"Saja, kenapa? Ada masalah dengan you ke?" Sinisku berkata.
"Athea, berani eh you curang dengan tunang you?" Ucap Lily.
Oh! Kau cuba nak burukkan aku eh? Haha! Silap oranglah!
"Well, tunang I yang sibuk sangat dengan kerja dia. Bukan salah I kalau I curang pun." Aku berkata dengan suara yang gedik.
Aku membuat muka seolah-olah meminta simpati.
"Faiq, seriously you keluar dengan perempuan yang kaki curang macam ni? Dia dah bertunanglah, Faiq!"
Aku mencebikkan mulutku, "Kenapa pula? Tunang I yang salah, siapa suruh dia sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa untuk I?"
Aku memandang Faiq sekilas, dia memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Faiq, kenapa you diam?" Lily bersuara manja.
"Haahlah, Faiq. Kenapa you diam? Cakaplah dengan perempuan cantik ni.." Ucapku dalam sindiran.
"Kau nak apa?" Faiq akhirnya bersuara.
Aku mengemam bibir bagi menahan senyumanku daripada terukir.
"Ha, kau nak apa?" Ajukku sambil menongkatkan dagu memandang Lily.
Drama! Drama!
Lily tersentak, "Why you garang-garang ni? Oh, mesti sebab you menyesal keluar dengan perempuan ni kan? Dahlah curang! It's okay, I boleh teman you."
Kami bertiga kemudiannya diam untuk beberapa saat.
"You tunggu apa lagi ni, Athea? Berambuslah!" Tengking Lily.
Kus semangat! Tanjat kita!
Faiq tiba-tiba berdiri dan bertentang mata dengan Lily. Wajahnya yang dingin dipamerkan.
"Do I know you? Aku Faiq, tunang kepada Athea Izara. Watch your mouth when you're talking to my girl! Don't you dare raise your voice at her. Kau dengar tak?" Tenang Faiq bersuara.
Jelas terkejut riak wajah Lily. Padan muka!
"Aku tak suka kurang ajar dengan perempuan. Tapi kalau tengok pada perangai kau ni, aku tak rasa kau ni perempuan. Mana ada perempuan yang tak ada rasa malu macam kau ni. Kepit-kepit suara kau macam tu. Kau ingat aku tertarik ke? Well, kalau kau murah sekalipun, janganlah tunjuk sangat. Coverlah sikit eh?" Sinis Faiq berkata.
Aku berpura-pura memandang ke atas sambil memuncungkan mulutku kerana aku sedar yang Lily sedang memandang ke arahku dengan tatapan yang tajam.
Auch, takutnya!
Haha! Nak ketawa, please!
"Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni. Kalau aku tahu kau jumpa lagi tunang aku, tengking-tengking dia macam ni. Memang aku cari kau sampai lubang cacing!"
Lily mendengus dan kemudiannya berlalu pergi.
Aku ketawa.
Faiq duduk semula dan memandangku tajam. Aku menunduk.
"Kenapa tunduk?" Tanya Faiq.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanyaku kembali.
"Saya tengah tak puas hati dengan awak, Athea." Faiq bersuara mendatar.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...