Bab 69

693 26 0
                                    

"Hadirin sekalian,

Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan,
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan.

Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Marilah bersama-sama kita memberi tumpuan ke pintu masuk utama dewan yang serba indah ini atas ketibaan pasangan dua sejoli kita pada hari ini."

Aku memaut lengan Faiq sebelum melangkah. Aku mula berjalan beriringan dengannya setelah diarahkan oleh Ammara untuk masuk.

Majlis harini merupakan majlis outdoor dan bertemakan 'garden' atas pilihanku sendiri.

Kami berjalan masuk menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan diiringi dengan lagu yang sedang dimainkan.

Take me to your heart - Michael Learns To Rock

"Pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan kini sedang berjalan menuju ke pelamin.

Satin biru habis digunting,
Sehelai sepinggang tiadalah jua,
Pengantin baru manis bersanding,
Bagai pinang dibelah dua."

Kami tiba di atas pelamin dan pengacara majlis kemudiannya meminta kami untuk duduk.

"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum
WBT.

Kuntum relai tumbuh di mana,
Gaya tempua menyapa bayu,
Senyum mempelai penuh bermakna,
Rahsia berdua siapa yang tahu.

Yang dihormati Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Dato' Idzrin dan Datin Zurin serta Encik Zakri dan Puan Rania, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna kerana dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

Kelat mengkudu tiada bertanda,
Patah dahan tempat berteduh,
Berkat restu ayahanda bonda,
Mudah-mudahan dipanjangkan jodoh.

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Faizal."

Semua tetamu kemudiannya senyap bagi menghormati bacaan doa.

12:30 tengahari

Para tetamu yang ingin bergambar boleh naik ke atas pelamin bersama kami.

Aku dan Faiq hanya berdiri di atas pelamin menunggu tetamu yang seterusnya. Tanganku masih digenggam erat oleh Faiq sejak mengambil gambar bersama tetamu yang pertama tadi.

Tiba-tiba...

"Congrats, CEO V'Dzrin Corporation! I'm happy for both of you." Ucap Encik Haz.

"Thank you, bro." Jawab Faiq.

Aku pula hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Sorry, semalam I tak boleh datang. Semalam tiba-tiba ada emergency pula." Beritahu Encik Haz.

"Tak apa, kitorang faham. Terima kasih ya Encik Haz sebab sudi datang majlis kami harini." Ucapku.

Encik Haz senyum, "Senyap-senyap je you eh, Athea? Tahu-tahu kahwin, I ingatkan Faiq nak ikat you setahun." Encik Haz ketawa.

"Mana boleh, bro. Melepaslah aku nanti." Sampuk Faiq.

Aku menepuk lengan Faiq.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now