Daun pintu diketuknya ramah. Sesaat, suara dari dalam memintanya untuk masuk - tubuh Hanastasia serta-merta kaku tidak berkutik seinci pun. Bagaikan jasad dan rohnya sudah dipaku dihadapan ambang pintu. Dia mengatubkan kelopak mata. Derupan nafas yang membebani perasaannya segera dihembus keluar. Jantungnya berdegub kekencangan sejak dari awal niatnya hendak bertemu dengan Doktor.Tali beg diangkut rapi ke atas bahu lalu tangannya mendarat pada tombol pintu. Dipulasnya perlahan, sehingga daun pintu menampakkan sosok wanita berjubah putih sedang duduk di bangkunya. Hana menelan saliva. Sempat dia mencuba untuk menutup semula pintu - namun tindakannya laju sahaja dihidu oleh Doktor tersebut.
" Puan Hana. Jangan segan, marilah masuk." Pelawa Doktor Melati sambil bingkas dari dudukkannya.
Dia mendekati Hana sambil membawa wanita itu duduk di bangku berhadapannya. Hana hanya memandang dengan kebisuannya. Yang tidak sebisu semestanya. Doktor Melati melabuhkan dudukkan.
" Apa khabar, Puan ?" Tanyanya lalu tangan Doktor Melati sibuk mencari sesuatu dari fail-fail yang berantakan diatas meja kerjanya. Hanastasia menatapnya.
" Bukankah Doktor sudah sedia maklum tentang penyakit saya ?" Jawab Hanastasia.
Serentak itu, Doktor Melati kematian aksara. Dia melirik ke arah Hana yang sudah menjatuhkan retinanya ke bawah. Dia kemudian menarik sebuah fail yang menunjukkan laporan kesihatan Hanastasia berdasarkan pemerhatian mereka sebelum ini.
" Maafkan saya, Puan. Saya tidak bermaksud hendak menyinggung." Ucap Doktor Melati dengan rasa bersalahnya.
" Tidak mengapa. Boleh saya tahu apa sakit saya Doktor?" Tanya Hanastasia.
Doktor Melati melipat bibir.
" Sebelum itu, saya ingin bertanya. Selama ini, adakah puan sering sakit kepala yang berpanjangan ? Kerap rasa mual dan muntah atau keletihan ?" Tanyanya bertubi hingga menyebabkan suasana hati Hanastasia berubah tidak keruan.
Tidak menjawab lebih, Hana hanya mengangguk kecil. Dia kemudian meruntuhkan segala kekuatannya. Kedua tangannya saling digenggam erat. Lama keduanya berdiam - hingga Doktor Melati mengusungkan laporan pemerhatian mereka.
" Kami mengesahkan jikalau Puan Hana menghidap kanser barah otak. Laporan ini juga kami sudah sedia maklumkan kepada bakal suami Puan, Encik Andika. Cuma beliau meminta agar perkara ini dirahsiakan buat sementara waktu."
" Tetapi pihak hospital tidak boleh menanggung apa-apa yang akan berlaku pada Puan sekiranya Puan tidak mahu mengambil langkah selanjutnya. Encik Andika kata dia akan menandatangani borang persetujuan - itupun jika Puan bersetuju." Tambah Doktor Melati.
Dari awal nama Andika disebut - semesta Hana sudah jatuh roboh. Hatinya bahkan hancur remuk. Andika - ternyata lelaki itu sudah sedia maklum tentang penyakitnya. Ya Allah, mengapa harus Andika yang tahu apa yang jadi denganku ?
Hana menggenggam kuat penumbuknya.
" Encik Andika kata, dia akan menandatangani borang setelah perkahwinan Puan dan Encik Andika berlangsung. Benarkah begitu ?" Tanya Doktor Melati untuk kepastian.
Hana mengerutkan dahi. Sama sekali tidak memahami apa yang dikatakan oleh wanita itu. Mengapa Andika bertingkah sedemikian tanpa pengetahuannya ?
" Maaf, saya perlu pergi."
Hanastasia lantas bingkas dari dudukkannya. Dia membuka pintu sebelum keluar dari bilik. Tanpa menghiraukan seruan Doktor Melati yang sejak tadi memanggilnya.
✧☁☂︎
Hanastasia - wanita itu sedang termenung jauh memikirkan tentang hidupnya yang mungkin tidak akan panjang. Secepat ini, dia hanya bisa merasakan indahnya semesta untuk beberapa bulan terakhir sahaja. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya. Tetapi, kantung kelopaknya sudah penuh dengan air mata.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...