Sudah tiga hari berlalu sejak Rosalin datang berjumpanya. Tetapi, masih belum ada khabar tentang Andika yang katanya sedang berurusan di Kuala Lumpur. Suasana rumah yang pernah ceria dengan tawa Andhi kini kembali membisu. Malah jauh seperti dia belum berjumpa Andika. Anak kecil itu hanya berbaring sehariannya. Tiada aktiviti yang menarik langsung buat Andhi nikmati.
Hana menjedakan lamunannya. Dia melanjutkan memotong buah untuk Andhika makan memandangkan selera si kecil setelah tidak bertemu Abinya - hilang begitu sahaja. Dia memotong tanpa henti hingga bilah pisau sudahpun mengoyakkan isi kulit jari runcing Hana.
" Mummy, kenapa ?" tanya Andhi sontak mendengar Hana menjerit seketika tadi. Hana segera menggelengkan kepala. Dia mencuci aliran darah yang sudah deras mengalir dari bukaan isi kulitnya.
Andhi datang mendekat. Dia mengusungkan kerusi meja makan ke arah kabinet dimana Hana sedang memotong buah. Tidak bertingkah banyak, Andhi hanya memerhati Hana mencuci luka tersebut.
" Mummy rindu Abi juga kan. Andhi pun sama." Katanya.
" Mummy, Abi tidak sayangkan Andhi lagikah ? Andhi ada buat salahkah, Mummy ?" Tanyanya sambil melentokkan tengkorak kecilnya ke atas meja tersebut.
Hana menatapnya laju dan terus mendekat. Kepala Andhika diusap lembut. Kedua retina itu saling berbalas pandangan. Sejak tiada kehadiran Andika, keduanya jelas hilang semangat untuk melanjutkan hari-harinya.
" Hm, lepasni Andhi janganlah panggil Abi lagi ya. Panggil sahaja Pakcik Andika." Ujar Hana. Andhi bingkas mengangkat kepalanya. Dahinya sempat berkerut kehairanan.
" Pakcik Andika akan kahwin dengan orang lain. Nanti dia tak datang lagi jumpa Andhi tahu sebab dia ada keluarga dan anak lain." Jelas Hana.
" Mummy dengan Abi tidak berkahwinkah ? kenapa Abi kahwin dengan orang lain bukan Mummy ?" tanya Andhi lagi.
Hana tidak membalas. Cukup dia mengangkat bahu sambil mengusap sekali lagi kepala Andhika. Tetapi, laju sahaja Andhi melompat dari dudukkannya dan berlari masuk ke dalam biliknya.
Mungkin hatinya sakit mendengar kenyataan perit itu. Tetapi, Andhi harus menerimanya sejak awal lagi. Kerna hakikatnya, Andika bukanlah Abinya. Hanya orang asing yang tiba-tiba hadir menjadi sosok Ayah buat Andhika.
Loceng rumah berdenting berkali-kali. Hana segera menarik kain lalu menyembunyikan mahkotanya. Jika dahulu dia sering melepaskan rambutnya didepan orang, kini dia menyembunyikannya. Kerna auratnya hanya untuk yang halal baginya.
" Shah ?"
Lelaki itu mengheret senyum. Belum sempat Hana hendak bertanya, Andhika sudah bersiap dengan pakaian barunya. Hana menjongketkan kening. Andhi menatap Hana seketika lalu menggenggam tangan Shah.
Si kecil itu sudahpun bersiap dengan baju barunya. Beg galasnya bersangkut pada kedua pundak dan topi kuningnya yang menutup kepalanya. Hana menatap Shah sejenak. Lelaki itu sempat tertawa melihat Andhi.
" Dia ada telefon aku. Katanya Abi dia sudah tidak sayang dia lagi. Jadi dia minta aku bawa jalan-jalan." Jelas Shah.
" Betulkah Andhika cakap begitu ? Kalau Abi dengar macam mana ?" tanya Hana dengan nadanya yang sedikit naik.
Shah berubah riak. Dia memalingkan wajahnya ke arah Andhika yang sudah memasangkan wajah marahnya. Bibir mungilnya muncung ke hadapan. Sengaja dia mendengarkan nafasnya yang menderu bagaikan sapi.
" Abi memang tak sayang Andhi pun. Abi tak sayang kita. Cuma Pakcik Shah yang sayang Andhi dan Mummy ! Andhika benci Abi !" jeritnya lalu berlari masuk ke dalam kereta Shah.
Hana yang sempat kaget cuba mengejar Andhika. Tetapi, Shah membantah. Dia menahan Hana usai mendapati Andhi selamat masuk ke dalam keretanya. Dia melirik semula wanita itu.
" Jangan risau. Aku akan menjaganya dengan baik." Ujar Shah sengaja membuang kerisauan Hana.
