✧☂︎|30

55 5 2
                                    

Bunyi loceng rumah mematikan tingkah Hanastasia dan Andhika yang sedang menjamah sarapan pagi di ruangan dapur. Pada awalnya, dia hanya membiarkannya. Tetapi setelah ketiga kali - dia mencapai selendangnya lalu bergerak ke hadapan.

Tanpa diajak, Andhika turut membontoti Hana sambil tangannya kemas mengenggam sekeping roti berinti kaya.

Hana menapak di hadapan pintu. Tombol diputar perlahan lalu dia menjenguk kepalanya sedikit untuk melihat gerangan manusia di luar. Sontak, anak matanya membundar apabila melihat seseorang yang sedang membelakangi daun pintu rumahnya. Perlahan Hana membuka pintu dengan berhati-hati.

" Buat apa di sini -"

" Abi !" jerit Andhika serentak apabila melihat sosok di hadapan pintu itu berpaling sesaat mendengar bicara Hana.

Andhi laju sahaja berlari memeluk kaki Andika. Lelaki itu tampak terkejut tapi entah mengapa senyumannya bisa selebar itu. Suasana semakin janggal dek Andhika yang bertingkah seolah lelaki di hadapannya itu adalah sosok seorang ayah buatnya.

Hanastasia menelan saliva. Keduanya saling berbalas pandangan namun buntu hendak berbicara apa memandangkan Andhika semakin diburu semangat untuk naik ke dakapan Andika.

" Hm - Andhi, Pakcik sakit badan tu. Mari sini."

Andika terjongket kening mendengar bicara Hana. Sontak titik pandangannya tidak keruan. Seakan tidak puas dengan apa yang Hana katakan. Tanpa aba-aba, dia mengangkat Andhi naik ke dalam dakapannya walaupun tangan sebelahnya penuh dengan bekas makanan.

" Pakcik ? Aku tidak terlalu tua lagi Hana sampai harus sakit badan hanya menggendong si kecil ini." Seloroh Andika lalu menatap Andhi.

Hana tidak bertingkah.

" Ada apa kau datang kemari pagi-pagi ni ?" tanya Hanastasia sambil tangannya menahan selendangnya - takut jika akan terlepas dan menampakkan rambutnya. Andika menatapnya sesaat sebelum retinanya jatuh menatap bekas makanan yang disediakan Rosalin tadi.

" Ibu buatkan sarapan untuk kau dengan Andhi. Dia suruh aku hantarkan." Jawab Andika.

Hanastasia mengangguk ringkas. Tidak menolak dengan pemberian dari Rosalin, bekas makanan itu akhirnya bertukar tangan ke Hana. Dia menatap pula ke arah Andhi yang sudah siap merangkul leher Andika dengan wajah tangannya yang comot disebabkan inti roti.

" Bilang ke Makcik, terima kasih."

Andika mengangguk. Setelah itu, keduanya kehilangan topik untuk meneruskan bicara. Andika meneguk salivanya lalu memandang Andhi sejenak.

Anak kecil yang bermata bulat dengan lensanya yang berwarna coklat kegelapan. Bulu matanya panjang dan lentik menarik rasa minat Andika.
Lalu, dia mematikan pandangannya ke arah Hana.

" Kalau begitu, aku pulang dulu." Ujarnya lalu mencuba untuk menurunkan Andhi. Tetapi, laju sahaja Andhi bertingkah seperti anak bayi. Dia tidak mahu dilepaskan. Hanastasia mencuba untuk memujuk tetapi tetap sahaja Andhi enggan berlepas dari batang leher Andika.

" Tidak, Andhi mahu sama Abi." Katanya lalu melentokkan kepalanya diatas bahu Andika.
Hana mengeluh panjang. Andika pula hanya tersengih. Menatap Hana seolah tidak selesa, dia menatap Andhi sebentar. Kepala si kecil diusap lembut. Dia cuba memujuk Andhi untuk melepasnya pergi.

" Andhi, Abi kena pergi kerja dulu. Nanti Abi datang balik boleh ?" tanyanya sambil menyusun kemas bentuk senyumannya dihadapan Andhi.

Hana hanya memandang. Sekali Andika membalas pandangan, dia terburu-buru mencari titik pandangannya yang entah lari kemana. Andika menatap semula ke arah Andhi lalu cuba membisikkan sesuatu.

BORNEO UNTOLD STORY [ C ]Where stories live. Discover now