✧☂︎|4

147 18 2
                                    

Senja sudah melabuhkan tirainya. Tapi kali ini entah mengapa dada langit kelihatan suram semacam. Hana kembali mencetak langkahnya setelah puas menikmati senja yang berbeza dari hari kelmarinnya.

Petang yang semakin mengarah waktu biru kegelapan itu - membuatkan jalan sepertinya telah disapu bersih tanpa jasad-jasad manusia yang lalu lalang. Masih ada tersisa tapi tidak banyak.

Lampu sekitar laluan pejalan kaki itu juga menerangi bahu-bahu jalan. Seketika dia masih melayani langkah kakinya yang sudah bersentuh lembut dengan tanah kering - kedengaran suara azan maghrib berkumandang merdu. Menerobos kesepian senja yang suram tersebut.

Sontak Hanastasia mematikan langkahnya. Dia melirik ke dalam lapangan parkir masjid. Sudah ramai dengan kehadiran hamba-hamba Tuhan yang ingin beribadah kepada-Nya. Hana membisu dengan riak wajahnya yang tegang. Perlahan, tangannya mengudara sebelum menarik tali beg yang hampir mencium tanah.

Baru sahaja dia cuba melangkah pergi, refleks sabitnya menyampaikan satu suara kecil yang memanggil sebuah nama. Dia berpaling mencari punca bunyi. Hinggalah tatapan yang tadinya kosong - kini berbinar-binar sesaat menatap satu sosok yang sedang menapak keluar dari sebuah kereta.

" Abang Andika!"

Sekilas itu, Hana menatap wajah kecil yang sedang berdiri disamping seorang lelaki. Tangan kecilnya masih melambai-lambai ke arah Andika. Lelaki yang siap dengan pakaian solat, atas kepalanya tersarung dengan songkok hitam sambil wajahnya manis mempamerkan tawa. Jika sahaja debaran dadanya bisa jelas kedengaran, nescaya runtuhlah langit mendengar debaran itu - saat melihat sosok Andika yang kini memeluk budak kecil.

Tanpa sedar, Hana menguntum senyum lebar. Tetapi tidak lama, apabila dia mula menyedari pipinya basah. Dia segera menyeka air mata yang hampir terjun dari tubir matanya. Hana berpaling arah - risau dirinya akan kelihatan. Debaran yang tadi menguasai jiwa kini berubah sendu.

" Jangan bunuh diri lagi - kerna Tuhan masih menyayangimu. Masalah hidup hanyalah sebuah gurauan sayang dari Dia. Terus kuat hadapi candaan Allah."

Entah bagaimana, bicara Andika kembali bergema dalam ruangan ingatannya. Suasana hati seorang Hanastasia berubah secara tiba-tiba. Dia tidak kuat menahan air mata yang sepertinya meronta hendak keluar.

" Tapi bagaimana jika Tuhan kita berbeza ? Apakah ini juga gurauan sayang dari Tuhanku ? Tapi terlalu sakit untuk diterima."

Hatinya bermonolog. Dengan kadar segera dia melangkah pergi dari kawasan itu sebelum dirinya benar-benar hilang kawalan.

✧☁☂︎


Hana membuka pintu rumah. Baru sahaja dia cuba berpaling - sebuah gelas kaca terbang ke arahnya. Untung sahaja gelas itu tidak singgah ke wajahnya. Tetapi sempat menghentam dinding rumah sebelum jatuh berkecai diatas lantai. Gadis itu kaget kemudian laju sahaja dia menatap ke hadapan.

Seorang wanita sedang duduk dengan wajah ketatnya di hadapan Hana. Menatap bagaikan hendak menelan rakus tubuh si gadis.

" Dari mana kau sehingga petang begini baru pulang ?" tanyanya.

Hana menelan saliva. Sejujurnya, dia takut untuk melangkah tapi jika berdiri kaku disitu terus tidak akan bisa mengubah apa-apa. Dia menatap wajah sang ibu sekilas sebelum kembali jatuh apabila tatapan tajam itu menghiris korneanya.

" Aku tanya kau mengapa petang begini baru pulang ?!" teriak Janice sambil bingkas.

Hana kematian tingkah. Kedua bahunya sempat terhinjut sejenak lohong sabitnya hampir sahaja pecah mendengar jeritan itu.

" Hana dari kolej." Jawabnya dengan nada yang sedikit bergetar. Kini dia tidak lagi mengatur langkahnya. Malah memilih untuk memaku dihadapan sambil wajahnya tertunduk.

