✧☂︎|43

50 5 1
                                    

Hanastasia ke hulu hilir mengaturkan persiapan sekolah Andhika. Tetapi, tingkah anaknya itu persis tidak mahu ke sekolah. Andhi sudah siap dengan seragam sekolahnya. Kepalanya sudah tertutup dengan topi kuning kesukaannya. Sesekali, rambut ikal yang terkeluar dari topi itu menari disenandung oleh angin kipas.

" Andhi, bersegeralah. Makcik Aida pasti marah jika Andhi lambat." Tegur Hana sambil mengemas kekacauan pada dapurnya.

" Tidak, Makcik Aida baik dengan Andhi. Tidak mungkin dia marah Andhi, Mummy." Perlinya pula.

Hingga bel rumah berbunyi. Keduanya serentak kaku lalu menatap ambang pintu. Andhika tanpa disuruh berjalan menapak ke hadapan. Dia menongkat kaki kecilnya sebelum memulas tombol dengan tenaga kecilnya.

Seketika, ambang pintu terbuka. Andhika membatu. Kelopaknya berkedip berkali. Kemudian, menatap Hana yang menjongketkan keningnya.

" Assalamualaikum."

Andhika sontak berlari ke arah Hana. Wanita itu pula segera keluar dari perut dapurnya - menapak ke hadapan melihat gerangan manusia tersebut. Hana membatu.

" Mummy, kenapa Abi bawa orang ramai ?" Tanya Andhika sambil mengoncang apron Hana.

Tanpa menunggu lama, Hana segera membuka apronnya. Ditaruhnya pada laci kabinet - lalu mempelawa keluarga itu masuk ke dalam. Hana mula diburu rasa tidak sedap hati. Seketika, Syeikh Mustafa meliriknya - Hana laju sahaja berpaling arah.

" Andhi hendak ke sekolah ke ?" Tanya Rosalin.

Hana mengangguk. Dia menatap ke arah Andhika yang sudahpun naik ke atas pangkuan Abinya. Andika pula hanya tersenyum sambil tangannya naik bermain akan rambut ikal si kecil. Hana menelan saliva.

" Duduklah dahulu. Hana siapkan air. Andhi segera bersiap. Nanti Mummy suruh Makcik Aida ambil sekarang." Arahnya.

" Tidak mengapa, Hana. Jangan terburu. Ibu boleh bantu. Tapi hari ini, apa kata Andhi cuti sahaja dahulu. Dia juga mesti dengar perbualan kita nanti." Jelas Rosalin sambil mencuit lembut pipi tembam Andhika.

Hanastasia tidak menjawab banyak. Hanya mengangguk lalu meminta diri ke dapur. Lalu diikuti oleh Rosalin di belakang. Syeikh Arslan pula membawa ayahnya berkeliling rumah - sementara kedua wanita itu menyediakan juadah kecil-kecilan.

" Ayah ingat bukan dengan Jonathan, inilah rumah mereka. Joseph pernah bilang, dahulu rumah ini kecil sahaja. Tidak sangka, sudah sebesar ini." Syeikh Arslan bercerita

Sedang Syeikh Mustafa mula teringat akan dosanya. Menghulurkan sejumlah wang kepada keluarga itu agar tidak melaporkan kejadian kepada pihak polis. Syeikh Mustafa melepaskan nafas panjang. Bingkai keluarga itu dipandangnya lama. Terbitlah rasa bersalah.

Lalu, dipandangnya pula Hana yang manis tertawa bersama menantunya. Kemudian, menatap Andika yang bermain dengan Andhi si kecil itu. Disaat aku menghancurkan hidup mereka, Andika pula datang membetulkannya.

" Ya Allah, terima kasih atas pertolonganMu. Bantu aku perbetulkan kesilapan lama. Dan ampunkanlah dosaku." Bisik hatinya.

Keduanya kembali ke bangku semula apabila juadah selesai dihidangkan diatas meja kopi. Hana melabuhkan dudukkan sambil menatap ke arah Andika. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Dia memanggil Andhi untuk duduk disisinya.

Tetapi, anak kecil itu sontak menggeleng tidak mahu. Dia duduk sambil mendakap erat lengan Andika. Lelaki itu pula hanya mengangguk. Meminta Hana membiarkannya sahaja. Hana akur.

" Tujuan kami kemari adalah untuk meminang Hana buat anak lelaki kami, Andika." Syeikh Arslan laju sahaja membuka bicara. Hingga Hanastasia tersentak.

Matanya membundar. Dia melirik ke arah wajah itu masing-masing. Lalu pandangan itu mati ke arah Syeikh Mustafa. Lelaki itu sedang mendaratkan cawannya pada piring kecil.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now