" Tapi -"
" Hana, jangan risau."pintasnya laju.
Wanita itu akhirnya bersetuju. Dia hanya memandang sosok Shah yang berlalu pergi sebelum masuk ke dalam kereta. Entah bagaimana, mindanya sontak memikirkan perasaan Shah kepadanya. Walaupun hatinya menidakkan itu - tapi mungkinkah sebenarnya Shah adalah jodohnya bukan pula Andika.
Lensa kecoklatan itu jatuh sesaat dan mendongak semula. Dia masuk kembali ke dalam rumah. Urusan hidupnya kembali rumit dengan soal percintaan. Jika dulu dia hanya perlu memikirkan perasaannya - kini dia punya Andhika. Anak kecil yang harus dia fikirkan perasaannya juga.
✧☁☂︎
Jam didinding berdetik laju tanpa disedar. Sudah menuju pada angka 4:15 petang. Hana bergerak ke ruangan tetamu cuba memeriksa jika kenderaan Shah sudah tiba di halaman rumahnya. Namun belum menunjukkan tanda-tanda ada kereta berhenti. Hana mengigit bawah bibirnya. Mula risau jika ada sesuatu yang terjadi.
Baru sahaja dia hendak mendail Shah guna telefon rumah, serentak petir mula menyambar bentala. Cahaya keputihannya sempat terakam pada retina seorang Hana. Dia terkejut namun fikirannya terus ke arah Andhika. Merasakan sudah selamat dari ancaman petir, Hana cuba keluar sejenak.
Langit pada senja itu kelihatan sungguh tidak mesra. Warnanya biru kelabuan. Pepohon yang kukuh berdiri ditempatnya mula menunjukkan tanda-tanda merisaukan. Angin sudah bertiup kencang membawa khabar akan ada angkatan badai yang lebat. Hana mula diburu kerisauan.
Dia kembali masuk ke dalam cuba mendail nombor Shah - sudah berkali tetapi panggilan masih tidak terjawab. Hana beristhigfar seketika disaat tersedar lamunanya semakin menjauh tersasar. Dan tika itulah, hujan sudahpun tiba menurunkan angkatan airnya yang jatuh lebat.
Sekali lagi, Hana membuka pintu. Sungguh angin tika itu tidak dapat dilawannya. Hampir sahaja dia tertolak bersama daun pintunya. Hingga saat itu, telefon rumahnya berdering. Hana laju berlari tanpa memikirkan daun pintunya yang sudah dihempas kuat oleh angin.
" Hana - maafkan aku."
Belum sempat Hana cuba berbicara, ayat itu sudahpun keluar tepat disaat dia mengangkat gagang telefon. Hana mengerutkan dahi. Sempat dia menatap telefon pada genggamannya. Masih tidak mengerti dengan situasi.
" Hana, ini aku Shah." Katanya dalam talian.
" Shah, Andhi mana ? kamu berdua sudah pulang ? Cuaca sedang buruk, bawa Andhika pulang segera." Pinta Hana bertubi-tubi.
Talian senyap seketika. Hingga membuatkan Hana memanggilnya berkali-kali. Satu suara janggal menyapa sabitnya dari dalam talian. Suara hiruk-pikuk yang entah dimana keberadaannya.
" Shah, bawa Andhika pulang -"
" Maafkan aku Hana - Andhi..." pintas Shah dalam talian.
Hana kaku tidak berkutik dari dudukkannya. Lensanya membundar tanpa pinta. Jantungnya bagaikan berhenti berdegub. Fikirannya mula menerawang entah kemana. Dia memanggil Shah kembali untuk bertanyakan hal sebenar. Tetapi sayang, panggilan ternyata sudah dimatikan oleh lelaki itu.
Hana berlari keluar tanpa payungnya. Dia harus berjumpa Shah dan Andi di tempat yang lelaki itu sudah maklumkan dalam talian. Mata Hana jelas kemerahan.
Tapi entah apa sebabnya. Mungkin dek bicara Shah yang tergantung buatkan Hana berfikir jauh. Tubuhnya sedikit menggelentar. Dia memerhatikan keliling - menanti teksi ataupun bas untuk mengambilnya. Hinggalah sebuah kereta Proton berhenti di hadapannya.
Sosok itu segera keluar apabila menyedari Hana sudahpun basah kuyup dibawah hujan. Hana masih diam pada kedudukkannya.
" Hana, mengapa kau berhujan disini ? Andhi mana ?" tanya Andika.
Serentak lamunannya jeda kerana nama Andhi. Dia mendekati lelaki itu dan segera meminta untuk membawanya ke tempat dimaksudkan oleh Shah. Tanpa menunggu lama, Andika masuk bersama Hana dan menderu laju membelah hujan.
Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...