✧☂︎|37

53 5 2
                                    

Subuh menjelang membawa Azan menyentuh lembut gegendang sabit seorang mualaf - Hanastasia. Dia membuka kelopak mata sebelum melirik ke sebelah. Refleks Hana bingkas apabila menyedari Andhika tiada disisinya. Dadanya mula turun naik. Apakah semalam cuma mimpi sahaja ? Dia yakin dia bisa menyentuh apatah lagi melihat Andhi disisinya.

Baru sahaja dia hendak memanggil Andika, tingkahnya mati begitu sahaja. Hana mengerutkan dahi. Perlahan, dia menuruni rangka katil dan mendekati Andika. Hana tersenyum dalam kegelapan.

Andika yang sedang lena dibuai mimpi kini tidur bersama si kecil Andhi. Tubuh kecilnya bertiarap diatas tubuh Andika - penuh lena dan pulas sekali dilihatnya. Sempat Hana mengusap rambut ikal itu.

" Andhi, bangun sayang. Sakit badan Abi nanti." Hana cuba bersuara walaupun nadanya rendah.

Hingga membuatkan Andika terjaga. Lelaki itu membuka kelopaknya perlahan. Mengamati suasana sebelum menangkap wajah Hanastasia yang sudah sedar. Andika laju sahaja bingkas - namun perbuatannya terjeda sejenak apabila menyedari Andhi diatas tubuhnya. Hana menguntum senyum kecil.

" Maaf, Andika. Mari aku bawakan Andhi ke tilam." Ucap Hana dengan rasa segan.

Andika menggeleng. Kerongkong yang kering membuatkannya berdehem seketika. Rambutnya diraup ke belakang. Tubuh Andhi digendong serta-merta. Hana hanya menatap. Lelaki itu perlahan bingkas lalu membawa Andhi ke katil semula. Kemudian, menatap Hana.

" Kau sudah sedar ? Sejak bila ?" Tanyanya.

" Sejak semalam. Aku tak mahu menganggu tidur kau. Jadi aku tidak bangunkan. Terima kasih Andika sebab bawa pulang Andhi semula." Jelas Hana.

Andika menoleh ke arah Andhi. Rambut ikal itu diusapnya lagi. Sungguh menggemaskan sekali si kecil itu. Andika tertawa kecil.

" Panjang ceritanya. Tidak mengapa, sudah masuk waktu subuh ?" Tanya Andika.

Hana yang khusyuk menatap Andika - segera melarikan pandangannya ke arah jam dinding. Lalu, mengangguk tanpa membalas pertanyaan lelaki itu.

" Mahu solat berjemaah ? " Tanya Andika sengaja mengusik Hanastasia.

Hanastasia diam. Tapi tidak sediam debaran dadanya tika pertanyaan itu berlepas dan menyapa sabitnya. Saliva ditelan kesat.

" Bolehkah kau imamkan solat sedangkan kita berdua belum halal ?" Tanya Hana dengan kepolosannya.

Andika terlepas tawa tanpa sengaja. Kepalanya digeleng berkali. Tanda tidak boleh. Dia menatap Hana sejenak. Halal ? Jika bisa, ingin sahaja dia menghalalkan wanita itu sekarang juga. Namun, sudah pastilah tidak sepantas itu.

" Tidak mengapa, aku akan solat di surau. Solat berjemaah - nanti boleh kita buat jika kau sudah halal untuk aku" Balas Andika.

Hana terkaku dan hanya mengangguk kecil. Wajar sahaja dia bertanya, dia belum lama mengenal Islam bagaimana. Walaupun itu sebuah keinginan yang dia impikan selama memeluk Islam. Diimamkan setiap solatnya bersama lelaki yang dia cintai.

Jam menunjukkan angka 8 pagi. Di luar bilik, semesta sedang baik-baik sahaja sambil dihiasi tirai gergasinya yang biru cerah. Hanastasia dan Andhi sedang tertawa manis diatas katil hospital. Mereka baru sahaja selesai bersarapan dengan makanan yang dibeli oleh Andika.

" Hana, tengahari nanti kau sudah bisa pulang ke rumah. Doktor kata jika ada apa-apa, kau boleh datang semula berjumpa dia." Jelas Andika usai masuk ke dalam kamar.

Hanastasia diam tidak berkutik. Masih tertanya - apakah Andika juga turut tahu tentang keadaannya ?

" Baiklah."

Baru sahaja Andika cuba mendekat ke arah Andhi, bunyi ketukan pintu mematikan niatnya. Mereka berdua serentak memandang ke ambang pintu. Sesekali, daun pintu dibuka kecil sebelum menampakkan wajah Shah di sebaliknya.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now