin untuk pergi memandangkan orang ramai sudahpun hampir semuanya meninggalkan rumah ibadah tersebut.
" Tunggu sebentar." Sekali lagi, suara yang sama menghentikan jejaknya. Hana yang masih dengan rasa segannya berpaling ke belakang.
Lelaki yang sama menegurnya sebelum solat tadi - datang mampir bersama telekung yang dikenakan oleh Hana. Beberapa pembantu wanita yang ada di sana hanya menatap keduanya yang berdiri menghadap satu sama lain.
" Terimalah ini sebagai hadiah dari aku." Dia menghulurkan telekung tersebut kepada Hana tanpa rasa was-was.
Dahi si gadis tampak berkerut seketika. Sontak dia menggenggam penumbuk. Bukan kerna amarah atau emosi apapun. Tetapi, baginya dia tidak layak untuk menerima hadiah sebegitu rupa.
" Jangan risau. Aku tiada niat apa-apa selain ingin memberikan ini pada kau. Jika kau tidak selesa, anggap sahaja ini sebuah sedekah dari pihak masjid." Tambahnya lagi.
Sedekah ?
Seingatnya, Hana pernah mendengar kata tersebut. Tapi dimana ?
Dengan pasrah, Hana mengangguk lalu mencapai telekung pemberian itu. Sebenarnya, dia mula tidak enak dengan tatapan-tatapan pembantu wanita di masjid tersebut. Memerhatikan dia seakan ingin menelan jasad Hana. Dia menatap seketika wajah tersebut.
" Terima kasih. Jika begitu saya izin pergi -" belum selesai Hana menghabisi bait bicaranya, lelaki itu segera memintas. Mengajaknya untuk bepergian bersama sehingga ke hujung pintu utama. Hana sempat membantah - namun tiada daya kerna lelaki itu sungguh bertekad untuk pergi bersamanya.
Setibanya di hujung pintu utama, mereka mematikan langkah bersama. Hana hanya menatapnya seketika. Perbuatan lelaki itu sungguh baik terhadapnya. Namun mengapa dia hanya bisa merasakan kebaikan Andika jauh lebih besar dari itu.
Dan dia sendiri tertanya, bagaimana lelaki di hadapan ini menyedari kalau sebetulnya Hana adalah seorang wanita dari agama Kristian bukannya Islam.
" Namaku Shah. Aku tahu kau bukanlah wanita beragama Islam. Jadi, jika kau berminat untuk mendalami dan tahu soal Islam. Ini adalah tempat terbaik untuk kau. Rumah Allah sentiasa terbuka buat hambanya yang ingin mengenalnya." Jelasnya lagi.
Hana mengangguk faham.
" Nama saya Hana -" dan terpotong lagi bicara itu apabila dia melihat sosok ramah yang hadir melintasi benak matanya. Pandangan Hana yang terfokus di hadapan Shah kini berubah posisi. Dia melihat penuh syahdu akan sosok belakang Andika yang berpergian dengan sendirian.
" Izinkan aku untuk mengenalimu."
Hanastasia menguntum senyum ringkas apabila suara Andika bergema dalam semestanya.
Shah menatap gadis tersebut sebelum berpindah arah ke empunya sosok. Andika - seorang anak usahawan yang terbilang di kawasan itu.
Siapa yang tidak mengenali sosok indah rupawan milik Andika. Bahkan, latar belakangnya sahaja tidak pernah membohongi wajahnya. Sungguh seimbang sekali semestanya jika dilihat dari sisi luaran.
" Kau kenal Andika ?" tanyanya kepada Hana. Hana mengangguk kecil lalu menatap wajah itu. Shah sekadar mengangguk faham. Tiada wanita yang tidak tertarik pada sosok Andika yang tampangnya sungguh rupawan lagikan terlahir dan terdidik sempurna oleh keluarganya.
Bahkan, gadis yang bukan beragama Islam sahaja, mampu tertarik dengan pesonanya. Meskipun terkadang, Andika terlihat seperti sosok sombong yang hanya peduli dengan dunianya.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...