✧☂︎|2

239 22 0
                                    

" Allah selalu bersama hamba-hambanya." - Andika Noh

Tubuhnya menggelentar disaat dia memandang ke bawah jambatan. Air yang mengalir deras dibawah itu tampaknya sedang mengganas. Sepertinya sedang menanti untuk menelan jasadnya. Segalanya tampak mengecil dengan sekelip mata sahaja. Namun bukan itu tujuan sebenarnya. Dia sudah tidak punya kekuatan untuk bertahan hidup.

Bahkan, semesta sepertinya sedang tertawa sambil bermain dengan hidupnya.

Tangisannya pecah begitu sahaja. Apa yang dibicarakan oleh tengkoraknya membuatkannya bertambah benci dengan isi dunia. Sejak dari awal hidup remajanya - dia bahkan tidak pernah lagi merasai kasih sayang dari seorang ibu. Yang didapatnya hanyalah kebencian.

Bagaikan filem pacak yang menayangkan setiap momen dimana harga dirinya sebagai seorang anak hancur dipijak. Malah - dirinya tidak diakui sebagai anak kepada ibu yang telah melahirkannya.

Usai berbulat suara dengan isi hatinya - hendak menamatkan penderitaan yang dilalui itu, Hana mengatubkan kelopak mata. Berserahkan dengan takdir yang memilihnya untuk berdiri di tepi bibir tembok jambatan dan menamatkan cerita sedihnya.

Butir air matanya yang laju menuruni pipinya - jelas menampakkan kekecewaannya terhadap kehidupan yang dia sendiri tidak inginkan. Tetapi, mengapa, mengapa harus aku yang dipilih menjadi tokoh utama cerita ini. Itulah yang sering bermain di kotak mindanya.

Tertanya tentang kehidupan yang seperti apa dinikmati oleh orang-orang yang punya cinta dari keluarganya dan cinta orang yang telah melahirkan mereka.

" Tuhan, dengan namaMu aku bersumpah - aku tidak mahu melakukannya namun aku tidak kuat."

" Kau patutnya mati sejak lahir kalau aku tahu benda ni akan jadi !!"

Bicara itu menghentam kepalanya. Anak mana yang tidak kecewa mendengar bicara itu.

Hana menggepalkan penumbuknya. Dia sudah bersedia untuk terjun - namun entah mengapa seakan ada sesuatu yang membatasi kemahuannya.

" Tuhan, tolong jangan hentikan aku. Jika aku hidup sekalipun - tiada siapa bisa mencintai aku. Sedang Ibu sendiri membenci apatah lagi manusia lain." Hatinya berbisik.

Dan akhirnya dia memilih untuk terjun namun sesaat itu, tiba-tiba sahaja dia merasakan lengannya sedikit hangat dengan sebuah genggaman.

Genggaman yang menariknya dari perbuatan yang juga dilarang keras dalam agamanya. Hana membeliakkan matanya saat menyedari seseorang menariknya daripada bibir tembok - ia mengenggam kuat akan pengelangan tangannya hingga membawa jasadnya kembali ke semesta.

Hana melirik ke arah sungai. Mendengar bicara lelaki tadi, sepertinya tiada makna buat dia simpan dalam otak kecilnya. Kerna hakikatnya, dia hanyalah sebatang kara. Yang punya keluarga tapi kelahirannya tidak diterima oleh mereka.

Sejenak filem singkat itu hadir pada lamunan seorang Hana - dia terus menjatuhkan kepalanya diantara dua kepala lutut. Dia tidak sanggup untuk melihat skenario-skenario kejam yang ditakdirkan untuknya. Bahunya terhinjut-hinjut.

Sesaat merasakan betapa kejamnya semesta terhadap hidupnya, kedinginan yang menyelimuti sekujur tubuh itu tiba-tiba merasa kehangatan buat pertama kalinya. Perlahan, dia mendongak sebelum wajah Andika dengan secalit senyuman menghiasi pandangan lensanya.

" Pasti ada jalan lain untuk selesaikan semua cik. Jangan takut. Allah selalu bersama hamba-hambanya." Jelasnya penuh kesopanan.

" Serahkan semua masalah cik kepadaNya. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jadi cukup berdoa dan mintalah apa sahaja padaNya." Tambah Andika.

An-Naml 27:74

وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

Dan sesungguhnya Tuhan sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).

" Dan jangan pernah lagi memilih jalan ini untuk habisi segalanya." Ucap Andika dipenghujungnya - lalu terukir pula lekukkan bibir indahnya.

