Hari semakin berlabuh kehadapan. Membawa hari bertukar ganti musim. Walaupun hanya musim hujan, cerah dan hujan kembali. Tetapi langit kejinggaan Borneo itu tidak kalah cerah dan indahnya pada hari itu.
Jam pada penggelangan tangannya dilirik sekilas. Sudah menginjak angka 6 petang. Tetapi kedua mereka masih di kawasan kediaman Hanastasia. Entah apa yang ingin dilakukan oleh Andika.
" Andika, marilah pulang. Sudah berjam kita disini. Aku pun sudah penat menunggu. Lihat, Hana tidak apa-apa kan." Ujar Ali yang sudah kepenatan.
Andika melirik ke arahnya. Ya, benar Hanastasia baik-baik sahaja. Tapi, bicara orang kelmarin lepas menganggu mindanya. Dia tidak mahu terlepas sedikitpun tentang Hana.
" Jika kau ingin pulang. Pulanglah Li. Aku akan menunggu disini lagi." Ujar Andika penuh kesungguhan.
Ali berdecit. Mengapa Andika susah sekali diatur bila sudah dilamun cinta? Lama lelaki itu berdiam, hingga akhirnya dia teruskan sahaja duduk bersama Andika disitu.
" Ada apa sebenarnya yang terjadi dengan Hana sehingga kau sanggup duduk disini berjam ? Malah mengajak aku pula." Seloroh Ali tidak puas hati sambil menarik-narik rumput yang mengelilingi bangku mereka.
Andik memandangnya. Mungkin dia bisa bercerita dengan Ali. Mungkin juga bisa mengusir rasa bosan Ali - dan akan terus menunggu bersamanya.
" Sebenarnya kelmarin dulu, aku mendengar perbualan seseorang di stesen bas." Jelas Andika.
Andika menjatuhkan punggung ke atas kerusi. Tengahari itu tidak banyak orang yang menunggu bas. Hanya beberapa orang sahaja. Bisa dikira dengan jari jemari. Baru sahaja Andika hendak membuka buku pembacaannya, tingkahnya mati apabila mendengar suara seseorang.
Suara garau yang menyebut nama Hanastasia.
" Tuan, saya sudah mendapatkan maklumat tentang anak Janice, Hanastasia nama dia. Sekarang menetap di rumah peninggalan bekas mendiang suami Janice." Jelasnya.
Andika tidak jadi membaca. Lelaki itu memasukkan kembali bukunya ke dalam briefcase. Cuba bersandar lalu disilangkan pula tangannya di dada. Andika bertingkah sahaja. Tidak mencurigakan - tetapi gegendang sabitnya sudah menyimpan memori suara itu.
" Baik Tuan. Saya akan bawakan Hanastasia kepada Tuan." Balasnya.
Andika mula tidak senang duduk. Lelaki itu pantas bingkas membawa briefcasenya - berjalan melihat gerangan lelaki disebalik stesen bas itu. Berpura-pura melihat kedai belakang - Andika menangkap sesosok tubuh kurus tinggi dengan misai tebalnya. Menatap Andika sekilas sebelum melangkah pergi.
Ali yang sudah mendengar puas cerita Andika - hanya menganggukkan kepala. Kini, dia tahu alasan Andika berbuat demikian. Dia kembali menepuk bahu lelaki disebelahnya.
" Jangan risau, Andika. Aku akan temankan kau. Tapi kau yakinkah yang dimaksudkan lelaki itu adalah Hana kita ?" Tanya Ali.
Andika mengerutkan dahi.
" Hana kita ?" Tanya Andika sambil hujung bibir itu siap terukir senyum kecil. Ali hanya tertawa sambil memukul-mukul tubuh Andika.
" Baiklah aku faham. Hana kau. Hana milik Andika." Jawab Ali sambil tertawa besar.
Andika tidak menjawab. Sekadar tertawa kecil.
" Aku tidak yakin itu Hana tetapi tidak salahkan jika aku bertindak awal dahulu ? " Kata Andika sambil menatap Ali dengan lensanya yang bebinar keeemasan itu.
" Aku risaukan Hana, Li."
Ali hanya mengangguk faham. Dia menatap Andika sekali lagi. Ada sesuatu yang bermain dalam minda lelaki itu. Keluhan panjang dilepaskan.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...