Semesta yang disapa dengan hujan lebat semalam kini sudahpun menampakkan sinar mentarinya yang kukuh di ufuk sana. Syeikh Mustafa sudahpun lengkap dengan setelan kemeja yang kini sedang dia tatapi di balik kaca cermin biliknya.
Merasakan pakaiannya sudah tertata sempurna - lelaki yang hampir berusia 65 tahun itu mencapai songkoknya. Harini adalah kepulangan Abdul Ukhman dan keluarganya kembali ke tanah kelahiran. Sebab itu, dia bersiap untuk bertemu keluarga tersebut sebelum jam berangkat mereka bermula petang nanti. Baru sahaja dia menapak keluar dari biliknya, Syeikh Mustafa kini berdepan dengan satu-satunya menantu keluarganya. Rosalin.
" Ayah hendak kemana ?" Tanyanya dengan nada sopan.
Syeikh Mustafa membuang muka. Dia melangkah bersama tongkatnya, meninggalkan Rosalin dibelakang. Namun wanita itu langsung tidak meninggalkannya. Malah bersiap untuk membantu lelaki itu untuk pergi. Dia cuba meragut lembut tangan sang ayah mertua namun dengan tangkas - Syeikh Mustafa melepaskan genggaman tersebut.
Rosalin melipat bibir.
" Aku bisa berjalan sendiri, tidak usah membantu aku. Aku belum tenat lagi sampai harus kau jinjing sebegitu." Ujarnya sambil menatap Rosalin dengan retina sinisnya.
" Rosa tidak bermaksud begitu Ayah. Hanya sahaja ingin membantu. Rosa sudah siapkan sarapan, abang Arslan sudah menunggu di meja makan." Ajak Rosalin dengan senyuman yang menampakkan barisan giginya yang cantik.
" Tidak perlu. Aku akan bersarapan dengan Abdul Ukhman di hotel. Suruh Arslan bersegera kerna aku akan menunggu di kereta. Jangan sampai membuang waktuku. Katakan pada dia." Kata Syeikh Mustafa lalu melangkah tenang menuju ke ambang pintu.
Rosalin hanya menatap punggung lelaki tua itu dengan rasa hiba. Sampai bila lagi dia harus bertahan dengan sikap ayah mertuanya sedemikian.
Sudah hampir 22 tahun pernikahannya bersama putera tunggal dari Syeikh Mustafa tetapi tetap sahaja dirinya bagaikan bayang hitam yang terhiraukan.
Wajah yang penuh kehibaan itu akhirnya bertukar serta merta apabila kakinya menuju ke ruangan dapur dimana keberadaan Syeikh Arslan yang sedang bersarapan. Hatta tanpa wanita itu sedar, Andika sudah mengamati adegan tadi dimana Syeikh Mustafa enggan dibantu oleh ibunya.
Lelaki itu sekadar menatap syahdu setiap langkah ibunya yang penuh harapan agar kedudukannya sebagai madrasah dirumah itu diterima oleh sang Atok.
Bukannya dia tidak mengetahui keadaan itu, dimana Ibunya diperlakukan sebagai sosok asing dalam kehidupan Syeikh Mustafa - tetapi dia hanya ingin menjaga perasaan sang ibu yang juga merahsiakannya dari Andika.
Lelaki itu sudah cukup dewasa untuk memahami situasi tersebut. Bahkan, melihat babak itu saat dari usianya 5 tahun sudah cukup mengingatkan dia soal Hanastasia.
Jika Ibuku sahaja yang merupakan seorang guru diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi Hanastasia yang tidak tahu sama sekali soal agama Islam.
Tapi entah mengapa, Hati lelakinya sukar untuk menidakkan perbezaan keyakinan antara mereka. Apakah bisa suatu saat nanti keyakinan itu akan berubah dan semuanya akan kembali pulih ?
Andika tidak pasti.
Baru sahaja dia melangkah turun menginjak anak tangga terakhir - Syeikh Arslan tiba di hadapannya. Andika menguntum senyum sebelum menyambut tangan sang ayah dan dikucup. Sempat Syeikh Arslan mengusap lembut kepala Andika.
" Ayah pergi dulu, Pergilah bersarapan, Ibu ada buatkan kuih kesukaan kau. Assalamualaikum Andika."
Andika mengangguk sambil menatap pemergian itu.
"Waalaikumussalam Ayah."
Bunyi hentakan yang terhasil dari tongkat Syeikh Mustafa sedikitpun tidak menganggu orang hotel. Abdul Ukhman hanya menatap dengan netranya yang tampak penuh kekecewaan. Nafas yang menderu-deru pamit dari rongga tua itu mula risaukan Abdul Ukhman. Dia mendongak sedikit lalu meminta Syeikh Mustafa bersabar.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...