Bab 26

733 32 1
                                    

"Saya takut bila awak cakap macam tu tadi." Ucapnya.

"Okey, saya janji saya tak akan buat lagi!" Jawabku.

"Baby?"

"Hm?"

"Awak pujuk saya ke tadi tu?" Tanya Faiq.

"Jangan cakap awak buat semua ni semata-mata untuk buat saya pujuk awak?" Jawabku.

"Tak.. Saya memang merajuk dengan awak, tapi tak sangka pula awak akan pujuk saya. Maceh, love.."

Aku hanya menghadiahkan senyuman manis untuknya.

"Dahlah.. Awak nak pergi hotel untuk bersiap lagi, kan? Bye.. Drive safe.."

"Tapi, saya tak rasa macam nak baliklah, love.. Jomlah kita pergi dating?" Balas Faiq.

"Awak nak bawa saya pergi dating dan kita akan kekal bercinta sampai bila-bila atau awak nak balik bersiap sekarang supaya awak dapat halalkan saya as soon as possible? Awak pilihlah.." Ujiku.

"Woo.. That's too deep, baby.. Okey, saya balik sekarang. Jumpa awak petang nanti, love.. Oh tapi sebelum tu, mommy saya kata saya kena tunggu dekat luar masa sesi sarung cincin. Kena ke, sayang? Saya nak masuk tengok awak.."

"Itulah adat.. Tak apa, nanti awak tengok gambar atau video je, okey? Lepas dah siap sarung cincin nanti, baru awak boleh masuk untuk tengok saya. Okey?"

"Alaaa.. Nanti bertunang pun sama juga ke?"

Eh, dia ni memang tak tahu ke?

"Kalau ikut adat, bertunang pun sama, awak tak boleh masuk. Awak kena duduk dekat luar dulu sementara mommy awak sarung cincin dekat saya. Tapi nanti bila dah selesai, terpulanglah kalau awak nak masuk."

"Alaaa..." Dia bersuara manja.

"Bolehlah, ya?" Pujukku.

"Okey, tapi saya nak bertunang cepat.."

Pula dah!

"Awak ugut saya ke, Adzrin?"

"50/50, love.."

"Okey, okey.. Awak decidelah tarikh bertunang. Saya ikut aje, okey?"

Kena pujuk dia ni, selagi tak pujuk selagi itulah dia takkan balik.

"Betul? Awak okey kalau saya yang pilih tarikh bertunang? Awak terpaksa ke?"

"Tak.. Saya dah cukup yakin yang awak adalah jodoh saya. Saya pun tak nak buang masa."

"Okeylah kalau macam tu!" Jawabnya semangat lalu kembali duduk tegak.

"Amboi! Seronoknya!"

"Mestilah! Nak kahwin dengan Athea Izara kut!" Dia tersenyum lebar.

"So, sekarang awak dah boleh balik?"

"Ja, schat."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now