✧☂︎|5

127 22 0
                                    

Andika menutup pintu biliknya rapat. Songkok miliknya dilepaskan dari kepala. Kemudian, dia menjatuhkan dudukkan dihujung katil. Ada sesuatu yang sedang bermain dalam benak mindanya.

Dahinya sempat berkerut apabila dunia imaginasinya memulai filem pendek itu. Tidak lama, hanya beberapa saat sahaja sebelum Andika menutupnya sendiri.

" Hana ?" tanyanya sendirian.

Maghrib tadi, jika tidak silap pandangannya dia melihat Hana yang sedang berdiri di hadapan gate masjid. Dia ingin datang mendekat, tapi ditahan apabila Syeikh Mustafa memanggilnya untuk masuk bersama memandangkan waktu semakin mencemburui mereka.

Lelaki itu bingkas dari dudukkan lalu mendaratkan songkok ke atas rak bukunya. Soal Hana yang baru sahaja tadi berlayar dari mindanya hilang begitu sahaja. Mungkin cuma orang lain yang sekilas mirip dengannya. Dia menarik keluar sebuah buku sebelum berbaring ke atas tilamnya.

Baru sahaja dia membuka lembaran buku, pintu ingatannya sekali lagi bagaikan diketuk oleh bayang-bayang Hanastasia. Dia mengalihkan retinanya dari menatap kertas bacaan. Jauh termenung ke suatu arah. Lalu, timbullah tanda tanya.

" Sudahkah dia membaca buku tu ? Semoga ada jawapan untuk dia agar tidak lagi menghabisi nyawanya." Ujarnya sambil mengelamun.

" Ya Allah, permudahkanlah urusannya, temukan untuk dia jalan untuk selesaikan masalah dengan cara baik. Semoga ada hikmah yang diperoleh dari apa yang telah dia lalui." Tambah Andika.

Tanpa kesedaran sendiri, Andika memintalkan doa kepada Maha Esa untuk gadis yang baru sahaja dia kenali itu. Sejenak, lamunannya berakhir lalu dia meneruskan bacaannya seakan tiada apa yang terjadi beberapa detik yang lepas. Kerna dia tahu, mendoakan seseorang juga ada pahala untuknya.

" Rasulullah SAW pernah bersabda; ' Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ( sesama muslim ) yang berjauhan ( tanpa pengetahuannya ), melainkan malaikat akan mendoakannya pula; Dan bagimu kebaikan yang sama."

✧☁☂︎

Andika menjatuhkan cetakan kaki kanannya ke bumi usai teksi yang dinaiki berhenti tepat di hadapan gerbang kolej. Sempat dia memerhatikan kelilingnya - suasana kolej sedikit ganjil hari ini. Tidak seperti kebiasaannya. Mana perginya semua manusia ? tanyanya dalam hati.

Lelaki itu melangkah tenang tanpa memikirkan apa-apapun mengenai keadaan kolej yang masih sepi.

" Hanastasia ?"

Langkahnya serentak mati apabila melihat Hana baru sahaja melintas di hadapannya beberapa kilometer di hadapan. Dia menangkap sosok itu dengan retinanya. Mula tertanya bagaimana Hana bisa berada di kolej yang sama dengannya. Dia melirik kembali ke arah dimana Hana berpergian.

Mula sangsi sendirian - Andika memilih untuk mencarinya semula. Namun sayangnya, bayangan hitam gadis itu pudar entah kemana perginya. Tidak putus asa, Andika mencari lagi hingga membawanya ke sebuah tempat. Dan -

" Hana!"

" Hana, jangan!"

Andika segera berlari mendapatkan seorang gadis yang sudahpun berdiri mematung di tepi bibir tembok bangunan. Dadanya turun naik. Langkah kaki dipercepatkan semampunya. Tetapi, terlambat.

Gadis itu sudahpun terjun tanpa menunggunya. Andika hilang akal lalu terpaku di posisinya. Iris milik Andika yang berwarna emas kecoklatan itu membundar tidak semena.

Semestanya berubah kelam. Hingga membawa Andika mendekat ke arah bibir tembok untuk menyaksikan sekujur tubuh yang sedang berbaring diatas jalan.

