Bab 55

720 30 1
                                    

"Faz, Kak Athea nak Luth. Hehe.." Pintaku setelah duduk di kerusi.

Fazrin tersenyum dan terus sahaja menyerahkan Luth kepadaku.

"Baby?" Panggil Faiq secara berbisik.

"Hm.." Jawabku ringkas.

Aku tidak menoleh kerana sedang leka bermain dengan Luth.

"Baby.." Panggil Faiq lagi.

Aku menoleh, "Iya, Adzrin?"

Faiq diam.

Aku mengerutkan kening, "Nak apa?" Tanyaku lembut.

"Lapar tak?" Tanya Faiq.

Aku menggeleng, "Awak lapar ke?"

Faiq mengangguk.

"Awak ambillah makanan tu.."

Makanan memang sudah siap terhidang di atas meja kami, begitu juga dengan meja tetamu yang lain.

"Awak tak makan ke?" Tanya Faiq.

"Awak makan dulu, okey? Biar saya jaga Luth."

"Bagilah Luth dekat mak dia. Awak makan dengan saya."

"Tak apalah.. Saya boleh jaga Luth. Awak makan dulu, okey?"

Faiq tiba-tiba memalingkan mukanya.

Aku tersenyum, "Awak nak makan apa? Biar saya ambilkan.."

Faiq masih tidak memandangku.

"Adzrin?" Panggilku.

Faiq diam.

"Faiq Adzrin?" Panggilku lagi.

Diam.

"Okey.. Saya makan sekali dengan awak, tapi saya nak pegang Luth juga, boleh?" Pujukku.

Faiq menoleh, "Boleh ke pegang Luth? Tak susah ke sayang nak makan?"

Aku menggeleng sambil tersenyum, "Tak.."

"Okey.. Sayang duduk ajelah, biar saya yang ambilkan makanan untuk sayang."

"Thank you, Encik Tunang.."

"You're welcome, baby.."

20 minit kemudian...

Aku menunduk untuk melihat Luth, si kecil itu sudahpun tertidur. Si kecil itu kelihatan sungguh selesa dalam dakapanku.

"Dah tidur dah dia?" Faiq bersuara.

"Hm.." Jawabku.

"Meh bagi saya, sayang habiskan makanan sayang."

"Tak apa, saya boleh pegang dia. Dia dah tidur dah pun.."

"Sure?"

Aku mengangguk.

"Wah.. Tengoklah orang tu, dah lulus dah tu untuk jadi seorang ibu." Along tiba-tiba bersuara.

Aku mengangkat wajah sambil tersenyum. Malulah!

Faiq menoleh ke arahku sambil tersenyum, begitu juga dengan semua orang yang berada di meja itu.

"Faz nak volunteer untuk jaga anak abang nanti!" Sampuk Fazrin.

Aku ketawa.

"Eh, orang tu tengah malulah.. Tengoklah pipi dia, dah merah dah tu.." Usik along lagi.

Faiq menoleh ke arahku semula dan dia ketawa.

"Kiranya cucu pertamalah untuk keluarga kita ni ya, Zaki? Maklumlah, Faiq anak sulung. Aisy pula belum berkahwin, jadi Athealah yang kena bagi kita cucu dulu.." Dato' Idzrin pula bersuara.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now