✧☂︎|25

71 6 4
                                    

Andika memasuki perut pesawat bersama manisan yang diberikan oleh Ibu Ali. Dibelakangnya masih ada Rosalin. Syeikh Mustafa dan anak lelakinya sudah dihadapan mencari seat mereka. Andika mengambil seat dua baris ke belakang dari kedudukkan Ayah dan Atoknya. Dia memilih untuk duduk bersama sang Ibu seperti yang sudah mereka dapatkan dalam pembelian tiket.

Syeikh Arslan dan Syeikh Mustafa sudah melabuhkan dudukkan mereka. Manakala, Andika dan Rosalin masih berdiri menunggu beberapa penumpang yang memasukkan bagasi dan beg galas ke dalam ruangan yang disediakan.

" Andika, jika Ibu kau tidak merasa enak. Beritahu pada Ayah." Pesannya kepada Andika.

" Baiklah, Ayah."

Setelah mendapat ruangan untuk menyimpan beg galasnya, entah bagaimana tubuhnya ditepis seseorang sehingga bekas manisan terjatuh dari tangannya. Rosalin segera mendapatkan Andika. Lelaki yang bertubuh sasa, berwajah layaknya seorang penjajah British itu berkali-kali meminta maaf kepada Andika.

" It's okay." Balas Andika ringkas lalu mencapai semula bekas manisan tadi.

Dia bingkas seusai mendapatkan beg tersebut sebelum sepucuk surat menampakkan sedikit bucunya dari beg bekas tadi. Andika cuba mencapainya tetapi niatnya terbatal apabila Rosalin memintanya segera meletakkan barang-barang kerna masih ada lagi manusia lainnya berbaris di belakang Rosalin.

Andika laju mengangguk dan menyimpan barangnya. Lalu, tanpa menunggu lama, dia mengajak Rosalin duduk terlebih dahulu. Kemudian, dia pun melabuhkan dudukkannya. Rosalin sempat menatap Andika seketika. Ada sesuatu yang ingin dia persoalkan.

" Mengapa, Ibu ?" tanya Andika sesaat menyedari pandangan Rosalin kepadanya.

" Bagaimana dengan Hana ? sudah berbicara dengan dia ?" tanya Rosalin dengan nada bisikkan. Risau jika bisa didengar oleh Syeikh Mustafa yang berada dua baris dihadapan mereka.

Andika mengeluh ringkas. Dia mengusap lembut tangan Rosalin sambil menatapnya dengan baris senyuman.

" Ibu risau Hana atau Andika ni ?" tanya Andika. Rosalin melirik ke hadapan. Merasa selamat, dia menatap anaknya semula.

" Ibu risau dengan kamu berdua. Mampukah Andika melupakan Hana ?" tanyanya lagi. Kini, Andika mengendur tawa. Wajahnya mengetat. Sejujurnya, untuk melupakan pasti sukar. Harus menunggu waktu demi waktu. Tapi mampukah dia ?

Sepanjang dalam perjalanan, Hanastasia hanya membisu. Meskipun Hasan terkadang membawanya bercanda - tetapi Hana langsung tidak beriak apapun. Ali menyampaikan signal irisnya kepada Hasan disamping agar tetap diam. Hasan awalnya enggan namun setelah berkali diabaikan dengan wajah datar Hana - menyerahlah dia.

Kereta jenama Proton itu akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan kecil dimana Hana menjalankan tugasnya sebagai seorang sukarelawan. Baru beberapa saat mereka menurunkan Hana, Shah sudah kelihatan keluar dari bangunan itu. Hasan dan Ali saling berpandangan.

" Hana, apa hubungan kau dengan Shah ?" tanya Hasan ingin tahu. Hana yang baru sahaja ingin menjejak tanah - kematian tingkah apabila Hasan bertanyakan hubungannya dengan Shah. Sempat dia melirik ke arah lelaki itu.

" Tiada apa-apa. Kami cuma berkawan." Jawab Hana ringkas lalu keluar. Dia menutup daun pintu perlahan lalu berterima kasih pada Ali kerana sudi mengajaknya ke lapangan terbang untuk menemui Andika. Walaupun - Hana mengigit bibir apabila bicara kasar Andika menukul mindanya.

" Sama-sama Hana. Jika Andika ada membalas surat itu, nanti aku sampaikan pada kau." Ujar Ali membuatkan Hasan disebelahnya diburu tanda tanya. Dia menatap Hana yang sudah manis mengangguk kecil sambil bibir merah jambunya tersenyum ringkas.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now