Khabar duka mengenai pesawat hilang itu, akhirnya menjadi sorotan seantero negara. Pesawat yang membawa anak, keluarga, suami dan isteri yang sedang ditunggu oleh keluarga mereka - kini dihadiahkan dengan khabar kehilangan yang mendukacitakan itu.
Hari pertama pencarian masih berjalan sepi. Belum ada tanda-tanda kemalangan yang luar biasa terjadi. Mungkinkah rangka jasad pesawat sudah tenggelam di dasar laut ? Atau sudah hancur tiada berkeping lagi ?
Rosalin sudah bisa pulang ke rumah memandangkan tiada kecederaan parah yang boleh menetapkan dia duduk di hospital. Meskipun berkali-kali dia tidak ingin pulang ke rumah tersebut. Hana pula sejak semalaman tidak munculkan diri.
Pintu rumah dibuka luas. Sekilas sahaja, aura rumah yang memancarkan tawa seorang Andika mengetuk tangis Rosalin. Wanita itu meruntuhkan retinanya ke bawah. Bergetar kakinya hendak menginjak rumah itu.
" Abang, Rosa tidak sanggup masuk." Ujarnya sambil menatap sang suami.
Syeikh Arslan hanya tersenyum kecil. Dia memeluk wanita itu ke dalam dakapan sebelum dibantunya masuk bersama. Andhika pula sejak tadi sudah ada di dalam bersama Syeikh Mustafa. Sejak semalam, si kecil itu, mencari Hana. Namun tidak jumpa.
" Ipah...pulangkan cucuku...pulangkan Andika..."
Suara Syeikh Mustafa mula bergema di setiap penjuru rumah. Andhika lantas menatap lelaki tua itu sebelum pandangannya berubah ke arah Nenek dan Atoknya. Kemudian, pandangannya jatuh ke atas lantai. Kedua tangan mungilnya menyatu. Hingga, bibir kecil itu melekuk ke bawah. Dia cuba menahan tangisnya.
Merasakan kelopaknya basah, Andhika laju menyeka kasar matanya dengan punggung tangannya. Dia menelan saliva. Tidak bisa menahan, Andhika menjerit memanggil nama Abinya.
" Abi !"
Syeikh Arslan laju sahaja menangkap tubuh kecil itu. Dipeluknya erat sambil ditenangkannya. Tetapi, Andhika masih sahaja menangis. Kini, dia mahukan Andika, bukan Hana.
" Atok, Andhi mahukan Abi. Andhi mahu Abi ! Abi !"
Andhi mula bertingkah agresif. Dia menolak-nolak tubuh Syeikh Arslan yang cuba memeluknya. Merasakan tidak didengar, Andhika terus berlari menuju ke bilik. Dia menutup kasar daun pintu.
Syeikh Arslan tertunduk. Kepalanya yang terjatuh ditahan dengan tangan. Air mata dibiarkan jatuh menitis begitu sahaja." Nak, pulanglah ke rumah." Bisik hatinya.
" Lan, mana cucu aku ? Mana Andika ?" Tanya Syeikh Mustafa yang membawa tangisnya.
Anak lelakinya itu lantas menolehnya. Beberapa saat, Syeikh Arslan hanya diam membatu. Tidak tahu hendak menjawab seperti apa lagi. Dia bingkas segera sebelum menghampiri sang ayah.
" Sudah ku pesankan pada Ibumu, jangan bawa Andika pergi. Mengapa dia mengambil Andika dan tidak mendengar bicaraku ?" Rintih lelaki tua itu.
Syeikh Arslan hanya menelan saliva. Dia kemudian mengusungkan Syeikh Mustafa ke dalam kamarnya untuk berehat sejenak. Tanpa mempedulikan bicara sang ayah, Syeikh Arslan membawa sang ayah naik keatas katil. Seketika dia hendak berlalu pergi, tangannya laju sahaja ditahan oleh Syeikh Mustafa.
" Pulangkan cucuku. Aku mahukan cucuku. Mana cucuku ? " Rintih Syeikh Mustafa sekali lagi.
Syeikh Arslan sudah tertunduk. Jika bisa, dia juga berharap perkara yang sama seperti sang Ayah. Tetapi, bagaimana bisa manusia sekerdilnya mampu melawan takdir ?
" Ambil sahaja nyawaku jika kau mahu. Tapi jangan cucuku. Jangan ambil cucuku. Aku mahukan cucuku ! " Tambah Syeikh Mustafa yang kini sepertinya kembali lupa siapa gerangan di hadapannya itu.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...