"How do you know my age?"
"Along yang bagitahu saya semalam."
"Oh, okey. Now, it's your turn to ask me the questions you wanna know bout me."
"Oh, it's my turn now? Okay. Let me think... How bout your favorite food?"
"Nasi ayam penyet!" Jawabku riang.
"Wow, you seem very enthusiastic when we talk about your 'nasi ayam penyet'! Nak tak kalau saya bawa awak pergi makan nasi ayam penyet esok? Saya pernah pergi satu restoran ni, nasi ayam penyet dekat situ memang sedap tau!"
"Betul ke? Nak, nak!"
"Athea.. Saya bukan nak ambil kesempatan tau tapi saya nampak awak happy sangat bila cakap pasal nasi ayam penyet. Kalau awak tak nak, tak apa sebab saya tak akan paksa awak semata-mata untuk keluar dengan awak lagi. Saya nak jumpa awak hari-hari, tapi saya tak nak ambil kesempatan ke atas awak."
"Ala, awak ni tak coollah! Relakslah.. Awak nak bawa saya explore tempat-tempat yang ada makanan kegemaran saya aje, bukannya explore benda yang tak baik. Kan?"
"Okay.. Next, what's your favorite song?"
"Awak nak saya jawab atau awak nak tahu sendiri? Maksud saya, kalau awak nak tahu sendiri, awak kena lah kenal dengan saya dulu dan nanti awak akan tahu sendiri apa lagu kegemaran saya. Atau awak nak saya jawab sekarang?"
"Hm.. Tak apalah. Saya nak kenal dengan awak supaya saya boleh tahu lagu kegemaran awak dengan sendiri." Jawabnya.
Aku ketawa, "Okey.."
"So, tell me why you're so punctual?" Tanyaku bagi menambah topik perbualan.
"Sebab saya tak suka menunggu."
Sungguh ringkas dan padat jawapan yang diberi.
"Awak seorang yang macam mana? Maksud saya, seorang yang mudah terhibur ke? Awak ceritalah tentang diri awak." Tanyaku lagi.
"Saya seorang yang tak suka buang masa untuk kenal dengan orang baru. Saya seorang yang susah nak senyum tau sebenarnya, tapi senyuman saya jadi murah pula bila dengan awak... Dan untuk pengetahuan awak, saya tak pernah ada teman wanita." Tuturnya.
"Saya seorang yang sangat peribadi. Kalau awak nak tahu juga, saya tak pernah percaya yang cinta itu wujud sampailah saya berjumpa dengan seorang gadis yang dah mengubah segala perception saya terhadap cinta." Jelasnya lagi.
"Wah.. Hebatnya gadis tu. Mana dia sekarang?" Tanyaku.
"Dia ada dekat depan mata saya sekarang ni." Jawabnya.
Aku terkaku. Aku hanya memandangnya lalu menunduk.
"Awaklah yang dah mengubah segalanya dalam hidup saya, Athea Izara. Saya tak pernah sesekali rasa macam ni sebelum ni. Saya tak pernah berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan hati seseorang... And I promise you that you'll be the first and last person I'll love for the rest of my life." Sambungnya lagi.
"Saya tak nak terlalu rush tapi saya nak buktikan pada awak yang saya tak main-main tentang perasaan saya terhadap awak." Tuturnya lembut.
"Awak kata awak seorang yang tak suka untuk kenal orang baru tapi pertama kali kita jumpa, awak terus bahasakan diri awak sebagai 'saya'. Kalau saya, saya susah nak percayakan orang dan akan bahasakan diri saya sebagai 'I' untuk orang yang baru saya kenal." Ucapku yang sejak tadi hanya diam mendengar.
"Awak nak tahu tak sebab apa saya berani luahkan perasaan saya pada awak? Sebab saya yakin dengan keputusan saya untuk berkawan rapat dengan awak. Saya tak nak buang masa terlalu lama. Tapi awak jangan risau, saya tak akan pentingkan diri. Saya akan beri awak masa untuk mengenali saya. Saya minta maaf kalau awak nampak saya macam mendesak tapi awak boleh tolak sekiranya awak tak sudi." Jelasnya.
"Awak nak cakap apa sebenarnya? Saya tak nak salah anggap dengan awak, Faiq."
"Awak sudi tak kalau saya lamar awak untuk jadi kekasih hati saya?" Tuturnya lembut.
Aku terkejut. Aku yang sedari tadi hanya memandangnya, kini terdiam dan menunduk.
"Tak apa, saya akan beri awak masa sebelum bagi kata putus."
"Saya tak suka bercinta." Aku bersuara.
"Kenapa?" Dia bertanya.
"Sebab saya tak pernah percaya pada cinta."
"Then, give me a chance to change your perception on love. Please give me a chance to prove to you that love really exists. I promise I'll make you fall in love with me, mijn blanke liefde."
"Tapi saya tak sempurna dan banyak kekurangan."
"Cinta bukan tentang mencari yang sempurna, Athea. Cinta itu wujud bilamana seseorang tu dah nampak kekurangan pada pasangan dia, tapi dia tetap memilih untuk kekal bersama dan melengkapi kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing."
"Saya ada trust issue yang tinggi, saya tak suka tempat yang crowded." Ujiku lagi.
"Awak bagi lah alasan apa sekali pun. Saya tetap nak kan awak, Nur Athea Izara." Tuturnya lembut.
See? Dia selalu ada benda yang baik untuk membalas setiap kata-kataku. Macam mana aku nak tolak kalau macam ini punya gentleman?
"Oh, anyway! Awak tahu tak tempat pertama kita jumpa?" Tanya Faiq bagi menukar topik perbualan.
"Mestilah dekat taman, kan?" Jawabku.
"Kalau saya cakap bukan?"
"Apa maksud awak?"
"Bagi awak, dekat taman adalah pertemuan pertama kita, tetapi bukan kali pertama untuk saya."
"Maksud awak, awak pernah jumpa saya sebelum ni?"
"Ja, schat."
"Dekat mana?" Ringkasku bertanya.
"Awak pernah datang sini kan?"
"Yes, but how do you know?"
"Tapi sebelum tu, saya nak buat satu pengakuan dekat awak boleh?"
"Boleh."
"I actually own this cafe. Masa first time saya nampak awak masuk ke dalam kafe ni, saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak. Saya sendiri tak tahu kenapa tapi apa yang saya pasti, ada sesuatu dalam diri awak yang buatkan saya tertarik. Disinilah kali pertama saya jumpa awak."
"Dan kali kedua kita berjumpa adalah di wedding Violet."
"Awak kenal Violet?" Tanyaku.
"Husband Violet tu sepupu saya. Kitorang rapat dah macam adik beradik. Sejujurnya saya agak kecewa sebab tak dapat berbual dengan awak semasa di kafe haritu. Tapi apa yang saya buat adalah berdoa agar Allah mempertemukan saya dan awak kembali jika betul awak yang ditakdirkan untuk saya."
"Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.. Saya dapat jumpa balik dengan awak pada esok harinya di wedding Violet. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya saya masa nampak awak keluar daripada tandas dengan dress hitam yang sangat sesuai dengan awak. Awak nampak cantik sangat masa tu." Jelasnya panjang lebar.
"Dan sebenarnya sepanjang majlis, mata saya hanya tertumpu pada awak, Athea Izara. Awaklah satu-satunya gadis yang mampu buat saya jatuh cinta sedalam ni dan awak jugalah yang mampu meluluhkan hati saya yang sebelum ni tak pernah berjaya dilembutkan oleh mana-mana wanita."
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...