" Tiada dalam senarai ? "
Syeikh Arslan menatap sang isteri disebelah. Retinanya serentak jatuh menatap karpet rumah. Gagang telefon masih lagi utuh mendengar bicara dari dalam talian.
" Bagaimana bisa tiada dalam senarai sedangkan anak saya juga seharusnya pergi ke Mesir di waktu sama ? " Syeikh Arslan menambah.
Wajah Rosalin dipandangnya lama. Kemudian, tangannya mendarat perlahan memeluk erat jari jemari isterinya. Kelopak mata dikatub serapatnya. Usai sahaja menyelesaikan bicara, Syeikh Arslan kembali meletakkan gagang telefon.
" Bagaimana dengan Andika, bang ?" Tanya Rosalin.
" Kita tunggu dahulu khabar dari mereka. Buat masa sekarang, banyakkan berdoa. Mungkin Andika tiada dalam pesawat hilang itu." Jawab Syeikh Arslan sambil aksaranya dibalut dengan penuh harapan. Harapan agar Andika masih bisa terus bersama mereka.
Rosalin masuk ke dalam dakapan suaminya. Tubuh Syeikh Arslan dipeluknya erat. Ketakutan yang dia rasai kini terasa sendiri oleh suaminya. Kepala Rosalin diusap lembut. Dia faham ketakutan isterinya.
" Sekarang kita cari Hana dahulu. Dia pasti ada disekitar sini." Ujarnya sambil melepaskan dakapan itu. Rosalin sekadar mengangguk.
✧☁☂︎
Hasan, Ali dan Aida kini duduk disebuah ruangan tetamu. Masing-masing masih terpukul dengan berita yang harus melibatkan orang yang mereka sayangi. Belum selesai dengan kehilangan pesawat Andika - kini mereka terima pula khabar Hana yang sejak semalam tiada muncul.
Mendengar sahaja berita kemalangan itu, Hana bagaikan ditelan kerak bumi. Langsung menghilang begitu sahaja. Puas mereka cari, namun tetap sahaja belum ditemui. Kepala yang tidak gatal - digaru kasar oleh Hasan.
" Apa yang terjadi dengan Hana ?" Tanya Aida yang mula menukul kebisuan yang menyelubungi ketiga mereka di ruangan itu.
Hasan mengangkat dagu. Menatap wajah itu, kemudian wajah Ali di samping Aida. Tiada jawapan yang dia terima, Hasan kembali menunduk. Kedua tangannya kemudian mendarat ke atas kepala. Keluhan panjang dilepaskan.
" Jikalau sahaja aku di tempat Hana, pasti aku sudah menjadi orang separa gila. Kehilangan tempat bersandar dan bercerita untuk selamanya sungguh menyakitkan. Apatah lagi, Andika yang sudah lama dia cintai." Tambah Aida sambil bermain dengan jari runcingnya.
Ali menatap ke sisi. Menyedari isterinya berubah wajah, dia laju sahaja memeluk bahu Aida. Kepala wanitanya diusap lembut. Aida sontak menangis. Dia membalas dakapan itu.
" Aida tidak mahu kehilangan bahu untuk bersandar. Aida tidak mahu kehilangan abang." Balas Aida dalam dakapan. Ali hanya mengangguk seraya menenangkan sang isteri.
Hasan dan Ali sempat berbalas pandangan.
" Aku pergi mencari Hana dahulu. Kau dan Aida berehat sahaja, jika ada apa-apa aku maklumkan nanti." Hasan kemudian bingkas membawa diri.
Dia sudah tidak sanggup untuk berdiam diri. Disaat kehilangan sahabatnya - dia juga tidak mahu kehilangan Hana yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri. Bahkan, dia sangat jelas betapa sahabatnya itu mencintai Hanastasia. Dan, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari Hana sementara lelaki itu entah kemana perginya. Apakah sudah bersemadi tenang di sana atau mungkin...
Hasan menutup kasar daun pintu kereta. Dia tidak langsung bergerak. Anak matanya menatap keliling. Entah mencari apa - sehingga retina itu berhenti menatap cermin. Dia memerhatikan kerusi penumpang belakang.
Lama dia menatap hingga tanpa sedar kantung kelopak matanya sudah bertakung air mata. Entah bagaimana, fatarmorgana seorang Andika sedang terlihat jelas di pancainderanya.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...