✧☂︎|49

96 7 6
                                    


Daun pintu dikuaknya kasar. Serentak itu, Aida yang baru sahaja selesai membersihkan Hana kaget dengan kehadiran sosok tersebut. Besen yang masih penuh dengan air suam jatuh terhempas diatas lantai.

Tanpa mempedulikan Aida, Andika langsung sahaja mendekati Hana yang kini sedang berbaring tenang diatas katil hospital. Tubuh lelaki itu menggelentar tidak tentu pasal. Matanya sudah kemerahan dek tangisan. Tangannya naik meraba wajah Hana.

" Sayang, abang sudah pulang." Jelas Andika.

Aida yang masih terkejut menatap ke arah Hasan. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sendiri depan mata. Saliva - ditelannya kesat. Disaat yang sama, Andika laju sahaja menatapnya.

" Apa yang terjadi dengan Hana ?" Tanya Andika dengan nadanya yang jelas berlanggar dan membentuk getaran yang luar biasa. Air mata yang jatuh mengalir dibiarkannya begitu sahaja.

Aida masih diburu kekeliruan. Hingga retinanya juga bergetar hendak menatap Andika. Anak mata itu tidak berhenti menatap Hasan dan Andika bergiliran.

" Hana dikejarkan ke hospital 3 hari lepas. Budak kolej terserempak dengan dia di jambatan taman berdekatan kolej kita dahulu. Hana pengsan dan sebelum kemari, dia minta keberadaannya dirahsiakan dari sesiapa." Hasan menjawab bagi pihak Aida.

Andika hanya mendengar sambil mengamati wajah isterinya. Mimik wajahnya jelas menandakan kekecewaan dan rasa bersalah.

" Andika, Doktor Melati bilang keadaan Hana semakin parah. Apakah kau sudah jelas tahu seperti apa sakit Hana sebelum ini ?" Tanya Aida.

Hasan laju sahaja menatapnya. Kemudian, netra lelaki itu kembali tertunduk seperti sebelumnya.

" Hana memang belum sedar sehingga sekarang ?" Tanya Andika pula.

Suasana menjadi hening sejenak. Andika juga tidak mempermasalahkan hal tersebut. Dia menyeka baki air mata. Jaket yang tersarung pada tubuhnya dilepaskan sebelum dibungkuskan pada tubuh Hana. Perlahan, dia mendaratkan kucupan pada ubun-ubun wanitanya.

" Aida, terima kasih kerana menjaga Hana beberapa hari ini. Urusan disini biar aku selesaikan. Kau boleh pulang. Hasan, hantarkan Aida pulang." Arahnya pula.

Tidak menunggu lama, Aida seraya mengangguk memandangkan Andika adalah sosok yang bertanggungjawab mengurus Hana. Meskipun sebelumnya lelaki itu sempat dilaporkan hilang bersama pesawat.

" Aku akan datang kembali bersama Ali. Kau berhutang cerita dengan kami berdua, Andika." Balas Hasan.

Andika hanya mengangguk kecil. Dia menuntun keduanya untuk pergi dari kamar tersebut. Sesaat keduanya sudah pergi, Andika segera menutup pintu kamar. Dia berpaling ke arah Hana.

" Seperti yang abang janjikan, abang akan jaga Hana dan Andhi dengan baik setelah ini. Jadi tolong segeralah bangun Hana. Abang rindukan Hana."

Tangan wanitanya itu diusap lalu diciumnya lama. Kemudian duduk menikmati wajah pucat Hana. Niatnya hendak bertemu Doktor Melati diperlambatkan dahulu. Dia ingin menikmati waktunya bersama Hana.

Tangan Hana diusapnya lembut. Dia mengamati wajah Hana dengan kadar lama. Hingga tanpa sedar, membawanya kembali menyapa memori yang hampir sahaja meragut nyawanya. Yang mungkin akan menghancurkan semesta Hana yang selama ini menjadi harapan dan nafas akhir untuk dia bertahan hidup.

Andika - lelaki itu adalah nafas akhirnya untuk bertahan disaat dirinya dalam posisi kehancuran. Tanpa Andika, bahkan debu sahaja bisa menghancurkan Hana apatahlagi jika harus menerima Andika pergi untuk selamanya.

Malam itu seharusnya Andika sudah berangkat untuk boarding. Namun sayangnya, passport dan segala dokumen pentingnya hilang begitu sahaja. Sudah hampir satu lapangan terbang dia mencari barangnya, namun masih tidak bisa ditemukan.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now