Bab 75

741 34 2
                                    

12:20 pagi

"Baby! Lama ke tunggu?" Sapa Faiq yang baru sahaja keluar daripada dapur.

Aku mengangkat wajah, "Tak ada lah.. Awak dah siap masak ke?" Tanyaku, teruja!

Faiq ukir senyum, "Dah siap dah. Saya masak nasi goreng aje untuk sayang sebab saya tak nak sayang makan mi segera. Boleh ke?"

"Boleh, boleh! Mana nasi gorengnya?" Tanyaku.

Faiq tak letak pun nasi gorengnya atas meja. Mana nasi gorengnya?

"Sabar, love.. Nah.." Jawab Faiq lalu mengeluarkan sesuatu daripada belakangnya.

Dia menyorokkan pinggan yang berisi nasi goreng itu di belakangnya.

"Nasi goreng!" Ucapku, teruja!

Faiq ketawa, "Iya sayang, nasi goreng.."

"Kenapa ada satu pinggan aje? Saya punya mana?" Tanyaku.

Tiba-tiba Faiq melabuhkan duduk di sebelahku lalu meletakkan tangannya di kerusiku.

"Ini awak punyalah, love. Saya tak lapar pun, saya masak untuk sayang.."

"Awak tak lapar tapi awak masak untuk saya? Tak apa lah, awak makan dengan saya aje.. Kita kongsi, okey?"

Faiq menggeleng, "Love makanlah, saya teman love dekat sini, okey?"

Aku mengendahkan kata-kata Faiq, "Saya suapkan awak eh?"

Faiq senyum, "Okey!"

Beberapa minit kemudian, Faiq kembali bersuara.

"Baby?" Panggil Faiq.

Aku menoleh, "Yes?"

"Esok nak pergi mana?" Tanya Faiq.

Aku mengerutkan kening, "Duduk rumah ajelah, nak pergi mana lagi?"

"Ala, bosanlah.. Jomlah keluar esok."

"Nak pergi mana?" Tanyaku.

"Shopping?" Jawab Faiq.

"Lagi?"

Faiq ketawa, "Jomlah, love.."

"Kita shopping untuk awak, okey?" Ucapku.

Faiq menggeleng, "Saya punya barang masih banyak lagi. Kita shopping untuk sayang ajelah."

"Barang saya pun masih banyak, Adzrin."

Tiba-tiba Faiq melentokkan kepalanya di bahuku, "Please, baby.. Baby dah tak love saya ke?"

Faiq mengusap-usap tanganku.

Aku mengeluh perlahan, "Okay, fine."

Faiq mengangkat wajah, "Betul ni?"

"Ya."

Bertubi-tubi kucupan yang dihadiahkan oleh Faiq di pipiku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now