Bab 2

1.4K 54 1
                                    

Setelah hampir seharian kami berada di dalam Ikea untuk mencari hadiah, aku dan Zaza decide untuk pulang ke rumah tetapi semasa dalam perjalanan pulang, aku terlihat sebuah kafe yang menarik perhatianku untuk berhenti. Lalu aku pun memarkir kereta di hadapan kafe itu untuk minum petang. Aku tak lapar, tapi Zaza ni craving donat pula tiba-tiba.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kafe itu, aku terpegun dengan kecantikan dan kedamaian kafe itu. Dapat ku lihat sekilas tulisan yang tertera pada kaunter pembayaran di hadapan ku, V'Derns Cafe!

Aku beralih pula ke sebelah kiriku untuk melihat reaksi Zaza, alangkah terkejutnya aku tatkala melihat Zaza memandang sekeliling kawasan kafe dengan mulut yang ternganga dan mata yang terbuntang luas.

Aduh minah ni, tak relax lah.. Over bethul! Secara drastiknya aku menarik Zaza untuk mencari tempat duduk yang lebih privacy sedikit. Kafe ini sudah cukup pakej! Tidak mempunyai ramai orang, memiliki suasana ala-ala kampung dan yang paling penting adalah kafe ini sangat tenang! Mesti baru buka, sebab itu tak ramai orang, fikirku.

Beberapa minit kemudian, seorang pelayan datang menghampiri kami sambil membawa menu untuk mengambil pesanan.

Menu bertukar tangan.

Wow! Menu dia ada banyak! Ada masakan kampung dan ada juga masakan western! Dan sekarang aku tak percaya dengan keadaan kafe ini yang tak didatangi ramai orang tetapi hati aku kuat mengatakan yang kafe ni baru dibuka.. Sekejap, aku terlupa sesuatu.. Sempat tak ni?

Dan dengan pantas aku berkata kepada pelayan itu, "Excuse me, can you give us a moment to look at the menu? We will order later. Thank you.." Lalu pelayan itu pun beredar untuk memberi ruang kepada kami.

Aku bukannya apa.. Aku kena cepat sebelum..

"Gila lah! Hang tengok ni, Thea! Masakan melayu ada, masakan western pun adalah, Thea! Pasaipa kita baru tau pasai kafe ni, Thea? Nasib baik hang berhenti makan dekat sini. Kalau dak, sampai bila-bila pun kita tak tau weh!"

Dan ya! Nasib baik aku sempat, kalau tidak, tak pasal-pasal kena gelak dengan waitress tu sebab perangai batak si Zaza ni.. Aku tak nak hang malu, Za. Haih lah Zaza, nasib aku sayang ja hang ni. Kalau tidak, aku campak dah hang dalam laut tu.

"Dah ke? Kau nak makan apa?" Aku bertanya

"Aku mau donat ja la weh. Aku tak lapaq lagi."

"Lah tadi hang yang beria ada masakan itulah, ada masakan inilah dekat sini, laih-laih donat ja yang hang mau?"

"Perut aku penuh lagi ni, Thea. Nanti kalau aku lapaq, pandai-pandailah aku masak dekat rumah nanti."

Aku hanya mengangguk.

"Order please?" Laungku sambil mengangkat tangan.

"I want to order 2 sets of donuts, 1 cup of latte and.. Kau nak air apa, Za?"

"Aku nak ayaq milo ais"

"And 1 cup of milo ice. Thank you.." Sambungku pada pelayan itu.

Pelayan itu tersenyum sambil mengangguk dan mengundur ke belakang sedikit dan terus menuju ke bahagian dapur kafe.

Aku lihat Zaza leka dengan telefon bimbitnya, tetapi aku bersuara juga..

"Zaa, aku nak pi tandas sat, hang jaga beg aku noh. Hang jangan pi mana-mana, kalau beg aku hilang, alamatlah kita kena cuci pinggan kat dapur depa."

