Bab 30

810 30 0
                                    

7:50 pagi

"Terima kasih ya, makcik dan pakcik sebab sudi ajak saya sarapan dekat sini. Saya minta diri dululah ya? Saya janji saya akan jaga Athea baik-baik." Faiq meminta diri.

"Baik.. Pakcik percayakan kamu, Faiq. Bawa kereta elok-elok ya.." Jawab abah.

Aku menyalami tangan abah, ibu, along dan Zaza dan kemudian aku keluar bersama Faiq melalui pintu sliding door.

"Jadi ke nak joging, love?" Faiq bersuara selepas kami berdua sudahpun masuk ke dalam kereta.

"Jadilah, kenapa tak jadi pula?"

"Tapi saya macam malas lah pula nak joging."

"Lah.. Selalu awak okey je pergi joging?"

"Itu sebab memang rutin saya.. Harini lain sebab ada awak, love. Saya tak rasa macam nak joging dah sekarang ni.." Tuturnya lembut.

"Habistu awak nak pergi mana? Pergi ajelah." Ucapku.

"Then, awak?" Tanya Faiq.

"Kenapa dengan saya?"

"Awak ikut tak?" Tanya Faiq lagi.

"Kenapa saya kena ikut?"

"Ala.. Jom lah, love! Okey, macamni.. Kita pergi taman tapi kita tak payah joging. Kita jalan-jalan sambil bersembang aje, nak tak?"

"Ikut awaklah, Adzrin.. Saya okey aje."

"Thank you, love!"

Beberapa saat kemudian, Faiq memulakan pemanduannya.

Di Taman

Aku dan Faiq keluar daripada kereta memandangkan kami sudahpun tiba di taman. Kami kemudiannya berjalan beriringan menuju ke laluan yang sudah disediakan.

"Awak kerja apa, love?" Faiq bersuara.

"Arkitek." Jawabku ringkas.

"What?" Dia terkejut.

Aku memandang wajahnya kerana Faiq tiba-tiba berhenti melangkah.

Aku ketawa, "Kenapa? Awak tak percaya ke?"

"Awak hebat, sayang. Apa pun yang awak cakap, saya tetap akan percaya. Tapi saya cuma terkejut.. Jarang lah love, nak jumpa perempuan yang kerja arkitek ni."

"Awak nampak saya seorang perempuan yang biasa ke?" Gurauku.

Dia tersenyum, "Tak, love.. Awak luar biasa sangat."

"Saya memang minat bidang ni sejak saya kecil. Tambah pula, alonglah yang buatkan saya jadi makin bersemangat sebab along seorang arkitek." Jelasku.

"Oh, I see.. Tapi kan love, kalau saya risik awak untuk jadi PA saya, awak nak tak?" Tanya Faiq.

"Hah? Cliche lah awak ni, Adzrin! Kalau dah mula bercinta je, mesti si lelaki nak si perempuan jadi PA kepada si lelaki. Tolonglah.." Aku membuat muka seolah-olah bosan.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now