Hana senyap. Dia menjatuhkan dongakannya sambil menggengam erat jaket yang disarungkan oleh Andika pada tubuhnya.

" Cik, mari kita cari tempat berteduh. Tidak elok duduk bawah hujan. Nanti sakit." Tambah Andika.

Hana mendongak sekali lagi. Kali ini, hati kecilnya benar-benar hangat dengan sentuhan lembut dari lelaki tersebut. Sempat dia melirik menatap langit yang masih tiada jedanya untuk menuruni hujan. Lantas dia memilih untuk bingkas dan membontoti Andika dari arah belakang.

Dengan berkaki ayam, Hana mencetak langkah diatas tanah lecak. Namun sekali lagi, Andika bersikap hangat kepadanya. Menyedari gadis itu tanpa alas kaki, Andika melepaskan kasutnya lalu diberikan kepada Hana.

" Kalau cik tidak selesa, pakailah ini dulu." Katanya.
Hana menggeleng tidak sudi kerana segan dek perbuatan baik dari lelaki itu. Sesaat itu, Andika tertawa kecil.

" Tidak perlu segan dengan saya cik. Pakailah ini."

" Bagaimana dengan Encik ?" Hana bersuara. Nadanya jelas bergetar akibat kedinginan. Hampir sahaja tidak bisa didengar oleh Andika.

Andika sedikit tersentak lalu memandang kakinya yang sudahpun telanjang tanpa alas kaki. Dia mengheret senyum lebar.

" Tidak mengapa, lagi pula bukan selalu untuk berkaki ayam. Ni pakailah." Balasnya lalu menghulurkan kasut tersebut kepada Hana. Dengan terpaksa Hana mencapainya sebelum disarungkan pada kedua tapak kakinya yang kosong.

Mereka berdua berhenti tepat di perteduhan Andika sejak awal tadi. Rambutnya yang habis jatuh menutupi dahi segera diraupnya dengan ke belakang. Dia menatap ke arah Hana yang masih membisu sambil mengenggam kuat jaket pemberiannya. Rambut panjang dan berombak milik gadis itu sudahpun basah lencun.

Dia kemudiannya melabuhkan dudukkan di sisi Hana namun dengan beberapa jarak. Dan menikmati rintikan hujan yang diseratkan melodi-melodi ringkas yang percuma. Bagaikan ada sebuah lirik lagu yang sedang bersenandung buat mereka menikmati hujan dengan lebih romantis dan indah.

Hana melirik sekilas ke arah lelaki tersebut sebelum pandangannya jatuh pada kaki Andika. Anak matanya membundar. Sontak dia bingkas membuatkan Andika sedikit kaget.

Hana melirik ke arahnya.

" Darah..."

Andika melirik perlahan ke bawah. Ternyata cairan pekat berwarna merah gelap itu sudahpun mengalir diatas lantai simen. Andika cuba memeriksa tapak kakinya. Melihat kesan goresan halus pada tapak kakinya membuatkannya sedikit malu. Dia menatap Hana seketika.

" Luka sikit sahaja." Jelasnya sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Hana mengangguk.

Dia kemudiannya mencari sesuatu pada beg tangan sebelum mencapai sepasang plaster. Andika hanya memandang. " Terima kasih." Ucap Andika sesaat Hana menghulurkan plaster tersebut kepadanya.

Meskipun malu, dia terpaksa membersihkan luka tersebut di hadapan Hana. Gadis yang baru sahaja dia kenali tadi.

Baru sahaja dia hendak melabuhkan dudukkan, jelas kedengaran bunyi hon. Keduanya saling memandang ke arah yang sama. Tepat di hadapan sebuah jalan yang hanya dihiasi pohon semak di sekeliling jalan - seorang lelaki yang segak dengan seragam pemandu bas memanggil mereka.

Andika dan Hana saling menatap. Entah bagaimana, seakan memahami apa yang terlintas dalam fikiran Andika - Hana segera mengangguk kecil. Lantas, Andika mencapai payung lalu mengajak Hana bersamanya lari menuju ke bas.

Di bawah satu payung yang sama, kedua mereka melarikan diri dari terkena tempias hujan. Meskipun aroma tanah yang basah sudahpun melekat pada kain seluar Andika. Percikannya juga tidak lari dari terkena sedikit hujung kain gaun Hana yang separas bawah lutut.

Sekilas Hana menatap wajah yang tampak senyum disebelahnya walaupun tapak kaki lelaki itu sempat terluka kerana berkaki ayam.


Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now