Aku dan Faiq sudah berada di dalam kapal terbang, hanya tunggu masa saja untuk berlepas.
"Sayang lapar ke?" Tanya Faiq.
Aku menggeleng.
"Okey, kalau lapar bagitahu saya tau.."
Aku senyum, "Okey, abang." Ucapku, sengaja mahu mengusik Faiq.
"Sayang panggil saya apa tadi?"
"Abang." Jawabku jujur.
"No, tak nak, tak nak.. You're only allowed to call me Adzrin or any special name, but not 'abang'."
"Orang lain boleh je panggil suami diorang 'abang'?"
"Orang lain tu orang lainlah, sayang. Awak tu isteri saya, saya tak nak awak panggil saya abang."
"Tapi Adzrin tu kan nama awak, macam tak special je kalau saya panggil awak Adzrin.."
"Love, whatever you call me, everything will be special. Whatever comes out of your mouth, everything will be special for me."
"Okey, Adzrin." Jawabku. Malas mahu berbahas tentang perkara ini.
30 minit berlalu...
Aku lihat ke sebelahku lalu tersenyum. Lah, tidur dah?
Faiq tidur dalam keadaan tangan kami disatukan dan dia melentokkan kepalanya di bahuku. Aku tersenyum.
Aku memandang ke arah luar tingkap pesawat di sebelahku. Tenangnya...
Namun, ketenangan yang aku rasa itu hanya sementara. Fikiranku kembali terimbas kejadian ketika berjumpa dengan Lily di tandas tempoh hari.
'Mustahil Faiq tak dengar apa yang Lily cakap masa tu. Dia ada dekat belakang aku kot! Kalau dia betul-betul dengar, dia akan tinggalkan aku ke? Tapi, kenapa Faiq layan aku macam tak ada apa-apa yang berlaku pun?'
Aku memejamkan mataku serapat-rapatnya. Takut dengan segala andaian yang bermain di fikiran. Aku takut kalau isu ini akan dibangkitkan oleh Faiq suatu hari nanti. Dan bila saat itu tiba, wajarkah aku untuk mempertahankan diriku sendiri?
Aku tak tahu...
Aku memandang Faiq di sebelah dan kemudian aku mengusap-usap tangannya, 'Saya percayakan awak, Adzrin. Saya harap awak tak sia-siakan kepercayaan saya.'
Setelah hampir beberapa jam di dalam pesawat, kami akhirnya tiba di destinasi. Aku memandang sekeliling tempat itu, cantiknya!
Ni tempat honeymoon ke tempat healing? Dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang indah sangatlah menenangkan jiwaku. Sehingga membuatkan aku lupa tentang keserabutan yang sedang aku hadapi.
"Sayang suka tempat ni?" Faiq bersuara, memecahkan kesunyian di antara kami.
Aku menoleh lalu mengangguk. Senyuman di bibir aku hadiahkan untuknya, "Suka!"
Faiq senyum, "Jom, check-in. Kita rehat dulu, nanti baru kita jalan-jalan. Boleh?"
Aku mengangguk, "Boleh!"
Faiq kemudiannya menarik tanganku untuk masuk ke dalam resort.
5:30 petang
"Sayang, jom keluar?" Ajak Faiq
"Nak pergi mana?" Tanyaku
"Jalan-jalan dekat resort ni aje.. Jom?"
"Okey, saya pakai tudung sekejap."
Faiq hanya mengangguk dan tersenyum.
Aku dan Faiq sedang duduk di ruang rehat yang telah disediakan. Ruang rehat ini juga berhadapan dengan pantai, jadi memang lurvelah!
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...