Janice datang mendekat. Dia menghembuskan nafasnya dengan berat. Hingga kemudiannya, dia melibaskan sebuah tamparan yang tepat mengena pada tengkorak kepala Hana. Gadis itu sempat bertukar kedudukkan apabila kakinya tidak mampu menahan posisinya.

Hana mengatubkan kelopak mata. Kedua penumbuknya kini kuat menggenggam kain gaunnya. Rambutnya sudahpun menutup wajah. Dia ingin menangis - tetapi sedar jika itu hanya membaziri air matanya. Bahkan, tangisan tidak akan termakan sama sekali buat Janice.

" Hari ini aku datang untuk melihat rumah, tapi ternyata begini sekali kau jahanamkan rumah aku. Kau lihat apa yang telah kau lakukan, Hanastasia!" Jeritnya lagi.

Hana mendongak perlahan. Ketika retinanya mula mengesan keadaan rumah yang berselerak dengan buku dan beberapa makanan ringan - sontak dia mencaci diri sendiri dalam hati. Jika dia tahu, Janice akan datang - tidak mungkin dia akan meninggalkan rumah dengan keadaan sedemikian rupa.

Akan tetapi, kerana dia terlambat untuk ke kolej - dia terpaksa meninggalkan rumah dengan kondisi berselerak sebegitu.

" Sungguh kau tidak bersyukur dengan apa yang aku berikan. Jika bukan kerana Joseph menamakan wasiat ke atas namamu, sudah pasti aku halau kau dari sini."Ujarnya lagi.

" Maafkan Hana, Ma-"

Tengkorak kepala Hana sekali lagi ditampar kuat. Kemarahan wanita itu benar-benar tidak terkawal. Hana sudahpun beralih posisi lagi.

" Jangan pernah memanggilku dengan sebutan itu. Kau bukan anakku. Sampai bilapun, Hanastasia bukan anakku bersama Joseph. Bersihkan rumah ini, aku akan kembali lagi untuk melihatnya." Arahnya.

Janice mengambil langkah ke arah sofa untuk mencapai beg tangannya. Sesaat dia melimpasi jasad Hana yang masih menunduk. Dia mengheret senyum sinis. Benak matanya jelas menampakkan kebenciannya terhadap Hana.

" Dari dulu kau masih sahaja sama. Berselindung dengan tundukanmu yang kononnya kaulah paling tersakiti. Dasar perempuan tidak tahu untung." Sindirnya lalu melangkah pergi.

Seperti biasanya, Hana tidak akan membalas apapun yang dibicarakan oleh Janice. Bahkan, untuk membalas setiap perbuatan sang Ibu - dia tidak ingin melakukannya. Disaat bunyi pintu yang dihempas kuat sudah beredar - Hana jatuh longlai di posisinya.

Kepalanya masih tertunduk. Bahunya terhinjut-hinjut. Hingga tangisnya mula mengudara bersentuh lembut dengan molekul-molekul angin senja di setiap ruangan tetamu rumah tersebut.

Tidak dinafikan lagi, ketika harus menerima segala seksaan dan bicara dari lidah tajam Janice, dia harus menahan semuanya tanpa melepaskan sedikitpun perasaannya. Hatta rasa itu sudahpun menggumpal dalam jiwanya.

Esakan tangis semakin kuat apabila kepalanya sejak dari tadi berdenyut kesakitan. Jari jemari runcingnya mula naik menyentuh kepala sebelum udara senja beralun dengan getaran tangannya yang jelas. Perlahan tangannya mendarat keatas kepala. Cuba menahan sakitnya.

" Pa..."

" Apa salah Hana ?"

" Tuhan mengapa gurauan ini sepertinya ingin membunuhku ?"

Mengingatkan bicara Andika padanya - sudah membuktikan perbezaannya. Hana cuba bangkit dari dudukkan. Kepala yang masih sakit dek tamparan melangit itu dibiarkannya. Dia perlu menyelesaikan kekacauan yang dia lakukan sebelum Janice datang kembali.

" Tuhanmu dan Tuhannya berbeza Hana. Semesta memang kejam untuk kau. Tapi untuk dia tidak - bahkan jika bisa awan juga akan memayungi setiap jalannya yang terik." Ujarnya dengan bibir sendiri.

Walaupun semestanya sudah benar-benar hancur tatkala itu apabila memikirkan takdir yang tidak pernah sekalipun menyebelahinya untuk hidup tenang. Hana membersihkan mejanya meskipun beberapa detik yang sama tangannya tidak lari mengusap lembut kepala sendiri.

Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now