Hari demi hari berlalu membawa cerita melankolik yang masih berbekas dalam hati mereka. Musim hujan sudah berlalu kini mendatangkan musim seterusnya yang panas dan lembap. Andika meluru keluar dari perut rumahnya - apabila jam sudah melirik ke arah angka 7:00 pagi.
" Andika, hati-hati di jalan nak." Jerit Rosalin sambil menghentikan langkahnya tepat di pintu utama.
" Baiklah Ibu. Doakan Andika dengan kawan-kawan ya." Jerit Andika setelah menatap semula Ibunya di hadapan pintu.
Lelaki berketurunan berdarah campuran itu meneruskan semula lariannya. Hari ini, dia tidak perlu menggunakan motor sang Ayah seperti kebiasaannya. Hasan sendiri akan membawa kereta untuk mereka bertiga.
Andika menjedakan langkahnya setelah melihat Ali dan Hasan yang sedang menunggunya di hadapan jalan keluar perumahannya.
" Woi !" jerit Andika lalu keduanya tertumpu ke arah lelaki itu. Hasan dan Ali hanya menggelengkan kepala. Tidak menyangka, Andika bisa selewat itu. Mereka menatap ke arah Andika yang kembali berlari sambil tersenyum indah dibawah mentari pagi itu.
Hasan dan Ali mula terpegun dengan wajah Arab yang dimiliki oleh Andika. Namun bicara yang berlepas dari indera Ali membuatkan Hasan terganggu.
" Sepertinya dia sudah pulih dari rasa sedihnya." Kata Ali sambil menatap Andika yang masih tersenyum - sambil langkah kakinya melebar datang mendekat ke kereta.
" Apa kau yakin dia sudah melupakan Hana ? Bukankah kejadian itu 6 bulan yang lepas ? " tanya Hasan. Ali memandangnya seketika dan mengangkat bahu.
Baru sahaja dia ingin meneruskan bicara, Andika sudahpun tiba dan masuk ke dalam perut kereta membuatkan Hasan spontan kematian bicara. Dia menatap ke belakang. Wajah Andika yang masih tersenyum dipandang oleh mereka.
" Maafkan aku sebab terlambat." Ucap Andika sambil memeluk batang leher kerusi.
" Tidak mengapa, mungkin Pusat Peperiksaan itu Syeikh Mustafa yang punya. Sebab itu kau terlambat." Hasan memerli lalu menghidupkan enjin.
Andika tidak mengambil hati, tetapi ketiganya serentak tertawa dek bicara Hasan yang kedengaran lucu. Tepat hari ini, ketiga mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Setelah itu, Andika bakal meneruskan perjalanannya sebagai penerus keluarga Syeikh Mustafa.
Bulan ini pastinya sudah tepat 6 bulan, dia tiada bersua lagi dengan Hanastasia. Bahkan, jika terserempak sekalipun - keduanya hanya bertingkah selayaknya orang asing. Hanastasia, gadis itu masih sama. Fikirnya.
" Hana, mari kita makan tengahari dulu." Shah memanggilnya untuk bersantap sebelum memulakan lagi pekerjaan mereka. Hana yang masih dengan apron dan sarung tangannya segera menatap lelaki itu lalu menganggukkan kepala.
Hanastasia - yang masih tersisa satu semester lagi pengajiannya, kini meneruskan kegiatannya sebagai seorang sukarelawan di salah sebuah program keagamaan bersama Shah. Lelaki itu yang menawarkannya untuk menyertai bersama.
Gadis itu masih lagi berstatuskan agama Kristian tetapi entah bagaimana cintanya terhadap Islam mula tumbuh perlahan. Dia mendekati Shah sambil melepaskan sarung tangannya.
" Budak-budak sudah makan ?" tanyanya sambil menatap Shah seketika.
" Sudah. Mereka ada di dalam sedang bermain. Marilah kita makan, sebentar lagi ada mesyuarat yang Kak Tina buat." Jawabnya lalu mengajak Hana masuk bersama.
Walaupun berbeza agama, Hanastasia tetap sahaja dipelawa di dalam kegiatan itu. Sifat Hana yang lemah lembut membuatkan mereka tertarik dengannya. Hana juga baru-baru ini telah jatuh cinta dengan anak kecil.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...