✧☂︎|35

61 6 2
                                    

Andika menghentikan kenderaan empat rodanya tepat dihadapan sebuah parkir berhadapan tasik. Dia melirik kesebelahnya - sejak daritadi Hana tidak menjawab pertanyaannya. Dan kini, kedua mereka sedang berdepan dengan sebuah keramaian yang tidak pasti puncanya.

" Andhika." Hana memanggil nama itu lalu segera keluar tanpa memikirkan dirinya yang basah.

" Hana, sekejap." Andika cuba menghalang tetapi wanita itu laju sahaja keluar dari perut kereta.

Tidak menunggu lama, Andika yang sempat kehairanan dengan kawasan yang kini dipenuhi orang itu segera mengekori Hana - wanita yang sudahpun menyelam dikalangan manusia tersebut.

Andika memanggilnya tetapi tiada sahutan.

Meski hujan sudah turun dengan lebatnya seakan memberi petanda agar yang lainnya berlindung masih sahaja mereka hiraukan. Andika terus mengejar dan mengejar Hana disebalik timbunan jasad-jasad basah tersebut. Hingga langkahnya mati saat Hana sudah kaku tidak berkutik di depan sana.

Andika menangkap sosok tubuh Shah. Lelaki itu perlahan mencetak langkah menuju ke arah Hana. Masih tidak memahami apa yang terjadi - Andika cuba bertanya pada salah satunya dari timbunan jasad itu.

" Tidak pasti, kata mereka anak lelaki itu jatuh ke dalam tasik. Topi dan beg dia dijumpa terampung di dasar tasik." Jelas salah seorang.

Andika laju memalingkan pandangannya. Wajah basahnya yang sempat kedinginan kini berubah api kemarahan. Dadanya berombak memukul dinding. Lantas, dia mendekat Shah. Beberapa langkah dia menapak, Andika melepaskan satu tumbukan pada pipi kiri Shah tanpa menunggu lelaki itu menjelaskannya.

" Apa yang kau sudah lakukan pada Andhi ? Hah ?!" jerit Andika.

Shah yang terjatuh ke atas lantai sempat memegang pipinya. Dia tidak menghiraukan bicara Andika - sebaliknya menatap ke arah Hana. Wanita yang sedang berdiri di bawah hujan sambil menatapnya penuh kesayuan. Shah cuba bingkas.

" Hana, dengar dulu penjelasakan aku. Andhi -" dia cuba mendekat.

" Penjelasan apa, Shah ? Bukankah kau sendiri pernah katakan pada aku kalau kau tidak perlukan Andhika, cukup Hanastasia sahaja yang kau perlukan bukan budak kecil itu ? Bukankah jelas dari apa yang kau bicarakan tempoh lalu ?" bentak Andika dengan amarahnya.

Shah menggelengkan kepala. Dia semakin merapati Hana tetapi, Andika laju membatasi tubuhnya dengan jarak mereka berdua. Kini kedua jejaka itu saling bertatapan dengan aura kebencian yang terserlah diantara mereka.

" Akui kesalahan kau, Shah." Ujar Andika. Shah menjelingkan anak matanya. Dia kemudian menatap Hana yang sudah kelihatan sekarat. Wanita itu perlahan menggenggam kuat kain baju Andika hingga lelaki itu sontak menatap belakang dari ekor matanya. Shah mula menjengah.

" Hana, dengarkan penjelasanku. Itu semua tidak benar. Aku cuma pergi sebentar dan melihat Andhi tiada di kerusinya. Dan - " Shah tidak bisa melanjutkan bicaranya. Tengkorak kepalanya jatuh menatap lantai lalu wajahnya diraup lama.

Hingga, satu suara menyapa.

" Tuan, kami akan menghentikan pencarian buat sementara memandangkan hujan semakin deras. Ini akan menyukarkan pihak keselamatan mencari jasad anak tuan." Salah seorang pegawai tiba-tiba sahaja datang - menyatakan keterangannya.

Shah dan Andika sempat menatap. Tetapi, tidak Hana. Sesaat pernyataan itu singgah pada lohong telinganya - semesta Hana mula menunjukkan tanda tidak baik. Kelabu dan sedikit pudar.

Kepalanya mula pusing dan berputar. Hatta, membawa jasadnya jatuh menyembah lantai bumi yang mula menaikkan aroma tanah basah dan dinginnya wap-wap yang berembus dari permukaan air tasik.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now