✧☂︎|50

180 7 3
                                    

🎶 Kehilangan [ Instrumental ]🎶


Langit sudah jelas membawa pergi sang rembulan yang sinarnya hanya dimalam hari. Semesta kini berganti tabir mentari. Bahkan sudah menumpahi bentala yang kini jelatanya sedang berduka. Dan begitulah juga bagaimana langit sedang suram meski matahari tegak bersinar di kedudukkannya.

Hanastasia membuka kelopak irisnya perlahan sebelum siling putih yang membumbungi jasadnya sebelum ini - menjadi latar korneanya. Hingga beberapa saat, dia laju bingkas dari pembaringan membawa alunan dada yang bergetar dan berombak. Tanpa tahu, ada beberapa pasang mata yang kini meliriknya.

Rosalin dan Syeikh Arslan orangnya. Dan juga disisinya, ada seorang jejaka dengan matanya membundar. Mungkin terkejut dengan Hana yang tiba-tiba sahaja bingkas. Dia sedang duduk bersebelahan katil Hana.

" Alhamdulillah, Ya Allah." Puji syukur mereka kepada Tuhan.

Hanastasia menatap bagaikan tiada apa yang terjadi.

" Ibu, kemana Andika pergi ?" Tanyanya hingga membuat ruangan kecil itu terasa seperti disuntik kebisuan yang menegangkan. Semua mata yang sempat menatap wajah Hana, kini sudah runtuh bersama bahu gagah mereka.

Rosalin datang mendekat membawa tubuh mungil Hana dalam dakapannya. Dia mengeratkan lagi pelukan itu apabila dia merasakan sakitnya ujian yang mereka harus lalui. Hingga tanpa sengaja bahkan tidak lagi mampu menanggung lurah air mata - lalu gugur merempuh bahu Hana.

" Ibu, mana Andika pergi ? Semalam Andika ada disini. Tidur bersama Hana. Andika selamat, Ibu. "

" Suami Hana selamat." Tambahnya lagi.

Shah menjatuhkan kepala. Dia sempat menatap ayah mertua wanita itu. Wajah Syeikh Arslan tenang sahaja meskipun semesta bisunya sedang hancur-sehancurnya. Sampaikan dia sendiri buntu bagaimana dia harus hidup melihat isterinya yang berpura-pura kuat menghadapi ujian itu.

Rosalin - dialah Ibu Andika. Ibu yang pernah teruja sekali mendengar khabar jika dirinya mengandung anak pertama di rahimnya. Rosalin sungguh mencintai benih itu hingga dijaganya penuh cinta. Hinggalah si kecil keluar dan membesar dengan nama Andika. Tidak pernah sekali kasih sayang bertukar. Bahkan menebal hingga dia bisa nampak betapa Rosalin mencintai anak lelakinya berbanding diri wanita itu sendiri.

" Bawa mengucap, Hana." Bahu wanita itu disentuh lembut. Hanastasia masih kebingungan. Keningnya bertaut melihat tampang wajah ketiganya suram semacam sahaja. Meskipun dia sudah menatap mereka dengan binar matanya yang jelas dipenuhi dengan harapan. Retinanya mati di hadapan Shah.

" Shah, apa yang kau buat disini ? Bukankah kau berkerja di Kuala Lumpur ?"

Shah membatu. Dia alihkan pula tatapannya ke arah Rosalin dan Syeikh Arslan. Dengan keadaan Hana sebegitu rupa, mana mungkin dia tega untuk berbicara sesungguhnya. Dia ragu hendak menjawab.

" Hana, berehatlah dulu. Hana masih lagi lemah. Hana perlukan rehat yang banyak, Nak." Syeikh Arslan laju mencantas persoalan Hana sebelum dijawab oleh Shah.

" Tapi Hana mahukan Andika. Panggilkan dia kesini, Ayah."

Syeikh Arslan menelan liur kesat. Keluhan kecil berlepas dari rongga hidung. Dia sudah tidak bisa bertahan. Lantas pergi tanpa meminta. Dia meninggalkan bilik dengan harapan Rosalin bisa kuat juga untuk menyerapkan kekuatan itu pada Hana.

Daun pintu dikatub rapat. Syeikh Arslan menjatuhkan punggung pada kerusi menunggu. Wajahnya kemudian jatuh sebelum tangannya hinggap pada wajah. Air mata seorang ayah akhirnya berlepas lagi. Tidak sanggup dia melihat Hana sedemikian - mencari sang suami yang sudah ditelan arnawa. Meninggalkan dia dan keluarga kecil itu.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now