✧☂︎|44

48 7 8
                                    

Hari yang dinantikan telahpun tiba membawa sebuah kisah baru dalam kehidupan seorang Hana. Tidak menduga segala yang telah dia lalui - akhirnya membawa dirinya berdiri di hadapan sebuah cermin. Menatap tubuhnya yang indah dengan persalinan baju pengantin. Hana menelan salivanya.

Sejak dari tadi, dia merasa sesak untuk bernafas. Dadanya bagaikan dipukul gelombang ombak yang dahsyat. Tetapi, melihat sahaja betapa rupawan dirinya mengenakan pakaian serba putih itu - membuatkan dia kagum dengan diri sendiri.

Hana menguntum senyum indah. Senyum yang tersirat segalanya. Jika sahaja Papa, Mak dan Abang  ada sekali - sudah pasti majlis ini lebih meriah. Hana menunduk. Getaran tubuhnya tadi kini berubah membawa kerinduan pada keluarganya.

" Masyaallah, sungguh cantik begini lalu mengapa Hana menunduk ? Angkat wajahmu nak dan senyumlah. Hari ini adalah hari bahagia kau." Suara Rosalin yang mendekat menyedarkan wanita itu dari lamunanya yang baru sahaja hendak menjatuhkan sauhnya. Hampir sahaja berlabuh namun terbatal.

Dia segera menatap Rosalin di sisi. Wanita itu datang memeluknya. Belakang tubuh Hana diusap penuh kelembutan.

" Jangan disembunyikan, Hana. Ibu tahu kau merindukan mereka." Ujar Rosalin di dalam dakapan.

Hana tidak terkejut. Tetapi, mendengar bicara itu serentak membuatkan bola matanya seakan berenang di sebuah tasik. Kantung matanya sudah penuh dengan bulir air mata. Tidak sanggup menahan, Hana mengatubkan kelopaknya. Menutup kerinduan yang bersarang dalam jiwanya. Dia membalas dakapan Rosalin.

" Hana rindukan mereka. Jika sahaja mereka bisa melihat Hana berkahwin, pasti Hana senang." Rintihnya.

Rosalin meleraikan dakapan. Wajah menantunya itu, dipandangnya lama. Lalu tangannya naik menyeka air mata yang jatuh membasahi solekan indah pada wajah Hanastasia. Rosalin tersenyum manis. Sempat dia mengusap kepala Hana.

" Mereka pasti sedang melihat Hana sekarang. Sudah jangan bersedih di hari bahagia Hana. Setelah ini, Hana sudah punya keluarga sendiri. Hana ada Ibu, Ayah, Atok, Andhi dan suami Hana - Andika. Kami semua akan selalu ada untuk Hana."

Hana tersenyum lebar lalu mengangguk kecil. Kemudian, dia kembali mendakap tubuh Rosalin. Hanya untuk melepaskan rindu kepada pelukan Janice. Bahkan, saat menghembuskan nafas terakhir sahaja - dia tidak merasakan pelukan dari Maknya.

" Sudah, majlis hendak bermula sekejap lagi. Mari kita turun." Ujar Rosalin lalu segera membawa Hana turun kebawah bersamanya - memandangkan majlis akad nikah bakal berlangsung sebentar lagi.

Tika itu, semesta kelihatan baik-baik sahaja. Tiada badai mahupun halangan untuk memisahkan keduanya kembali. Kerna, kini bersaksikan langit dan bentala - cinta yang pernah terkorban dek ditentang habis oleh agama membawa keduanya hadir melafazkan ikatan sah di sisi agama.

Andika yang sudah siap duduk bersimpu di hadapan Tok Kadi - hilang arah apabila sorot mata berwarna coklat keemasan itu menangkap sosok indah yang sedang menjejak kaki turun ke bawah.

Tidak mampu dijelaskan dengan bait aksara, tetapi sungguh jantungnya bagai hendak berhenti menatap Hanastasia yang anggun dan rupawan dengan kelengkapan pakaian pengantinnya. Seketika, keduanya berlaga pandangan. Hana hanya mampu tersenyum kecil.

Andika tidak membalas. Dia menjatuhkan retinanya langsung menatap karpet. Dadanya sedang menghantar dentuman yang bertalu dia rasakan. Wajahnya mula merah padam. Lantas dia mengatubkan kelopak mata.

" Baiklah, pengantin perempuan sudahpun ada. Jadi, marilah kita mulakan majlis." Ujar Tok Kadi.

Suara tetamu yang turut memeriahkan majlis itu, mengutarakan hal yang sama. Andika mengangkat wajah. Dia tidak berani hendak menatap Hana. Sesekali, dia menatap Andhi yang kini sedang duduk diatas pangkuan Syeikh Arslan. Jelas sekali wajahnya begitu senang.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now