Faiq senyum hambar, "Ada."
Aku tidak beriak.
Faiq kemudiannya memeluk erat pinggangku dan meletakkan mukanya ke dadaku, "Baby, sorrylah.. Saya tengah dilamun cinta masa tu, saya tak fikir panjang."
Tawaku akhirnya terletus jua.
Aku ketawa, "Tahu pun takut! Ambil gambar orang senyap-senyap lagi!"
"Tapi sekarang kan dah kahwin, maksudnya saya bolehlah ambil gambar sayang senyap-senyap lagi.." Ucap Faiq.
"What ever. Asalkan saya nampak cantik!"
Faiq ketawa, "Always, baby."
Setelah selesai menunaikan solat Isya' berjemaah, kami berdua turun ke tingkat bawah.
Kami duduk bersebelahan di atas sofa.
"Nak buat apa ni, love?" Tanya Faiq.
"Saya pun tak tahu.. Awak tak ada kerja ke nak buat?" Tanyaku pula.
"Saya kan tengah cuti, malaslah nak fikir pasal kerja.." Balas Faiq.
"Esok flight kita pukul berapa?"
"10 pagi."
"Oh, kalau macam tu kena tidur awallah.."
"Saya tak mengantuk lagi."
"Habis tu kita nak buat apa ni?" Tanyaku.
"Apa kata kita..." Faiq mendekatkan dirinya denganku.
"Apa?" Tanyaku.
"Kita..."
Aku bergerak ke tepi sedikit apabila Faiq semakin mendekatkan dirinya denganku.
"Kita apa?" Tanyaku lagi.
"Kita bercerita." Jawab Faiq lalu melepaskan tawanya terbahak-bahak.
Aku menghembus nafas lega, "Cerita apa?"
"Cerita pasal kitalah. Kehidupan kita sebelum kita berdua kenal."
"Saya tak ada ceritalah. Semuanya tak menarik untuk didengar."
"Ala, saya nak dengar juga."
"Kenapa awak nak tahu sangat?" Tanyaku.
'Dia dah mula percaya apa yang Lily cakap ke?' Gumamku.
"Sebab saya saja nak dengar kisah sayang sebelum saya muncul."
"Adzrin, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Aku meminta izin sebelum bertanya.
"Boleh, tanyalah.." Jawab Faiq.
"Awak..." Aku berjeda.
"Tak ada apalah.." Aku senyum.
Faiq mengerutkan kening, "Sayang nak tanya apa? Tanya ajelah.."
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...