Andika mencari Hanastasia keliling kawasan rumahnya namun masih tidak kelihatan. Rambutnya diraup kasar apabila peluh sudahpun merencik pada kulit kepalanya. Dia terus mencari dan mencari sehingga Hana jelas pada pandangannya. Gadis itu sedang duduk pada alas rumput hijau sambil menikmati redupnya cuaca tika itu.
Perlahan, dia mendekati Hana dengan rasa bersalahnya. Tidak semena, kehadirannya itu sudah terhidu oleh Hana hatta membuatkan gadis itu melirik ke arahnya. Awalnya dia tidak beriak tetapi Hanastasia terus melemparkan senyuman kecil.
Andika yang sempat kematian tingkah mula tidak sedap rasa dengan tawa itu. Lalu dia mendekat dengan rapat lagi.
" Jangan didengar -"
Andika yang ingin berbicara sontak berhenti apabila Hanastasia meneruskan bicaranya yang tergantung sambil melirik ke hadapan halaman yang hanya sebuah dataran rumput dan dibelakangnya yang terhias dengan semak-samun.
" Apapun yang orang-orang kata tentang aku, tidaklah benar melainkan aku sendiri yang mengatakannya. Itukah yang ingin kau katakan pada aku ?" pintas Hana lalu dihujung ayat itu dia melirik Andika semula.
Andika tertunduk.
Tidak lama setelah ada kebisuan yang memagari jarak diantara mereka, sepinya terpecahkan oleh senduan tangisan Hana. Andika mendongak memandang Hana. Gadis itu menyeka pipinya yang basah dengan airmata.
" Sudahlah, Andika. Berhentilah beranggapan jika kita bisa bersama. Aku sudah penat dengan perasaan aku sendiri. Walaupun belum memulaikannya tetapi ini sungguh sakit apabila aku harus mencintai lelaki yang berbeza keyakinan denganku." Jelas Hana lalu bingkas dari dudukkannya dan pergi meninggalkan Andika.
" Hana." Panggilnya tetapi Hana tidak menjawab malah meneruskan langkahnya pergi dari Andika.
Sudah berkali dia memanggil namun respon Hana tetap tidak berubah hingga dia kembali mengejar gadis itu semula. Dia menahan Hana dengan tubuhnya sendiri. Menatap Hana dengan lensa yang berkaca.
" Cukup Andika. Aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi." Kata Hanastasia dengan tatapan mata helangnya.
" Berhijrahlah ke agamaku. Dan aku akan menjadikan kau ratu dalam hidupku. Aku bersumpah pada Tuhanku, aku akan menjaga dan mencintai kau seumur hidup." Dengan terpaksa, Andika melepaskan bicara yang sontak membuat Hana kaget dan terkilan.
Selesai mengungkapkan isi hatinya, Andika dengan rasa bersalahnya menunduk. Dia terpaksa berbicara sedemikian walaupun tahu itu akan menyakiti Hana lagi.
Hanastasia menggenggam penumbuk.
" Jangan terlalu egois Andika. Ini bukan lagi tentang perasaan antara kita tapi soal agama yang kita miliki. Aku masih dimiliki oleh agamaku begitu juga kau. "
" Bagaimana jika aku meminta kau memeluk agamaku hanya untuk perasaan kita, apa kau mahu ?" tanya Hana pula lalu cuba pergi sekali lagi. Tetapi, langkahnya mati apabila Syeikh Mustafa berdiri di hadapannya. Hanastasia tersentak.
" Berani betul kau meminta cucuku untuk keluar dari Islam lalu menjadi seperti kau ?!" jerit Syeikh Mustafa serentak membuatkan Hana terkejut. Andika segera berpaling ke belakang apabila mendapati Syeikh Mustafa ternyata mendengar bicara Hana.
Tanpa aba-aba, Andika siap menjadi dinding untuk gadisnya. Sepasang mata yang tajam itu menatap keduanya bagaikan hendak mencabut nyawa mereka. Andika hanya membalas pandangan. Syeikh Mustafa pula menggelengkan kepala. Pening dengan sikap Andika.
" Apa hubungan kau dengan perempuan itu sehingga dia meminta kau mengkhianati agama kau sendiri ? Mana didikkan yang aku ajar dahulu Andika ! Kau benar-benar melampau. Apa sebab ini kau bermatian menolak perjodohan ini ?!" bentak Syeikh Mustafa.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...