1990, Kota Sandakan - Seantero media Malaysia bahkan diluar bentala Melayu dan Borneo itu telah digemparkan dengan khabar mendukacitakan dari Penerbangan Malaysia mengenai sebuah pesawat Boeing 770 yang membawa ratusan penumpang dilaporkan hilang dari sistem radar. Menurut berita yang diterima, pesawat yang membawa 157 penumpang menuju ke Mesir dilaporkan kehilangan komunikasi tepat pada pukul 3:55 pagi waktu tempatan.
Rosalin yang tadinya sibuk mengurus persiapan jamuan besar buat seisi keluarga dan tetamu menghentikan tingkahnya. Baru sahaja tadi, dia sakan bergelak tawa dan berkongsi cerita dengan jiran tetangga yang sudi membantu menyediakan persiapan tersebut.
Suara televisyen yang menyiarkan sebuah berita kemalangan menarik jasad Rosalin untuk mencetak langkah kecil di hadapan kaca televisyennya. Wajah wanita itu tampak tegang. Otaknya sedang sibuk mencari maklumat tentang keberangkatan Andika ke Mesir. Dadanya mula terasa sesak. Dia menarik alat kawalan jauh di atas meja kopi.
Suara penyampai berita yang masih lagi meliputi berita tentang keadaan sebuah pesawat Boeing 770 yang hilang dari kedua sistem radar - kini bergema di sekitar penjuru rumah. Semua mata memandang ke arah Rosalin yang menutup separuh kaca televisyen.
" Pihak penerbangan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan kepada Media mengenai pesawat yang membawa sejumlah 157 penumpang termasuk anak kapal mungkin sedang dalam masalah teknikal sebelum hilang dari sistem radar." Jelasnya.
Suara yang semakin besar tersebut, berhasil membawa Syeikh Arslan masuk ke dalam rumah. Tetamu yang turut datang membantu, sudah mematikan tingkah. Mereka bingkas dari dudukkan - menatap Rosalin yang langsung tidak beranjak dari kaca televisyen.
" Ibu, janganlah risau fasal Andika. Andika tidak pergi lama. Hanya beberapa hari sahaja. Setelah itu, Andika pulang."
" Ibu jaga diri baik-baik. Tolong Andika jagakan Hana dan Andhi di sini yaa."
" Doakan perjalanan Andika, Ibu. Selamat Jalan."
Bicara Andika mula bergema pada semesta bisunya. Syeikh Arslan datang mendekat - sebelum menyapa bahu isterinya. Alangkah terkejutnya, wajah sang Isteri sudahpun basah dan kemerahan. Wanita itu memandangnya.
" Abang, anak Rosa." Katanya lalu kembali menatap skrin. Syeikh Arslan melirik ke arah yang sama hingga beberapa detik - Rosalin jatuh dalam dakapannya.
" Rosa, sayang...bangun."
Suasana rumah yang tadinya riuh rendah dengan tawa suka mereka, kini berubah duka. Dengan pantas, lelaki itu menjerit memanggil Ali. Syeikh Mustafa hanya menatap skrin. Benak matanya yang tua jelas kemerahan.
" Andika..." Panggilnya.
Syeikh Arslan menoleh ke arahnya. Lelaki itu lantas menatap skrin - siapa yang bisa menolak takdir jika sang anak lelaki yang mereka harapkan akan pergi dan pulang dengan selamat , kini di dalam sebuah pesawat yang dilaporkan hilang.
" Andika...cucuku. Lan..Andika."
" Ini tidak mungkin. Mimpi itu tidak mungkin benar. Ya Allah selamatkam cucuku. Aku merayu, Ya Allah." Bisik hatinya apabila mula teringat akan mimpi yang membawanya sedar akan perbuatannya terhadap Rosalin dan Andika.
Seperti yang dimaklumkan dalam kaca televisyen, mimpi dari Syeikh Mustafa juga tidak kalah bezanya. Andika, iaitu cucunya - pergi meninggalkannya. Pergi dibawa oleh isterinya - Latipah. Dengan akhir bicara wanita itu.
" Izinkan Ipah membawa Andika, Abang. Assalamualaikum."
✧☁☂︎
Hanastasia atau kini dikenali dengan nama islamnya - Nurhana, si wanita yang kini telah sah menjadi isteri kepada Andika Noh. Dia tidak berada di rumah - tetapi sedang sibuk mengemas rumah asuhan yang sudah lama dia tidak kunjungi. Suara televisyen yang bingit dengan suara iklan - dimatikan oleh Hana. Dia menekan butang off pada alat kawalan jauh sebelum meletakkannya kembali pada tempat asal.
YOU ARE READING
BORNEO UNTOLD STORY [ C ]
RomanceAndika Noh - seorang mahasiswa Pengajian Islam yang berimpian besar untuk meneruskan budaya keluarga sebelah Ayahnya iaitu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Namun segalanya tidak berjalan sesuai ekspetasi malah takdir menjadikann...