✧☂︎|42

51 4 2
                                    


Rosalin mendaratkan pinggan makanan Syeikh Mustafa ke atas meja. Kedua botol ubat-ubatan yang dimakan oleh lelaki tua tersebut - dicapainya lalu kembali ke rangka katil. Dia menjatuhkan punggung ke atas kerusi di samping katil.

" Ayah, minum ubat ini dulu lalu tidur." Ujarnya sambil menghulurkan beberapa biji ubat yang harus Syeikh Mustafa makan.

Beberapa detik menunggu, Syeikh Mustafa masih sahaja tidak melayaninya. Lelaki itu hanya diam membisu - menatap dinding kamarnya. Rosalin turut melirik ke arah yang sama. Sebuah bingkai besar yang menggambarkan dua pasangan muda. Ya, itu adalah gambar perkahwinan Syeikh Mustafa bersama isterinya - Latifah.

Rosalin menguntum senyum lebar. Tangannya sempat mengudara sebelum mendarat di bahu tua Syeikh Mustafa. Diusapnya lembut sambil menatap wajah itu.

" Ayah rindukan Umi ?" Tanya Rosalin meskipun dia sudah tahu akan jawapannya.

" Ipah, isteriku." Panggil Syeikh Mustafa sambil membawa linangan air matanya jatuh dari tubir mata.

Rosalin diam tidak berkutik. Lantas, dia mencetak langkah mendapatkan sebingkai kecil gambar wanita yang disebut oleh Ayah mertuanya. Kemudian, diberikan pula kepada Syeikh Mustafa.

Suasana kamar berubah sendu seketika. Rosalin tidak berbicara banyak - hanya mampu menatap kerinduan seorang suami terhadap isterinya. Dia tersenyum kecil. Syeikh Mustafa itu sungguh terkenal dengan sikap tegas dan penting diri sendiri. Tetapi, lihatlah bagaimana dirinya kini yang sedang berdepan dengan kerinduan seorang wanita yang dia cintai.

Lelaki itu - masih memiliki hati budiman layaknya seorang lelaki diluar sana. Dia mengusap lembut wajah itu. Wanita yang mengenakan kebaya Melayu dengan dandanan rambutnya yang menawan. Hanya sekeping foto hitam putih - tetapi kecantikkannya tersungguh memukau akan mata yang memandang.

Rosalin turut menikmati wajah mertuanya itu - hingga dia tersentak sedikit melihat titisan air mata yang runtuh membasahi bingkai kaca. Syeikh Mustafa sedang menangis. Dia membawa bingkai itu naik memeluk dada tuanya yang rapuh.

" Ipah, kembalilah. Aku merindui suara kau." Rintihnya.

Anak menantunya - yang berada di sebelah sudah menyeka air mata. Syeikh Mustafa kemudian melirik ke arah wanita itu. Dia meletakkan bingkai pada meja lampu. Sempat dia membaiki posisi bingkai agar berdepan dengannya. Kemudian, dia menarik lembut tangan Rosalin.

" Lihatlah menantumu ini, Ipah." Kata Syeikh Mustafa sambil menatap bingkai.

Rosalin serta-merta diam membatu. Dia memandang ke arah wajah wanita itu. Dia menguntum senyum kecil.

" Aku sudah perlakukan dia seperti orang gaji di rumah ini. Padahal dia menantuku, Ipah. Aku tidak pernah menganggapi dia sebagai isteri dari anakku. Aku bahkan tidak suka dengan Ayahnya..." Syeikh Mustafa menunduk sambil bahunya terhinjut-hinjut membawa tangisnya.

Rosalin sudahpun dibanjiri tangisan. Lantas, dia menjatuhkan punggung ke atas kerusi - menghadap sang Ayah.

" Lihatlah, bagaimana dia membalas segala perbuatanku. Engkau benar Ipah, dia memang menantu terbaik seperti kau bicarakan. Seharusnya, engkau yang merawat dan menjagaku. Tetapi, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab itu sebagai menantu di rumah ini. Sebagai ayah kepada suaminya. Aku menyesal, Latipah."

Tengkorak Rosalin jatuh menatap bentala. Salivanya sudah ditelan beberapa kali. Hingga membawanya kembali melihat semula filem fatamorgana - dimana dirinya tersangat dibenci oleh lelaki itu. Hanya kerana kasta dan pendidikkannya yang berbeza dari keluarga suaminya.

Sungguh dari sudut hati wanitanya - tidak mudah untuk dia menerima, betapa kehadirannya sangat tidak dihargai oleh Ayah mertua sendiri. Hingga dia harus merelakan perasaan sendiri demi menjaga hati suaminya - Rosalin tetap sahaja melayani Ayah kepada suaminya dengan baik. Meski terkadang perbuatannya tersangat jijik di pandangan tua Syeikh Mustafa.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now