Ali, Hasan dan Andika akhirnya memasuki balai polis. Setengah jam yang lalu, Ali yang merupakan sahabat dari salah satu anggota yang mencari Andhika menghubunginya - untuk datang mengambil si kecil.
Dari jauh, mereka bertiga bisa melihat Andhika sedang duduk disebuah kerusi bersama seorang anggota polis wanita di sampingnya. Hasan dan Ali mencetak langkah laju- tetapi tidak buat Andika.
Lelaki itu sontak kematian tingkah apabila melihat Andhika pada retinanya sendiri. Semesta bisunya mula berbicara. Sedang mencantumkan apa yang baru sahaja terjadi. Dan, Hanastasia - wanita itu ada di dalam fikirannya.
" Aku bersyukur atas keselamatan Andhika, tetapi sungguh ini tidak adil buatku, Ya Allah." Andika bermonolog sendirian.
Hingga akhirnya, dia tersedar apabila si kecil Andhika berlari mendapatkannya lalu memeluk erat kakinya. Andika menatapnya ke bawah memandangkan perbezaan besar berlaku dalam ketinggian mereka.
" Abi...maafkan Andhi." Rintih si kecil dengan tangisannya.
Andika segera menjatuhkan lutut kanannya agar bisa menyimbangi ketinggian Andhika dengannya. Lelaki itu mengusap lembut wajah si kecil. Dia bersyukur dengan keselamatan Andhika - tetapi mengapa harus ada perasaan lain dalam semestanya.
" Andhi, tidak apa-apa kan ?" Tanyanya pulak.
Andhika hanya mengangguk kecil. Dia merangkul lembut leher Andika sebelum lelaki itu bingkas dengan menggendong si kecil dalam dakapannya. Dia mengatur langkah kecil - mendekati Ali yang sedang berbicara dengan anggota polis.
" Kenalkan ini Andika, ayah angkat kepada Andhika. Terima kasih Safuan kerna berjaya menjumpai Andhika." Ucap Ali.
Lelaki itu sedikit tersentak mendengar nama keduanya yang mirip. Sesekali dia hanya mengangguk lalu menatap si kecil Andhika.
" Mujurlah dia baik-baik sahaja. Sebenarnya kami menerima laporan ada budak kecil yang sedang tertidur di dalam stor kedai. Ternyata anak Encik rupanya." Jelas Safuan.
Ali menatap ke arah Andika.
" Nakal betul Andhi ya. Lain kali jangan lakukan begini lagi. Abi dan Mummy kau risau sekali dengan keadaan kau. Dengar kata pakcik ?" Ujar Ali sambil mengusap lembut kepala Andhika.
" Terima kasih Tuan atas bantuannya." Ucap Andika ringkas.
Andika mendaratkan Andhi pada sisinya. Di hadapan, Ali dan Hasan sudah duduk. Hasan memalingkan sedikit tubuhnya menghadap ke belakang. Mungkin hendak melihat Andhi. Ali pula hanya melihat melalui cermin.
" Abi sudah kahwin dengan orang lain kah ? Mummy kata Abi ada anak dengan orang lain. Abi tidak sayang Andhika lagi ?" Tanya Andhi seraya lelaki di sampingnya baru menjatuhkan punggung.
Suasana menjadi janggal seketika. Hasan dan Ali lantas menatap Andika. Lelaki itu sekadar menghiraukan mereka. Dia melirik ke arah Andhi di sebelah.
" Siapa bilang Abi mahu kahwin ?" Tanya Andika.
Andhika mengedipkan kelopak matanya berkali. Wajahnya sudah masam. Anak matanya yang bundar langsung menusuk retina Abinya.
" Tidaklah, itu tidak benar. Cuma Andhi sahaja anak Abi." Jelasnya pula.
" Tapi mengapa, Abi tidak kahwin dengan Mummy ? Kenapa Abi tidak datang jumpa Andhi dengan Mummy ? Abi tak sayang Andhi dengan Mummy ?" Tanya Andhi bertubi-tubi.
Hasan dan Ali menahan tawa. Sejujurnya, mereka senang dengan kehadiran Andhika dalam hidup kedua insan yang sering dilanda masalah dalam percintaan mereka.
" Mana ada. Abi sayang Andhi dan Mummy." Ucap Andika setulusnya.
Hingga, Andhika laju sahaja melompat dalam dakapannya. Kepala kecil itu dilentokkan pula pada dada bidang Andika. Lelaki itu hanya tertawa kecil. Perlahan kepala si kecil itu diusapnya penuh kelembutan.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...