"Hish hang ni, apa cakap lagu tu? Jadi betui-betui satgi, lagu mana?"

"Ish, nah beg aku. Aku pi tandas sat."

Selesai membuang hajat, aku membetulkan tudungku yang sudah lama tidak disentuh. Aku rasa aku tak sentuh langsung tudung masa dekat Ikea tadi, sibuk cari barang punya pasal. Harini aku memutuskan untuk memakai shawl oleh kerana aku tahu aku takkan ada masa untuk selalu betulkan tudung sekiranya aku memakai tudung bawal. Dan pada akhirnya, shawl tetap menjadi pilihan hati..

And my shawl still on point you guys!! Without any spray tau! Ni pakai niat je ni. Haha!

Selepas aku rasa semuanya perfect, aku melangkah keluar dari tandas dan singgah sebentar dekat Zaza untuk memberitahu dia bahawa aku mahu mengambil powerbank di dalam kereta kerana telefonku sudah hampir kehabisan bateri.

Bila sudah menjumpai powerbank yang dicari, aku terus menutup pintu kereta dan ingin kembali ke kafe tetapi langkahku terhenti tatkala melihat seorang wanita tua yang kelihatan sedang mencari sesuatu.

Aku menghampiri wanita itu dan bertanya, "Makcik cari apa?" Wanita tua itu menoleh dan menggelengkan kepalanya dan mahu berlalu pergi sebelum dengan pantas aku menahan.

"Makcik janganlah malu dengan saya, anggaplah saya ni orang terdekat makcik. Apa yang saya boleh bantu, makcik?" Aku masih bersungguh untuk membantu.

"Makcik lapar sebenarnya, tapi tak tahu nak cari dekat mana. Makcik dah pusing kat sini, tapi tak ada makanan yang tersisa."

Allahu Akbar! Tersentak aku mendengar ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh makcik ini. Dia mencari makanan yang tersisa? Dan hanya berbekalkan itu untuk meneruskan kehidupan?

"Makcik, jom lah masuk kafe ni. Saya belikan makcik makanan.." Aku memegang tangannya dan dengan pantas dia menarik, "Jangan pegang makcik, makcik kotor"

Aku tersenyum dan berkata pada wanita itu, "Kita semua makhluk Allah, Allah jadikan kita semua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bagi saya, tak ada istilah 'kotor' bila mana kita masih bergelar hamba kepada Yang Maha Esa."

"Jom masuk, makcik." Pelawaku sekali lagi dan akhirnya makcik itu bersetuju. Aku memimpin tangannya untuk masuk ke dalam kafe.

"Makcik nak makan apa? Kat sini ada macam macam, makcik order je tau.." Kataku kepada wanita itu dan hanya dibalas dengan anggukkan dan senyuman. Aku tahu dia malu, tapi apa aku boleh buat? Aku tak tahu nak tunjuk macam mana lagi. Aku tak nak dia rasa aku tolong dia sebab simpati.

Selepas menemani makcik itu makan, makcik itu meminta diri untuk beredar tetapi dengan pantas aku bertanya, "Makcik tinggal dekat mana?"

"Makcik tinggal merata, tapi kerap tidur dekat surau." Aku mendengar dia ketawa halus.

Makcik itu pun berdiri dan hendak berlalu pergi.

"Makcik jaga diri. Jaga diri baik-baik. Semoga Allah bantu makcik suatu hari nanti."

Aku menghadiahkan senyuman manisku kepadanya dan dia juga membalas dengan senyuman.

"Terima kasih banyak-banyak ya. Awaklah punca makcik kenyang harini, makcik takkan lupa jasa baik awak ni sampai bila-bila.. Terima kasih ya.." Dari cara percakapannya, aku tahu dia sebak menuturkan kata-kata itu.

Dan makcik itu pun berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

'Saya doakan makcik dipermudahkan urusan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Aamiinn..'

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now