Cecair kemerahan yang pekat sudahpun mewarnai simen. Hanastasia - gadis itu memilih untuk menghabisi riwayatnya untuk kali kedua setelah digagalkan oleh Andika sebelumnya.

" Tidak, Hana..."

Andika mengalihkan retinanya dari menatap Hana yang tidak bernyawa. Kedua tangannya didaratkan ke atas kepala. Dia tertunduk. Sesekali, dia menggelengkan kepala dan memukulnya.

" Tidak mungkin. Tidak mungkin." Ujarnya berkali.

Lutut lelaki itu mula longlai hingga akhirnya dia tersungkur bersama tangisan lelakinya. Tidak sanggup melihat jasad Hana pada ingatannya. Entah mengapa, semesta mereka seakan menyatu sehingga lelaki itu bisa merasakan sakitnya. Malah, air mata lelakinya keluar hanya kerana Hanastasia.

Pakk. Andika membuka kelopak matanya. Nafasnya turun naik. Dia menatap keliling ; tetapi hanya siling yang menjadi latar hias buat irisnya. Dia memerhati keliling. Lampu tidur dinyalakan kembali. Dia bingkas dari pembaringan sebelum bersandar pada kepala katil. Wajahnya yang basah disentuh seketika.

Basah ?

Lantas, dia menyeka wajahnya yang basah dek tangisannya. Sesekali, dia menyeka kembali cecair kejernihan itu yang hampir sahaja menuruni tubir matanya. Andika meraup wajah lalu melantunkan lafaz doa bermimpi buruk.

" Allahumma inni a'zubika min 'amalis syaithoni wa sayyi-atil ahlam."

Yang bererti. " Ya Allah aku berlindung kepadamu dari perbuatan syaitan dan buruknya mimpi."

Lalu, Andika segera menuruni rangka katilnya sebelum menapak ke hadapan daun pintu. Tekaknya yang kering membuatkan lelaki itu ingin ke dapur untuk membasahkan kerongkongnya. Andika melangkah penuh berhati-hati agar tidak menganggu orang rumah sehingga langkah itu mati sebelum menjejak lantai ruangan tetamu.

Suara Syeikh Mustafa dan Syeikh Arslan singgah menyentuh lembut gegendang telinganya. Andika mengeluh panjang dan masuk semula ke tempatnya. Sejujurnya dia tidak ingin lagi mendengar perbualan kedua tersebut tentang hal perjodohan.

Dia meninggalkan keduanya dengan membiarkan tekaknya yang kehausan.

Andika segera menapak ke ruangan kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Mengenai tekak - membasahkannya dengan air paip sahaja sudah cukup dari dia harus memasang paksa sabitnya untuk mendengar perbualan tersebut. Walaupun seupayanya dia ingin menutup - gegendang cupingnya masih sahaja bisa mendengar.

Apa untuk kehidupan sendiri - aku tidak punya hak untuk memilih ?

Bunyi air paip yang jatuh merempuh lantai tandas ditatapnya kosong. Baru sahaja tadi, mindanya bercerita tentang apa yang diperbualkan oleh Ayahnya dan Syeikh Mustafa. Tetapi kini, layar ingatannya mula membayangi sosok Hanastasia.

Sesekali mimpi tadinya menyapa, Andika sontak menutup kelopak mata. Dia segera menadah air sebelum disiramkan pada wajahnya berkali-kali. Hanya untuk memadamkan momen ngeri yang dilihatnya dalam mimpi. Jasad Hana yang terbaring bersama aliran darah pekat yang kemerahan membuatkan jantungnya bagaikan dicengkam kuat.

Sudah puas membasahkan wajahnya - Andika mematikan seketika tingkahnya. Tangan lelaki itu sempat naik untuk memutarkan kepala paip. Air yang terjun menjunam tadi kini berubah menjadi aliran air yang lembut dan turun perlahan.

" Masalah apa yang menganggu Hana sehingga harus memilih untuk bunuh diri ?"

Andika bertanya dengan semestanya sendiri. Ya, seberat apa masalah Hana hingga gadis itu tekad untuk menghabisi nyawa yang diberikan Tuhan ?

Tanyanya ingin tahu.

Jangan lupa vote dan komen , terima kasih ♡

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now