✧☂︎|26

68 7 11
                                    

Andika laju membuka lapisan surat. Namun dengan kemas dia membuka agar tidak merosakkannya. Dia membaiki posisi dudukkannya diatas tilam. Dengan lafaz bismillah, dia membuka perlahan isi kandungan surat tersebut. Walaupun sebenarnya, dia sudah gementar untuk mengetahui apa isinya sejak dari dalam pesawat lagi.

Andika mengatubkan kelopak matanya sejenak. Cuba mengambil nafas tenang dan dalam. Dia sedar bicaranya kepada Hanastasia terlalu kasar - tetapi hanya itu sahaja caranya untuk Hana terlepas dari mata Syeikh Mustafa. Dia menggenggam kuat penumbuk apabila sel otaknya menghubungkan isi kandungan dengan bayangan Shah.

" Semoga tiada nama Shah sekalipun yang akan menjadi coretan pertamamu dalam surat ini." Bisik hatinya.

Lalu, berbekalkan keyakinan dan rasa ingin tahunya, Andika membuka lapisan surat tersebut. Lensa berwarna coklat keemasan itu membeku seketika. Pada awalnya, dia begitu kagum dengan penulisan Hana yang sungguh menjiwai. Tinta hitam dengan rangkaian tulisan indah sepertinya sedang menyempurnakan sebuah momen romantis dalam cerita mereka.

Setelah menikmati tulisan rangkai dengan tinta hitam itu - Andika mula mengukir senyum lebar. Bahkan, membuatkan anak matanya bergenang cecair kejernihan. Siapa sangka jika Hana mendahulukan coretan pertama dengan nama Andika Noh. Hanya itu sahaja, sudah cukup membuat Andika merasa senang.

Teruntuk Andika Noh,

Maaf atas kesilapan yang sudah aku lakukan ke atas keluargamu. Sungguh aku tidak berniat untuk mengambil kau dari Tuhanmu. Aku hanya berbicara seperti itu agar kau berhenti untuk mengejar aku lagi. Aku berharap agar kau memaafkan kesilapanku. Semoga impian kau tercapai di sana.

Andika, aku tulus mencintaimu tetapi Tuhanmu benar-benar mencintai kau sehingga membuatkan aku lupa kalau kau adalah lelaki terbaik yang tidak akan pernah bisa menjadi takdirku. Hidup dengan keluarga bahagia yang penuh cinta adalah impianku. Tetapi, mungkin sudah memang takdirku hidup sebegini. Bertemu dengan kau adalah momen terbaik dalam hidupku.

Maafkan aku kerana membohongi perasaan sendiri. Aku tidak bisa menafikan betapa aku sudah terlanjur mencintai lelaki yang bukan seiman denganku. Tetapi, takdir kita memang sudah tercipta begini Andika. Kita tidak mampu mengubahnya melainkan Tuhan sendiri yang menakdirkan kita untuk bersama.

Kita hanya ditakdirkan untuk saling membantu disaat aku ingin mengakhiri ceritaku diatas jambatan tempoh lalu.

Terima kasih kerna buat aku merasa nyaman selama mengenalimu. Terima kasih kerana menunjukkan kalau Islam adalah pimpinan agama yang baik di depanku.

Andika membisu. Mengelamun sambil rohnya berkeliaran di penjuru kamar. Dia langsung tidak berkutik. Tidak lama kemudian, anak matanya jatuh melirik ke arah ucapan bertinta Hana yang terakhir.

" Semoga pernikahan kau dengan Khadijah bahagia. Dia yang terbaik untuk melanjutkan keturunan Syeikh Mustafa dengan baik. Ibu pernah berkata - doa adalah senjata yang berkuasa bagi orang muslim. Jadi aku berdoa atas kebahagiaan kau bersama dia. Semoga Tuhanku dan juga Tuhanmu mendengar doa ini kerna aku hanyalah suatu persimpangan dimana Khadijah adalah titik akhir perjalananmu."

" Bahkan dia adalah wanita yang Tuhanmu takdirkan untuk kau. Khadijah adalah sosok sempurna untuk menjadi pelengkap hidup kau Andika. Dan aku sebaliknya."

" Dia satu-satunya yang bisa melengkapi cerita hidupmu, Andika."

Sekian,

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now